Pages

Monday 27 June 2011

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

P

eristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu
berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

SUMBER:
http://fullfilth.blogspot.com

Hidup Mulia dengan Mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman (artinya): “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam suri tauladan yang baik bagi kalian (yaitu) bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhir dan dia banyak menyebut Allah.” (Al Ahzab: 21)

Para pembaca yang mulia, semoga Allah subhanahu wa ta’ala senantiasa mencurahkan rahmat dan taufiq-Nya kepada kita semua. Sibuk dengan ritual keagamaan belum menjadi jaminan seseorang telah shalih, alim, atau ahli ketaatan. Penampilan seseorang dalam beragama hendaknya diukur sejauh mana dirinya menerapkan amal shalih yang didasari keikhlasan dan mengikuti sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Tanpa dua prinsip dasar yang harus selalu beriringan ini, maka amaliah seseorang akan menjadi sia-sia. Ia akan mendapatkan kehampaan pahala dan terseret ke arah amaliah yang jauh dari agama Islam itu sendiri.

Tentu merupakan sebuah kewajiban setiap muslim untuk beramal dalam agama Islam ini dengan mengikuti segala apa yang diperintahkan dan dicontohkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Beragama yang baik dan benar bukanlah dengan dasar mengikuti amal perbuatan kebanyakan orang, bukan pula dengan mengikuti semangat yang menggebu semata atau karena kagum dengan figur tokoh tertentu. Akan tetapi menjalankan agama secara baik dan benar haruslah selaras dengan landasan keikhlasan kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan amaliahnya (prakteknya) mengikuti apa yang telah dituntunkan oleh rasul-Nya.

Kewajiban Mengikuti Sunnah Rasul shallallahu ‘alaihi wasallam dan Mengagungkannya
Mengagungkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan perkara yang besar dan agung. Yang membutuhkan bukti dan praktek nyata dalam kehidupan sehari-hari. Ironisnya keadaan pada saat ini justru terjadi sebaliknya, fenomena yang ada pada sebagian kaum muslimin enggan menerima, mengabaikannya, bahkan mengolok-oloknya. Padahal Allah subhanahu wa ta’ala berfirman (artinya):
“Dan apa yang diperintahkan Rasul kepada kalian maka lakukanlah sedang apa yang beliau larang darinya maka tinggalkanlah.” (Al Hasyr: 7)

“Barangsiapa yang menaati Rasul berarti ia telah menaati Allah.” (An Nisa’: 80)
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguhlah ia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata.” (Al Ahzab: 36)

Ketiga ayat di atas menunjukkan secara tegas bagaimana semestinya sikap seorang muslim menempatkan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, yaitu wajib mengambilnya. Hal ini merupakan keharusan yang tidak ada tawar-menawar lagi. Kemudian menjadikan sunnah tersebut sebagai pedoman dalam melangkah dan melakukan ketaatan kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Oleh karena itu, Allah subhanahu wa ta’ala menjadikan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai penjelas Al-Qur’an bukan sekedar menyampaikan atau membacakannya secara lafazh saja, sebagaimana dalam firman-Nya (artinya):
“Dan Kami turunkan kepadamu Al Qur’an agar engkau terangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka.” (An Nahl: 44)

Demikian pula Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Saya mewasiatkan bagi kalian untuk bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat kepada pimpinan, walaupun yang memimpin kalian adalah seorang budak. Karena sesungguhnya barangsiapa yang hidup sepeninggalku ia akan melihat perbedaan yang banyak, maka di saat seperti itu wajib atas kalian bepegang teguh dengan Sunnahku dan Sunnah para Al Khulafa’ Ar Rasyidin. Gigitlah dengan gigi-gigi geraham kalian! Jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) karena sesungguhnya semua bid’ah itu sesat!” (Shahih, HR. Ahmad, Abu Dawud dan At Tirmidzi dari hadits Al Irbadh bin Sariyah radhiyallahu ‘anhu, dishahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Shahihul Jami’, no. 2549)
Barakah Mengikuti Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
Ketahuilah! Siapa saja dari umat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang berupaya untuk senantiasa mengikuti dan menaati beliau shallallahu ‘alaihi wasallam dengan ikhlas serta menjadikannya sebagai suri tauladan dalam kehidupan sehari-hari, maka sungguh ia akan mendapatkan sekian banyak keutamaan yang dijanjikan oleh Allah subhanahu wa ta’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam di antaranya adalah sebagaimana keterangan berikut ini:

