Pages

Monday 12 December 2011

Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah


Alhamdulillah Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam telah diisytihar oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang Dipertuan Agong yang baru. Ini bermakna baginda adalah sultan pertama diisytihar sebagai Yang Dipertuan Agong buat kali yang kedua sekaligus sebagai Yang Dipertuan Agong yang ke-14.
Walaupun Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim sudah berumur 83 tahun, tapi masih mantap lagi. Kalau sebelum ini, baginda pernah diisytihar menjadi Yang Dipertuan Agong ke 5 antara tahun 1970 hingga 1975. Cuma disebabkan panjang usia Baginda, tercipta satu sejarah pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim menaiki singgahsana takhta negara untuk kali yang kedua.
KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun. Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini.- BERNAMA
Kita doakan sahaja kesihatan dan dipanjangkan usia Sultan Kedah inisepanjang bergelar Yang Dipertuan Agong ke 14 ini supaya masih boleh lakukan tugas-tugas dengan baik. Ini sedkit biodata baginda Sultan Kedah :
• Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
• Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.
• Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.
Sepanjang yang kami ketahui, (betulkan jika kami tersilap) Yang Di Pertuan Agong tidak boleh dipilih untuk kali kedua kecuali jika telah kesemua raja/sultan negeri lain sudah menerima giliran masing-masing. Setelah memang semua Sultan/Raja negeri lain telah mengambil giliran untuk pusing kedua, selepas Negeri Sembilan, Selangor, Perlis dan Terengganu pun sudah. Kini giliran negeri Kedah menyaksikan Sultan Kedah diisytihar Yang Dipertuan Agong ke 14 yang baru.
• Yang Di Pertuan Agong ke 14 : Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Sultan Kedah)
• Timbalan Yang Dipertuan Agong ke 14 : Sultan Muhammad V (Sultan Kelantan)

Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong dari yang pertama sehinggalah yang ke-13:
1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.
2. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.
3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000.
4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979.
5. Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975.
6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979.
7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984.
8. Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010.
9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994.
10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009.
11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001.
12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006.
13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-2011.

Coretan popular