Pages

Monday 30 May 2011

Berakhirnya satu Pentas MAKSIAT

Semalam pasti ramai yang sedia maklum satu rancangan reality telah melabuhkan tirainya. Rancangan reality kemaksiatan yang tak asing lagi dengan kita. MENTOR.

Ganjaran bagi rancangan ini bukan main lagi yer, wang tunai 100k, kereta lagi.. banyak pulak sponser nak bagi kan. Tempat kedua dan ketiga pun puluh ribu gak dapat..
Ganjaran itu untuk aper, untuk pemenang yang kononnya menghiburkan, persembahan yang mantap, suara yang lantang, pakaian yang menarik. Semuanya perempuan pulak tu, melalak, terkinja-kinja, berpakaian mendedahkan aurat di atas pentas.. Rancangan yang ditonton jutaan penonton. Dimanakan moral mereka ini? Dimanakah rasa malu dalam diri mereka? Dimanakah akhlak mereka sebagai Umat Islam?

Ibu bapa pulak tidak kah rasa bersalah, rasa berdosa dengan perlakuan anak-anak perempuan mereka? Tidakkah mereka tahu akan dosa anak gadis mereka itu diletakkan atas mereka. Apa yang menghairankan, ibu bapa memberi sokongan, berdoa lagi untuk anak mereka. Menyokong anak mereka dalam acara maksiat ini. Berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan, mendedahkan aurat, melompat atas pentas…. Subhanallah..

Apasalahnya program ini diaplikasikan dalam konteks keIslaman. Mentor mendidik dan mengajar anak buahnya dalam mengaji al-quran, bertaranum, hafazan al-quran.. kan lebih baik begitu. Malaysia Negara Islam, tetapi rancangan TV Malaysia majority kearah barat. Meniru rancangan tv barat yang jelas kekafirannya.  Dimana Islamnya Malaysia ini? Adakah hanya kerana majority rakyatnya Islam? Atau pemimpinnya Islam? Kalau orang Amerika datang Malaysia, pasti dia tidak dapat membezakan antara Negara islam dan Negara lain di dunia ni. Kerana apa? Kerana tidak ada bezanya rancangan di amerika dan Malaysia ini. Bagi mereka sama sahaja. 

Sedarlah wahai umat Islam sekalian… Kita kini berada di akhir zaman. Sudah banyak tanda-tanda akan berlakunya kiamat kini. Kembalilah kita semua pada jalan yang diredhai Allah. Al-Quran dan As-Sunnah jadikanlah panduan. Agar kita nanti boleh bertemu Kekasih Allah yakni Muhammad s.a.w untuk mendapatkan syafaatnya di hari pembalasan nanti..

Wallahualam.
Barakallah…

Saturday 28 May 2011

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat mak su aku (berbaju dan bertudung coklat) yang kembali kerahmatullah pagi tadi. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan diredhai Allah..
Gambar ni diambil pada majlis resepsi perkahwinan aku tahun lepas. 14 November 2010. Ini akan menjadi memori terindah dan gambar terakhir aku dengannya.

Al-Fatihah...

Inilah Dugaan

Maha suci Allah yang telah menetapkan segalanya buat umat manusia. Setiap yang berlaku adalah yang terbaik bagi-Nya. Setiap kesulitan yang menimpa, pasti ada hikmahnya. Pasti ada sinar yang terbaik buat kita yang telah direncanakan olah Yang Maha Pencipta. Sebagai hamba dan umat yang lemah, aku berserah hanya kepada-Nya. Aku pasti, disebalik kesulitan ini, ada cahaya baru yang menanti. Bukan dengan mengeluh dan berdiam diri. Aku perlu berusaha dengan lebih kuat lagi untuk keluar dari kesulitan ini. Berdoa setiap hari agar kesulitan ini segera berakhir. Berusaha dengan semampu mungkin untuk mengubah keadaan ini. Ikhtiar sebaik mungkin untuk mengecapi kembali nikmat kesenangan yang pernah aku kecapi dan bertawakal hanya kepada-Nya.

InsyaAllah semoga usaha aku kali ini tidak sia-sia. pelbagai perkara telah aku usahakan. Kini aku berserah sepenuhnya pada Rab yang lebih memiliki..

Aku rehda andai ini dugaan yang perlu aku tempuhi. Sebagai hamba, kita sering berkata. "kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan". Ketentuan-nya hanya yang terbaik untuk hambanya. Allah tidak akan menganiaya hambanya, melainkan hamba-Nya sendiri yang menganiaya dirinya sendiri.