1. Mengikuti Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam Merupakan Sebab Diterimanya Suatu Amalan

Telah kita ketahui bersama bahwa dua prinsip dasar yang harus selalu beriringan dalam melandasi suatu amal agar diterima oleh Allah subhanahu wa ta’ala adalah keikhlasan dan mengikuti sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Sebaliknya, apabila hilang salah satu dari keduanya, maka amalan itu tidak akan diterima oleh Allah subhanahu wa ta’ala, dan hendaknya kita khawatir suatu amal shalih yang kita kerjakan akan ditolak atau tidak diterima oleh Allah subhanahu wa ta’ala.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak pernah kami tuntunkan, maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Muslim)
Dari hadits di atas dapat diambil kesimpulan bahwa salah satu keutamaan terbesar dalam Ittiba’us Sunnah (mengikuti Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam) adalah diterimanya suatu amalan.

Al Imam Ibnu Qudamah rahimahullah berkata: “Dalam mengikuti Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam terdapat keberkahan dalam mengikuti syari’at, meraih keridhoan Allah subhanahu wa ta’ala, meninggikan derajat, menentramkan hati, menenangkan badan, membuat marah syaithan, dan berjalan di atas jalan yang lurus.” (Dharuratul Ihtimam, hal. 43)

2. Mengikuti Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam Membuahkan Persatuan Kaum Muslimin
Para pembaca yang mulia, setiap muslim tentu sangat merindukan terwujudnya persatuan kaum muslimin. Sebagaimana yang telah kita ketahui bersama, bahwa persatuan merupakan perkara yang diridhoi dan diperintahkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala, sedangkan perpecahan merupakan perkara yang dibenci dan dilarang oleh-Nya.

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman (artinya): “Dan berpegang-teguhlah kalian semua dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai-berai.” (Ali Imran: 103)
Al Imam Al Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Allah telah memerintahkan kepada mereka (umat Islam, red) untuk bersatu dan melarang mereka dari perpecahan. Di dalam banyak hadits juga terdapat larangan dari perpecahan dan perintah untuk bersatu dan berkumpul.” (Tafsir Ibnu Katsir, 1/367)

Adapun asas bagi persatuan yang diridhoi dan diperintahkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala bukan berasaskan kesukuan, organisasi, kelompok, daerah, partai, dan sebagainya. Akan tetapi asasnya adalah: Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan pemahaman As-Salafush Shalih (para shahabat Rasulullah, para tabi’in, dan tabi’ut tabi’in).

Al Imam Al Qurthubi rahimahullah ketika menjelaskan ayat 103 surat Ali Imran di atas menyatakan bahwa Allah subhanahu wa ta’ala mewajibkan kepada kita agar berpegang teguh dengan kitab-Nya (Al Qur’an) dan sunnah nabi-Nya, serta merujuk kepada keduanya di saat terjadi perselisihan. Allah subhanahu wa ta’ala juga memerintahkan kepada kita agar bersatu di atas Al Qur’an dan As Sunnah dalam hal keyakinan dan amalan. Hal ini agar kaum muslimin bersatu dan tidak tercerai-berai, sehingga akan meraih kemaslahatan dunia dan agama, serta selamat dari perselisihan. (Lihat Tafsir Al Qurthubi, 4/105)

Mengapa harus dengan pemahaman As Salafus Shalih (para shahabat Rasulullah, para tabi’in, dan tabi’ut tabi’in)?
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: “Sebagaimana tidak ada generasi yang lebih sempurna dari generasi para shahabat, maka tidak ada pula kelompok setelah mereka yang lebih sempurna dari para pengikut mereka. Maka dari itu, siapa saja yang lebih kuat dalam mengikuti hadits Rasulullah dan sunnahnya, serta jejak para shahabat, maka ia lebih sempurna. Kelompok yang seperti ini keadaannya, akan lebih utama dalam hal persatuan, petunjuk, berpegang teguh dengan tali (agama) Allah, dan lebih terjauhkan dari perpecahan, perselisihan, dan fitnah. Dan barangsiapa yang menyimpang jauh dari itu (Sunnah Rasulullah dan jejak para sahabat), maka ia akan semakin jauh dari rahmat Allah dan semakin terjerumus ke dalam fitnah.” (Minhajus Sunnah, 6/368)

