Pages

Monday 12 December 2011

Menjunjung Kasih, Tuanku..

Tanggal 12 Disember 2011, tamaatlah sesi pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong ke-13, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj. Istiadat penuh tradisi berlansung bermula di Istana Negara, Jalan duta. Istiadat ini memberi peluang kepada para pekerja istana untuk bersalaman dan mengucapkan selamat jalan kepada Tuanku dan Permaisuri. Seteruanya, Tuanku berdua berangkat ke Dataran Parlimen untuk istiadat yang sama. Di Dataran ini, Para Pembesar Negara, Dif-dif kehormat, Wakil- wakil negara asing dan kenamaan lain berpeluang bersalaman dan menjunjung kasih kebawah dulu Tuanku berdua.

Selesai upacara di Dataran Parlimen ini, Tuanku berdua berangkat ke Terminal Bunga Raya, KLIA untuk menaiki pesawat ke Kuala Terengganu yang mana di sana Baginda berdua akan ditunggu oleh ribuan rakyat jelata Negeri Terengganu untuk ke Istana.


Melihat Istiadat penuh Tradisi Kesultanan Melayu ini, aku rasa teruja dan bangga menjadi rakyat Malaysia yang mana perpaduan dan keharmonian Negara ini tetap utuh dibawah pemerintahan Beraja Malaysia. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia ini yang mengamalkan sistem penggiliran bagi ketua negara.

BIODATA SULTAN MIZAN - AGONG KE 13SULTAN Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang menjadi Raja Melayu termudamenaiki takhta pada usia 36 tahun pada 1998, melakar sejarah negara sebagai antaraYang di-Pertuan Agong termuda.Mengikut sistem penggiliran setiap lima tahun yang diamalkan sejak Merdeka,baginda akan menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 13 Disember, menggantikanTuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail yang menaiki takhta pada 13 Disember2001.Sultan Mizan, 44, ialah Yang di-Pertuan Agong kedua termuda selepas ayahandaTuanku Syed Sirajuddin, Almarhum Tuanku Syed Putra Almarhum Syed HassanJamalullail, yang memegang jawatan itu pada 4 Januari 1961 ketika berusia 41tahun.Seorang raja yang amat mengambil berat kebajikan rakyat, Sultan Mizan seringmenyertai solat Jumaat di masjid seluruh negeri untuk mendekati rakyat.Baginda juga meneruskan amalan almarhum ayahandanya, Sultan Mahmud Al-MuktafiBillah Shah yang suka bersedekah kepada kanak-kanak dan fakir miskin pada setiapJumaat.Pada zaman remajanya, Sultan Mizan tidak kisah membuka baju bersama rakan laindalam permainan bola sepak — satu amalan lazim di bandar kecil apabila pasukanyang menjaringkan gol pertama diberi ‘penghormatan’ berbuat demikian.Keprihatinan baginda terhadap nasib rakyat Terengganu mendorong baginda menubuhkanYayasan Diraja Sultan Mizan yang dilancarkan pada 19 Julai 2005 bersempena hariulang tahun ke-43 keputeraan baginda.Yayasan Diraja itu membantu menganjur dan membiayai pelbagai usaha termasuk dalambidang penyelidikan, perhutanan, sains teknologi dan inovasi, pertanian, perikananserta kemasyarakatan.Sultan Mizan juga aktif dalam pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi seperti bolasepak, golf, taekwondo dan selam skuba.Namun, disebabkan kesibukan, baginda hanyamenumpu kepada sukan berkuda yang sememangnya sebati dengan jiwanya selepas mulabelajar menunggang pada usia enam tahun.Sultan Mizan turut menubuhkan ’Royal Terengganu Endurance Stable’ (RTES) bagimenyertai pertandingan sukan berkuda itu sama ada di dalam atau luar negara.Kehandalan baginda terserlah apabila menjuarai acara Wilga 80 km Endurance Ride,dan pertandingan berkuda di Harris River Ride, di Australia pada 2004.Baginda turut terpilih mewakili negara pada Sukan Asia di Doha, Qatar, yang sedangberlangsung namun terpaksa menarik diri memandangkan tarikh kejohanan itubertembung dengan upacara pengisytiharan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong.Dengan kesungguhan dan inisiatif baginda juga, Malaysia berjaya dipilih untukmenganjurkan ’World Endurance Championship’ di Lembah Bidong, Terengganu, padatahun depan.Sultan Mizan diputerakan pada 2 Januari 1962 dan menerima pendidikan awal diSekolah Rendah Sultan Sulaiman diikuti Sultan Menengah Sultan Sulaiman dankemudian melanjutkan pelajaran di Geelongs Grammar School di Melbourne, Australia.Pada 1981, baginda mengikuti kursus tentera selama tiga bulan di Kem Karah, Port

Dickson dan kemudiannya kursus Pegawai Kadet, Pre SMC (E) di Army School ofLanguages dan menyambung kursus SMC 33 di Royal Military Academy, Sandhurst,sehingga 9 Disember 1983.Sultan Mizan menyambung pelajaran di US International University-Europe di Londondan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan hubungan antarabangsa pada1988.Sepanjang kerjayanya, baginda pernah berkhidmat sebagai Penolong PemungutHasil Tanah, Pegawai Tadbir Tanah Daerah di Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganudan Unit Perancangan Ekonomi negeri untuk menimba pengalaman dalam pentadbirankerajaan negeri.Baginda menamatkan zaman bujang apabila berkahwin dengan Permaisuri Nur Zahirahpada 28 Mac 1996 dan dikurniakan empat cahaya mata, Tengku Nadhirah Zahrah 10,Tengku Muhammad Ismail, 8, Tengku Muhammad Mua’az, 6 dan Tengku Fatimatuz Zahra’,4.Walaupun tinggal di dalam istana dengan dibantu oleh pegawai istana yang tidakkurang ramainya, pasangan diraja ini membesarkan putera dan puteri mereka dalamkeadaan sederhana seperti kebanyakan keluarga lain.Dalam satu temu bual pada 2002, Permaisuri Nur Zahirah berkata baginda akanmemastikan dua anakandanya, Tengku Nadhirah Zahrah dan Tengku Muhammad Ismailbersiap untuk pembelajaran mereka di An Nur Child Development Centre di BatuRakit, Kuala Terengganu.Penubuhan pusat pembelajaran itu diilhamkan baginda sendiri dengan harapan untukmeningkatkan mutu pembelajaran di peringkat taman bimbingan bagi kanak-kanak dinegeri itu.Baginda juga suka mengemas terutama bahagian dapur dan bilik terutama bilik anak-anaknya supaya kelihatan kemas dan menarik.“Pada sebelah petang, saya menjalankan aktiviti rutin seperti ibu bapa lainmenemani anakanda turun bermain dan beriadah dengan berjalan di kawasan istana,”titah baginda.Apabila ada masa terluang, keluarga diraja itu akan keluar berkelah, dan destinasiyang sering dikunjungi adalah pantai di sekitar Kuala Terengganu.

Coretan popular