Berpegang teguh pada prinsip ini, aku terus melakar senyuman walau apa jua keadaan yang menimpa diri ini. Pasti akan ada pembalasan bagi yang menganiaya kita. Allah maha adil dalam perhitungannya. Biarpun terlepas di dunia, di akhrirat pasti ada balasan yang menanti dari-Nya.

Hanya pada Allah aku berserah segalanya...

Thursday 26 May 2011

Kelebihan Surah Yassin


 Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah SALAAMUN QAULAMMIR RABBIN RAHIM “
 diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
 Jika boleh niatkan sebegini:
  1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.
  2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang dan mencintai islam.
  3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
  4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan penghantar maklumat yang aku dapat ini
  5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.
  6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.
  7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan AMINNNNN.

 Sampaikan dakwah ini kepada sahabat2 anda, tiada kerugian bahkan digalakkan.
 Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar….

KITA

Pagi Beriman, petang bagaimana?
Pagi kaya, Petang belum tentu masih kaya.
Pagi sihat, petang mungkin sakit.
Pagi hidup, siapa tahu petang kembali kepada Penciptanya…

Subhanallah, Maha Suci Allah yang menentukan segalanya…

Hidup manusia umpama roda, kadang diatas, kadang di bawah… Segalanya telah ditentukan oleh-Nya.  Kemewahan, kekayaan, kesihatan, pangkat, darjat hanya sementara. Semuanya akan ditinggalkan bila kita mati. Apa yang kita bawa bersama? Sedekah jariah, Anak soleh yang mendoakan kita dan Ilmu yang bermanfaat yang kita sampaikan.
Mengapa harus kita kejar dunia sedangkan dunia hanya sementara. Akhrirat itu yang abadi. Bukan bermakna kita harus tinggalkan dunia dan berserah semata-mata pada-Nya. Seimbangkan amalan kita. Untuk dunia, dan akhrirat. Allah telah menetapkan rezeki bagi tiap hamba-Nya, tapi hendaklah kita berusaha untuk mendapatkannya.  Apa yang ingin  saya perkatakan disini ialah tentang kehidupan Umat Muhammad abad ini. Tidak melupakan Akhirat, pada masa yang sama Dunia dalam genggamannya. Apa yang saya cuba sampaikan ialah, tentang cara hidup kita hari ini.

Susah sangat ke nak luangkan masa 5 minit untuk menunaikan kewajipan kita pada Allah. Waktu sembahyang sepatutnya ada dalam jadual harian kita. Kita boleh tiap hari mengadap laptop, PC, netbook, Ipad, dan macam-macam lagi untuk update status dalam facebook. 5 minit untuk tiap waktu solat. Susah sangat ker? Online berjam-jam boleh pulak..  Terganggu ke urusan kerja kita kalau berhenti sekejap untuk solat. Waktu lakan tengah hari boleh sekalikan dengan zohor. Masa minum petang pulak boleh solat Asar. Marghrib dan Isya kat rumah kan. Senang…  Bangun untuk subuh boleh bersiap terus untuk ke pejabat.  Indahnya Islam. Out station? Boleh jer di jamakkan… Zohor dan asar, Maghrib dan Isya. Islam itu Indah dan Memudahkan.. 

Bila kerja pulak, kena la jujur. Ingat gaji yang kita dapat tu untuk kita makan, bagi kat mak ayah, untuk anak bini… Mencuri masa semasa bekerja dengan online FB jer, beli MC kat klinik untuk dapatkan cuti, ngular dalam waktu kerja, ponteng kerja, tak menjalankan amanah atau kerja dengan sebaiknya, dan banyak lagi la yang mungkin kita pandang remeh. Semua ini berkait dengan apa yang kita dapat iaitu gaji kita dan apa yang kita makan dari gaji tersebut. Semua nya akan jadi darah daging kita. Pernahkah kita fikirkan semua ini? 
Dalam pergaulan, perlu ker nak bersalaman antara lelaki dan perempuan bukan mahramnya. Salah ker kalau tak salam. Kena ker bersalam kerana dia BOS kita, kerana dia nak bagi PROJEK BESAR kat syarikat kita, kerana dia PM, SULTAN sekalipun… yang HARAM tetap HARAM… Bila kita tengok orang islam pegang babi, pegang anjing. Melenting kita bila tengok diorang pegang babi, Sepertimana diketahui umum,Islam telah mengharamkan babi dan telah dikategori sebagai Najis Mughallazah iaitu najis berat.Umat Islam juga diharamkan daripada menyentuh babi apatah lagi memakannya. Babi dan anjing kalo kita terpegang pun tak berdosa, boleh samak tangan kita tu kan. Lepas samak suci la tangan  atau anggota yang terkena babi atau anjing tadi kan. Anjing pun kita boleh bela aper.. untuk menjaga rumah kita, asalkan kita tak bawak masuk rumah. Pegang anjing pun boleh kalau tangan dan bulu anjing tu kering. Camana kalau pegang tangan orang yang bukan mahram kita? Boleh samak ker? Tak kan… dosa tetap dosa.. Wallahualam..