3. Pahala Besar Bagi Orang Yang Berpegang Teguh Dengan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
Dari shahabat Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari kesabaran, kesabaran di hari itu seperti menggenggam bara api, bagi yang beramal (dengan Sunnah Nabi) pada saat itu akan mendapatkan pahala lima puluh.” Ada seseorang yang bertanya: “Lima puluh dari mereka, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Pahala lima puluh dari kalian.” (Shahih, HR. Abu Dawud dan At Tirmidzi, lihat Silsilah Ash Shahihah, no. 494)

4. Jaminan Istiqomah dan Hidayah Bagi Orang Yang Berpegang Teguh dengan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
Selama seseorang berada di atas Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, maka ia akan tetap berada di atas jalan istiqomah. Sebaliknya, jika tidak demikian, berarti ia telah menyimpang dari jalan yang lurus. Sebagaimana yang dikatakan oleh shahabat Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhu:
“Manusia akan senantiasa berada di atas jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi.” (HR. Al Baihaqi, Miftahul Jannah, no. 197).

Shahabat ‘Urwah radhiyallahu ‘anhu berkata: “Mengikuti sunnah-sunnah Nabi adalah tonggak penegak agama.” (HR. Al Baihaqi, Miftahul Jannah, no. 198).
Salah seorang tabi’in bernama Ibnu Sirin mengatakan: “Dahulu mereka mengatakan: selama seseorang berada di atas jejak Nabi, maka ia berada di atas jalan yang lurus.” (HR. Al Baihaqi, Miftahul Jannah, no. 200)

Oleh karena itu, Allah subhanahu wa ta’ala berfirman (artinya): “Dan jika kalian menaatinya niscaya kalian akan mendapatkan hidayah.” (An Nur: 54)

Asy Syaikh Abdurrahman As Sa’di rahimahullah berkata: “Jika kalian menaati Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam niscaya kalian akan mendapatkan petunjuk ke jalan yang lurus, baik ucapan maupun perbuatan. Dan tidak ada jalan untuk mendapatkan hidayah melainkan dengan menaatinya, dan tanpa (menaatinya) tidak mungkin (akan mendapatkan hidayah) bahkan mustahil.” (Tafsir As Sa’di, hal. 521)

5. Mendapatkan Cinta dari Allah subhanahu wa ta’ala dan akan masuk Al Jannah (surga)
Para pembaca yang mulia, bukankah kita semua ingin mendapatkan cinta dari Allah? Ketahuilah! Bahwa cinta dari Allah subhanahu wa ta’ala hanya akan diperoleh dengan mengikuti dan mentaati Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Sebagaimana firman Allah subhanahu wa ta’ala (artinya):
“Katakanlah (wahai Muhammad!): “Jika kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku! Niscaya Allah pasti akan mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian.” (Ali Imran: 31)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda: “Setiap umatku akan masuk Al Jannah (surga) kecuali orang yang enggan.” Para shahabat bertanya: “Siapakah orang yang enggan itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Barangsiapa yang menaatiku, ia akan masuk Al Jannah dan barangsiapa yang bermaksiat kepadaku, maka sungguh ia telah enggan.” (HR. Al Bukhari)

Wahai saudaraku sesama muslim! Sepatutnya bagi kita semua selalu berupaya dengan sungguh-sungguh untuk menyesuaikan segala amal ibadah kita dengan tuntunan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang berdasarkan dalil-dalil shahih. Dan kita tidak akan dapat mengetahuinya melainkan dengan belajar ilmu syar’i (agama).

Penutup

Semoga Allah subhanahu wa ta’ala menolong kita untuk senantiasa mempelajari ilmu agama Islam ini yang bersumber dari Al-Qur’an dan As-Sunnah sesuai dengan pemahaman para shahabat nabi radhiyallahu ‘anhum di bawah bimbingan ulama` pewaris Nabi. Dan memberikan kekuatan serta keistiqomahan dalam menjalankan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam agar tergapai kemuliaan hidup yang hakiki di dunia maupun akhirat.

