Pages

Wednesday 3 August 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum...

lama tak update blog nie kan, sibuk sikit kebelakangan ini..

Tanggal 21 Julai lepas, Isteri ku selamat melahirkan zuriat sulung kami.. seorang puteri. Dilahirkan dengan cara pembedahan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh Pahang. Kerana terawal 2 minggu dari due bersalin, dia jadi orang pahang lah.. Kalau tak, perancangan kami nak lahirkan baby kat Selangor jer.

Pagi 21 Julai tu aku sepatutnya berada di putrajaya, hari terakhir untuk kursus PHP kat KLN. akan tetapi, awal pagi lagi aku dapat call dan sms daripada isteri aku menyatakan dia dah nak bersalin. dengan segera aku berangkat ke Bandar Tun Razak, Jengka, Pahang untuk menemani dia bersalin. Tepat jam 12 tengah hari aku sampai di sana, sempat la aku masuk dalam bilik bersalin. atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, dia terpaksa dikejarjan ke Hospital Sultan Haji ahmad Shah, Temerloh untuk bersalin di sana. Aku dan dia menaiki ambulan ke Temerloh.

Dalam ambulan memang mengerikan, laju satu hal, keadaan ambulan tu pun yang kurang memuaskan pun satu hal. Namun aku tawakal jer la kepada Yang Maha Esa. Alhamdulillah kami selamat sampai di Hospital temerloh pada jam 2 petang.

Percubaan bersalin secara normal di Hospital Temerloh juga gagal dan ini memaksa pihak hospital untik membuat pembedahan bagi mengeluarkan baby.

Jam 2.30 dia dimasukkan di bilik bedah untuk pembedahan. aku hanya menunggu di luar sahaja kerana polisi di sini tidak membenarkan sesiapa orang luar masuk ke dalam bilik bedah. dengan sabar aku menanti di luar bilik bedah tu. masa berlalu aku rasakan terlalu lama.. hinggakan nama ku dipanggil. aku ke ruang menunggu untuk mendapatkan kepastian. Dua orang jururawat membawa anak sulung kami keluar, dia memaklumkan yang baby kami akan dimasukkan ke wad lain untuk rawatan dan pemerhatian yang lebih teliti oleh doktor.

Aku menunggu lagi di ruang itu kerana isteri ku belum keluar dari bilik bedah. jam 6 petang baru aku melihat kelibat jururawat membawa pesakit keluar dari bilik bedah. alhamdulillah, semuanya selamat. Syukurku Kehadrat Illahi...

Sebelum ke wad besalin, aku sempat ke wad baby untuk mengazankan puteri sulung kami. tak tergambar betapa gembiranya aku ketika itu.. lupa semua masalah dunia ini.. aku rasakan aku lah yang paling bahagia masa itu.. Inilah kurniaan Allah yang tak terhingga buat kami...

selama 2 hari kami berkampung di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, akhirnya dibenarkan balik pada hari sabtu, 23 julai. Tengah hari itu aku uruskan semua urusan sebelun keluar dari hospital. Jam 2.30 kami berangkat pulang. Perjalanan yang agak jauh untuk ke Kuala Lumpur. Cuaca semasa perjalanan hujan lebat di sesetengah tempat. aku harus memandu dengan berhati-hati.

jam 6 petang kami selamat sampai di Puchong.. Alhamdulillah...

Puteri sulung kami ini diberi nama Rif Marissa yang bermaksud ketertingian sopan santun.. semoga dia nanti akan menjadi wanita muslimah yang solehah.. InsyaAllah..

Gambar Rif Marissa akan aku uploadkan pada kesempatan yang akan datang yer...

wassalamualaikum...

barakallah...

Coretan popular