Ialam sukup indah, semua telah diajarkan oleh nabi kita, Baginda tinggalkan kita dengan Al-Quran dan As Sunnah. Jika kita hidup dengan berpandukan Al-Quran dan As Sunnah, InsyaAllah, Dunia Akhirat kita selamat..

Yang baik semuanya dari Allah, segala kekurangan datangnya dari kelemahan diri saya sendiri..

Wallahualam…

ISTIMEWANYA ORANG BERCINTA




Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi.
Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana. kekasih merupakan
insan yang dianggap penting dalam hidup kita.kita
perlukan pasangan sebagai teman hidup,teman ketika
berduka cita dan teman untuk berkongsi
segala-galanya.Kadang-kadang hidup ini terasa
kekosongan apabila berseorangan, ibarat layang-layang
terputus talinya, tak berhaluan dan arah.Itulah
lumrahnya apabila bercinta dengan manusia. Sebaliknya
bercinta dengan Allah, Tuhan yang Maha Pencinta atau
‘Al Waduud’ itu, cinta kita pasti akan berbalas.
Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik.
Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa,
rupa, gaya dan bagaimana keadaannya. CintaNya boleh
direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha
untuknya. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan. Berbeza dengan manusia yang
hanya cinta pada yang disukai dan diminati. Cintanya pula bermusim dan tidak kekal. Sewaktu disenangi
dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai
malah ditinggalkan.
Cinta manusia juga terahd dan ada kepentingan. Isteri
cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung. Ibu
mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala
sunyi. kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang dan susahnya hidup. Pengikut sayangkan
ketua kerana ketua menjadi penaungnya.
Namun allah yang Maha Pencipta mencintai
hamba-hambanya tanpa ada kepentingan apa-apa. Allah
hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang
mencintaiNya, sebagai ganjaran buat hambaNya itu.
Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya,
yang sombong dan memang tidak mahu langsung
mencintaiNya.
Cinta Seindah Yang Diucap.
Semua orang bleh mengaku dan berikrar bahawa dia
mencintai Allah. Tapi tindak-tanduknya dapat
mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya. Dan
Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara
hamba-hambanya yang benar-benar mencintaiNya. Orang
yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya. kalau terhadap orang yang dikasihi,
suami dan lain-lain diberikan perhatian dan tumpuan, sanggup berkorban apa sahaja, pastilah terhadap Allah
lebih-lebih lagi. Malah sanggup pula bersusah payah
bangun malam untuk bertemu dan bercakap-cakap dengan kecintaannya. Sedang orang lain seronok bergaul bebas
dengan kekasih hati, dia bermujahadah (melawan
kehendak nafsu) menolak ajakan kekasihnya kerana
mengutamakan larangan allah SWT yang kasihNya lebih
utama.
Tanda Cinta.
Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman
kepada allah, bertaqwa, berkorban untukNya dengan
melakukan kebajikan, sabar, bertaubat, membantu
kerja-kerja menegakkan agama melakukan ibadah yang
fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat. Dia
berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling
bersilaturrahim kerana Allah, dengan menjaga
batas-batasnya, saling beri-memberi kerana Allah demi
keredhaanNya. Tidak kerana yang lain. Allah
melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang
yang dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan
mulia di Akhirat. Allah isyatiharkan cintaNya di dalam
Al-Quran kepada orang yang sungguh-sungguh beribadah,
berbuat kebaikan dan berakhlak mulia. Diantaranya
Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar.”
Surah: Ali Imran. Ayat:146.
“Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat
kebajikan.” Surah Ali-Imran. Ayat: 134
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan
diri.”
Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222
Untungnya Orang Bercinta.
Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapat perhatian, cinta dan kasih sayangNya.
Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan
mendapat balasan cintaNya, seluruh isi langit dan bumi
akan turut mencintainya. dia menjadi kekasih Allah
manakala orang yang mencintainya turut mendapat
kecintaan daripada allah pula. Orang yang mendapat
kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di
dunia lagi. di Akhirat Allah akan berikan kebahagian yang abadi. Begitulah istimewanya orang yang bercinta
dengan Tuhan yang Maha Pencinta itu. Kita pasti tidak
mahu gagal dalam bercinta. Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya, tuhan yang Maha Pencinta itu
dengan curahan cinta agung. Pasti akan mendapat
balasan cinta yang istimewa dariNya. Usahkan di
Akhira, di dunia lagi, terasa di hati balasan
cintaNya