Friday 24 June 2011

Maharajalawak vs Tilawah Al-Quran

RM 800,000.00 jumlah wang tunai hadiah kepada para pemenang Maharajalawak 2011 yang berakhir semalam.

Satu angka yang sangat besar jika nak dibandingkan dengan mana-mana acara pertandingan lain di negara ini. Sudah pasti hadiah tercorot adalah untuk pemenang prograam tilawah Al-Quran yang baru saja berakhir minggu lepas.

Jika dibandingkan hadiah wang tunai untuk finalist Maharajalawak ini dengan tilawah Al-Quran, jauh sangat bezanya. Kenapa boleh jadi begini? Kerana sponsor la.. tak ramai yang nak sponsor untuk program keagamaan nie, kalau program hiburan, beratur sponsor nak bagi. Kenapa? kerana pulangan nya pun lumayan. lebih lagi daripada apa yang diorang bagi.

Lumrah la tu kan, nak buat camana lagi. Manusia semakin mengejar keuntungan berbanding barakah dari Allah. Tak salah pun program hiburan, asalkan ia tidak menyalahi hukum-hukum agama dan norma-norma kita sebaagai Muslim di bumi Allah ini.

Yang menang, Tahniah diucaapkan.. yang kurang bernasib baik, InsyaAllah semoga kalian lebih success nanti. Kalah-lakah pun Maharajalawak nie, hadiahnya dah melebihi hadiah juara Qari dan Qariah tilawah Al-Quran. Bersyukur lah dengan apa yang Allah kurniakan.

Hiburan memang tak salah, cuma jangan abaikan tanggungjawab kita sebagai Muslim dan Khalifah Allah di muka bumi ini. Tahniah kepada semua yang menjayakan Maharajalawak semalam. Rasanya program yang terbaik la dari segi masa. Jam 10.00 malam, lepas solat isya, boleh lah solat dulu kan sebelum nak bergelak ketawa menonton. Mana tau, masa gelak-gelak tu tercekik makanan ker, meninggal pulak malam tu.. kan tah tertunai tanggungjawab mendirikan solat..

Semoga lepas nie dapatlah kita lihat program-program keagamaan yang semeriah program hiburan ini dan hadiah nya juga setanding dengan program seperti ini. Barulah ramai yang berminat nak ikut serta dalam program keagamaan.

InsyaAllah...

Barakallah..

Kunci Syurga

Apa Dia Kunci-Kunci Syurga Itu??

Untuk menjawab persoalan ini, mari kita ikuti satu kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan seorang paderi Katolik.

Kisah ini menyimpan banyak rahsia besar. Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatikan. Dan apakah fungsi Al-Quran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatikan.

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, “Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.” Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.
Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.” Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?” Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.”
Kemudian dia beranjak hendak keluar.

Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.” Si pemuda tersenyum dan berkata, “Silakan!”


Sang paderi pun mulai bertanya, “Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.”
“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!”
“Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?”
“Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?”
“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?”
“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”
“Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?”
“Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?”
“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!”
“Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca Bismillah dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, “Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra’: 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.
-Lima yang tiada enamnya ialah solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada lapannya ialah langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).
-Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy Ar-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu lapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air.” (Al-Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ” (At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, “tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang .” (Yusuf:98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.” (Luqman: 19).
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.

Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, “Apakah kunci syurga itu?” mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil.

Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!”
Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.” Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda.” Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.”

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.



Apa itu kunci SYURGA?

ternyata kan, kalimah syahadah yang kita ucapin setiap waktu solat,
Kalimat pertama yang disebut oleh insan yang dibuka hatinya untuk memeluk ISLAM.

Jangan persiakan apa yang telah Allah janjikan pada kita. Kembalilah kepada Ajaran Allah dan sunnah Rasullullah...

Barakallah..

Wednesday 22 June 2011

Separuh tahun kedua

Separuh tahun pertama hidupku memang penuh dengan dugaan dan cabaran.. Dugaan dalam perniagaan, dan cabaran dalam menempuh alam berumahtangga.

Dalam perniagaan, selama 6 bulan tahun ini memang agak menjunam. Projek yang dah siap prototype nya tetiba disambut hambar oleh client. Projek yang dah siap pun mengalami beberapa masalah dokumentasi dan menyebabkan proses pembayaran terganggu. quotation, jangan kata la, banyak dah hantar tapi senyap cam tu jer la.. Ada juga projek yang dah siap, tapi client enggan membayar kerana kami enggan menuruti kehendak mereka. Camana nak buat lagi, 4 bulan untuk buat web biasa jer, mintak macam-macam. payment tak jugak bagi. bila dah siap, mintak lagi.. Akhirnya aku putuskan untuk stop jer la. Ada gak profile aku yang tiada jawapan dari client. Yang tu takpe la, memang takde deal ape-ape pun...

Cabaran utama dalam berumahtangga nie memang agak mencabar la. Aku dan iseri kena duduk berjauhan kerana dia kerjaa di luar kawasan. Hujung minggu jer la kami jumpa. tu pun 2 minggu sekali jer.. kekadang tu sebulan baru jumpa.. bayangkan terpisah selama sebulan, bagaimana peritnya menahan rindu.. Tambahan pula isteri aku berbadan dua. Cabaran lagi untuk aku sebagai bapa nanti. Tanggungjawab semakin bertambah.

Dengan keadaan perniagaan yang kurang memberansangkan dan komitment yang bertambah, aku harus bangkit melawan semua ini. Bangkit dengan semangat baru untuk menempuh separuh tahun kedua ini dengan lebih selesa.

Pelbagai kertas kerja aku susun untuk mendapatkan peluang bekerjasama dengan kerajaan. Peluang bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain pun aku usahakan. Setakat ini ia membarikan impak positif daripada pihak berkenaan. Walaupun belum ada berita berkenaan penerimaan bekerjasama ini, namun aku pasti akan ada hasilnya nanti.

Bidang lain juga aku terokai. Mula mencari peluang perniagaan lain sebagai alternatif kepada perniagaan yang ada ini. Dengan usaha dan doa semua, InsyAllah aku berharap agar separuh tahun kedua ini akan dapat merubah keadaan ini.

Dalam rumahtangga aku jugak, separuh tahun kedua ini lah cahaya mata kami akan lahir ke dunia ini. InsyaAllah, aku akan bersedia menghadapi semua ini dengan tabah. Akan ku bekalkan anakku dengan ilmu yang cukup untuk menerokai dunia ini agar dia nanti tidak terpesong dari landasan agama. Al-Quran dan As-Sunnah akan jadi guru tetap kepadanya.. InsyaAllah..

Semoga apa yang aku usahakan ini akan membuahkan hasilnya.. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)


InsyaAllah,

Barakallah...

IKLAN

"Dahulu saya tak berani dedahkannya, sekarang tiada masalah lagi"

Apa yang dia tak berani dedahkan... bawaah lengan a.k.a ketiak.. yang ni pun nak iklankan ker.. nak dedahkan ketiak yang putih tu. Untuk aper? tak sedarkan dia bahawa ketiak dia tu aurat, dahulu, kini dan selamanya jangan dedahkan kepada orang yang bukan muhrim dia tu.. kat rumah x per la.. nie dengan banganya mempromosi ketiak dia yang putih tu. jalan angkat jer la lengan tu yer...

Subhanallah.. iklan sekarang nie memang dah keterlaluan.. malu aku nak tengok.. patutkah ketiak putih pun nak dijadika bahan iklan.. Kan aurat tu.. berapa juta orang yang tengok iklan tu, dapatlah dia saham neraka free jer...

Tak perlu lah sampai cam tu sekali.. berpada-pada la nak iklan pun.. nie sampai menyalahi hukum agama dah nie.. Malaysia negara Islam kan, ikut la norma-norma keislaman kita.. Islam itu cukup indah.. Jangan cemari keindahan Islam dengan perkara yang macam nie..

Satu lagi iklan sekarang nie.. Iklan tuala wanita. dengan banganya jadi model iklan tuala wanita.. ada yang warna-warni pulak tu.. saper nak tengok?

Kalau dahulu, beli tuala wanita kat kedai, camana orang kedai tu buat? bungkus dengan surat khabar, pas tu masukkan dalam plastik hitam pulak tu.. Sekarang? bawak cam tu pun xper lah... xder perasaan ape pun kan.. cam bawak roti jer..

inilah fenomena iklan sekarang.. cemakin hari semakin berani.. Kerana apa? Semuanya berlandaskan KEUNTUNGAN semata-mata..