Cerita Pasal Babi



Sepertimana diketahui umum,Islam telah mengharamkan babi dan telah dikategori sebagai Najis Mughallazah iaitu najis berat.Umat Islam juga diharamkan daripada menyentuh babi apatah lagi memakannya.

Mengenai babi ini juga,para ulama telah bersepakat bahawa daging babi ini haram dan tidak boleh dimakan sekalipun diproses dan dibersihkan dengan penggunaan teknologi terkini yang dianggap boleh menghapuskan kuman dan bakterianya.

Di sini,salah seorang Ulama’ yang terkemuka telah memberikan kita penjelasan mengenai pengharaman babi ini.

Pada suatu ketika, Imam Muhammad Abduh mengunjungi negara Perancis. Imam Muhammad Abduh adalah seorang tokoh besar dalam perjuangan dan dakwah Islamiah. Sewaktu berada di Perancis, masyarakat di sana bertanyakan beliau tentang mengapa dan rahsia pengharaman babi atau khinzir dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam Muhammad Abduh, “Kalian (umat Islam) mengatakan bahawa babi haram kerana ia memakan benda kotor yang mengandungi cacing,kuman dan bakteria-bakteria yang lain.Hal itu sekarang ini sudah tidak ada lagi kerana babi diternak melalui kaedah penternakan moden dengan kebersihan yang terjamin dan proses strelilisasi yang mencukupi.Bagaimana mungkin babi-babi itu terkena jangkitan cacing,kuman dan bakteria?”

Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu. Dengan kebijaksanaannya, beliau meminta mereka membawa dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina, dan dua ekor babi jantan dan seekor babi betina. Mengetahui hal itu,
mereka bertanya,”Untuk apa semua ini?” Beliau menjawab,”Penuhi apa yang saya pinta, maka saya akan memberikan jawapan dan suatu rahsia.”
Lalu mereka pun memenuhi permintaan Imam Muhammad Abduh. Kemudian beliau memerintahkan agar dua ekor ayam jantan dengan seekor ayam betina dilepaskan dalam satu kandang.Kedua ayam jantan itu lantas berkelahi dan saling membunuh untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri sehingga salah seekornya hampir tewas. Imam Muhammad Abduh lalu memerintahkan kedua ekor ayam itu dikurung kembali.

Kemudian, beliau memerintahkan mereka untuk melepaskan dua ekor babi jantan bersama seekor babi betina pula. Kali ini mereka menyaksikan satu keanehan.Salah seekor babi jantan itu membantu seekor lagi babi jantan untuk melaksanakan hajat seksualnya (nafsu syahwat) tanpa rasa cemburu,tanpa harga diri atau keinginan untuk memjaga babi betina dari menjadi mangsa teman sejenisnya.

Melihat hal yang demikian, Imam Muhammad Abduh berkata,”Saudara-saudara, daging babi membunuh ‘ghairah’ orang yang memakannya.Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalangan kamu melihat isterinya bersama lelaki lain membiarkannya tanpa rasa cemburu.”Seorang bapa di antara kamu melihat anak perempuannya bersama lelaki asing (bukan mahram) dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu atau marah.Ini kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya kepada orang yang memakannya.”

Imam Muhammad Abduh dengan cara yang tersendiri telah memperlihatkan kepada masyarakat Barat bagaimana istimewanya hukum yang telah ditetapkan dalam Islam.Ia semata-mata untuk kebaikan dan kesejahteraan bukan sahaja umat Islam,tetapi juga untuk seluruh alam ini.


Coretan popular