Tak hairan kalau suatu hari nanti iklan kondom pulak mengambil tempat di kaca TV kita. Lepas tu iklan pengguguran janin, iklan rumah urut, iklan pakej perzinaan... Nauzubillah...

Perkara ini tak mustahil kalau semua stesen TV kita kini hanya mementingkan KEUNTUNGAN semata-mata tanpa memperdulikan kesannya kepada akidah dan agama kita.

Subhanallah...

Barakallah..

Sunday 19 June 2011

Manisnya Kurma Ini

Gelak sampai nak terkencing aku tengok Maharajalawak minggu 12, tugasan kedua kumpulan Sepah... Memang nak tergulung-guling la gelak..  sape-sape yang tak tengok lagi, search la sendiri kalo nak tengok.. hari nie ada masalah sikit nak upload video.. Tak pun nanti aku uploadkan yer..

Akan tetapi bukan itu yang aku nak ceritakan.. tu cuma sebagai hiburan semata-mata... Aku cuma nak kongsikan tentang khasiat kurma, kismis dan madu khas untuk ibu mengandung...

Khasiat Kurma, Kismis & Madu

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Wallahu a'lam.

Aku Suka Cerita Ini

Judul Sinetron: Para Pencari Tuhan

Pemain: Deddy Mizwar, Zaskia A Mecca, Ferry alias Akri Patrio, Annisa Suci, dan tiga komedian pendatang baru dari grup Bajaj (Meilki, Aden, dan Isa), Agus Kuncoro Adi, Jarwo Kuat, Udin Nganga, Asrul Dahlan, Anggia Jelita

Produksi: PT Demi Gisela Citra Sinema

Stasiun TV: TV Al Hijrah (Malaysia)

Waktu: Setiap hari, jam 18:00

Para Pencari Tuhan bercerita tentang kehidupan seorang merbot (penjaga mushala) bernama Bang Jack (Deddy Mizwar) dan ketiga muridnya yang mantan narapidana yaitu Chelsea (Melki Bajaj), Barong (Aden Bajaj), dan Juki (Isa Bajaj). Setelah keluar dari penjara, Barong diusir dari komplotan curanmor lantaran sering menyanyi di pengadilan. Setali tiga uang, Juki yang mantan copet, ditolak mentah-mentah saat kembali ke rumah ibunya. Nasib Chelsea agak berbeda. Ketika akan mengajak rujuk kembali dengan mantan istrinya, Marni (Anggia Jelita). Ternyata sang istri sudah menikah dengan Sumarno, polisi yang menjebloskannya ke penjara.

Akhirnya mereka bertiga secara tak sengaja bertemu dan luntang lantung menyusuri Jakarta yang tak lagi ramah. Seharian mereka menjumpai warung tutup. Hati mereka makin sakit, merasa dunia sudah benar-benar menutup diri bagi mereka. Mereka baru tersadar saat ada yang memberitahu bahwa hari ini adalah hari pertama bulan puasa, sehingga tak ada orang makan di warung.

Ketiganya kemudian terdampar di sebuah mushala bernama At-Taufiq. Di sana ada Bang Jack, penjaga mushala yang fanatik dengan bedug. Dia tak mau adzan jika belum menabuh bedug. Mantan tukang jagal ini akhirnya tak hanya menerima ketiga narapidana tersebut tapi sekaligus sudi membimbing mereka ke jalan yang benar. Sebenarnya ilmu agama Bang Jack sendiri pas-pasan sehingga dalam penerapan agama sering keliru. Untunglah ada Aya (Zaskia Adya Mecca) yang membantunya. Gadis cantik penjual kolak dan pengelola perpustakaan gratis ini paham soal agama. Aya adalah adik ipar Ustad Ferry (Akri Patrio), sang ketua pengurus mushala, yang pamornya tengah menanjak setelah menjadi komentator di sebuah televisi. Belakangan pupolaritasnya tersaingi oleh istrinya sendiri, Haifa (Annisa Suci Wulandari).

Dalam sinetron ini juga ditampilkan hubungan yang unik antara Bang Udin (Udin Nganga), seorang hansip, dan sahabatnya Asrul (Asrul), seorang pria beristri satu beranak empat, dengan Pak Jalal (Jarwo Kuat). Bang Udin dan Asrul sering merasa kesal dengan Pak Jalal yang merupakan orang paling kaya di kampungnya. Sekesal apapun mereka tetap mendatangi Pak Jalal untuk diberikan pekerjaan pada saat mereka kekurangan uang untuk biaya hidup. Selain itu, sinetron ini juga diwarnai dengan kisah cinta Aya dengan Azzam (Agus Kuncoro), teman masa kecil Aya, yang berliku-liku. Walau lamarannya sudah tiga kali ditolak, Azzam tetap pantang menyerah mengejar cinta Aya.

Sinetron bergenre komedi religi ini penuh dengan pesan agama yang disampaikan secara ringan sehingga tidak terkesan menggurui. Data AGB Nielsen menyebutkan bahwa tayangan ini meraih share di atas rata-rata 32 persen, dan disaksikan oleh penonton pria/wanita dari hampir semua kelompok umur, 10-24 tahun, 30-39 tahun, hingga 40-49 tahun.

Parlimen Belia bermula penghujung 2012

http://www.belia.org.my/

KUALA LUMPUR 14 Jun - Parlimen Belia yang dicadangkan Kementerian Belia dan Sukan dijangka mula bersidang pada penghujung tahun depan atau selewat-lewatnya pada awal 2013.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ini berikutan penubuhannya perlu mendapatkan kelulusan beberapa pihak termasuk Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Belia.
''Kita juga perlu melakukan semakan kepada akta berkaitan selain melakukan proses hebahan mengenai pemilihan perwakilan di samping mengadakan persidangan percubaan disusuli bengkel penambahbaikan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi memberi taklimat mengenai proses mewujudkan Parlimen Belia yang sudah pun dilaksanakan di 33 negara.

Dalam pada itu, menurut Ahmad Shabery, kementeriannya telah meneliti beberapa model Parlimen Belia dan setakat ini tertarik untuk mengguna pakai model Parlimen Belia Australia.

Selain itu, katanya, kementeriannya juga mencadangkan untuk mengadakan pemilihan wakil belia secara talian dan akan bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ke arah itu.

''Perkara paling penting adalah hari ini apabila kita mendapat restu dan persetujuan daripada semua termasuk Yang Dipertua Dewan Rakyat yang amat positif untuk memberi segala kerjasama terhadap pelaksanaan Parlimen Belia ini," katanya.

Ditanya sama ada penubuhan Parlimen Belia bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti, Ahmad Shabery berkata, akta itu hanya melarang mahasiswa terbabit dengan parti politik.
''Sebaliknya, tiada penglibatan parti politik di dalam Parlimen Belia," katanya.

Yang terindah..Isteriku...

Semenjak kau hadir dalam hidupku, tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta, kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia hingga aku terasa indah

Maafkan jika ku tidak sempurna, tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan dating merasa kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu, merindui dirimu, memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta, kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia hingga aku rasa indah

Hari Ini

Hari ini, tak banyak yang aku nak kongsikan. Cuma ader la beberapa perancangan masa depan yang aku fikirkan berbaloi untuk aku lakukan. Namun itu pun masih dalam peringkat awal perbincngan dan penelitian. Belum berani untuk membuat apa-apa keputusan.

Walau apapun, keputusan harus dibuat dalam masa terdekat ini. Untuk menjamin masa depan dan kerjaya aku jugak la. Belum bersedia untuk mewarwarkan di sini. Apa-apa nanti kalau dah diputuskan, akan aku khabarkan yer..

Berbalik pada hari ini, aku bangun awal pagi tadi. sebelum subuh aku dah bangun, mandi dan bersiap untuk keluar kota. Seawal jam 4.30 aku dah berangkat bersama-sama dengan Isteri aku. Bukan nak kemana pun, cuma nak hantar dia balik ke Pahang jer pun.. Best rasanya bila jalan lengang, tak banyak kereta pagi-pagi kan. sekejap jer aku sampai ke lebuhraya duke dah. Hampir 1jam 30 minit perjalanan, kami singgah di Petronas dekat lebuhraya untuk solat subuh. Jam 8 pagi sampai la.. So sekarang aku rehat jap kat sini, petang nanti baru aku balik. Dijangka lewat petang aku sampai la kat KL. Ini dh jadi rutin biasa aku dah sejak kawen dulu. tak rasa apa dah.. Best jer dapat jalan-jalan.

Tak ader apa nak aku omelkan lagi.. cukuplah ini untuk kali ini.. jap lagi aku fikirkan yang lain pulak yer..

Assalamualaikum..

Barakallah..

Wednesday 15 June 2011

Dugaanku...

Satu demi satu dugaan datang menimpa.. semua ini harus ku harungi dengan tabah, redha dengan segala ketentuannya.. Semalam, notebook aku pulak yang buat masalah. Tak boleh nak on. boleh pun sekejap jer..camana nak buat kerja kan.. so sekarang aku terpaksa la ke CC nak online.

Isnin lepas aku interview kat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Putrajaya. untuk satu jawatan kontrak F41, Pegawai Teknologi Maklumat. Yang nie memang aku dah serender awal-awal. mana tidaknyer, diorang nak cari pekerja secaa kontrak intuk membangunkan satu sistem. Kontrak selama setahun, dan jika projek delay, sehingga projek siap la. Dari apa yang diorang cakap, projek tu memang besar, kalau bukak tender pun dalam 1M nyer projek la. aku pulak dalam programming nie bukan lah nak cerdik sangat. Tambah lagi nak suruh develop sistem.. awal-awal lagi aku surrender..

Jumaat lepas, Honda call aku kata kereta aku siap untuk diambil.. repair menelan belanja sebanyak 32k. Nauzubillah... harga repair sama dengan harga sebuah kereta proton. terduduk aku dengar jumlah tu.. Akan tetapi sebahagian telah dibayar oleh pihak insurans. 28k. So sekarang ada lagi RM4620 untuk aku jelaskan.. Nak pitam gak la untuk bayar jumlah tu dalam keadaan sekarang nie.

Apa-apa pun aku tetap sabar dan terus berusaha untuk atasi semua masalah ini. Cuba untuk keluar daripada masalah ini. sekarang tiba masanya untuk aku keluar cari projek pulak. Pendekatan online aku rasakan kurang memberi kesan. Walaupun cara ini akan memakan sedikit modal, namun aku pasti akan hasilnya nanti.

InsyaAllah...
Barakallah..

Friday 10 June 2011

MANIFESTASI KETAKWAAN KEPADA ALLAH DALAM PERIBADI MUSLIM

Temubual Secara Langsung En. Adnan Oktar

Di Kral Karadeniz TV (30 Mac 2009)

ADNAN OKTAR: Ya. Ketakwaan kepada Allah merupakan tenaga yang paling penting dalam mengurus aktiviti dan semua karakter kita agar berhubungan dengan nilai moral yang baik. Tanpa ketaatan kepada Allah, misalannya, seseorang tidak merasa perlunya bersabar atau bertahan dengan cabaran. Dia mungkin tidak mahu memaafkan. Dia tidak mahu berazam bersungguh-sungguh dalam banyak perkara. Dia mungkin berbisik, “Walau apapun Allah tetap akan memaafkan aku.” Sebagaimana yang anda telah sedia maklum, logik sebegini juga dinyatakan di dalam Al-Quran; dia mungkin berkata, “Aku tetap akan ke Syurga”. Namun dengan ketakwaan kepada Allah, semuanya berada di dalam keadaan terkawal. Contohnya, dia bangun untuk solat-solat, atau berpuasa, atau membuat pengorbanan untuk yang dicintai... Inilah asas perasaan cinta dan gembira; tanpanya semua ini (konsep) tidak akan bererti. Orang tersebut langsung tidak bermakna apa-apa. Dengan rasa patuh kepada Allah, seseorang dapat membina keperibadian yang menyenangkan. Maksudnya, dia mempunyai sikap tekun dan jujur. Dengan ketaatan terhadap Allah, seseorang akan bercakap benar. Tanpa perasaan takwa sedemikian, seseorang dengan mudah akan menipu demi kepentingan diri sendiri.

PENEMUDUGA: Itulah yang sedang berlaku pada masa kini.

ADNAN OKTAR: Sudah pasti, ketakwaan kepada Allah adalah akar kejujuran. Seseorang berkata benar kerana beliau takutkan Allah.  Contohnya, orang sebegitu merupakan seorang saksi yang benar. Perasaan patuh kepada Allah mengekangnya daripada pelbagai pertikaian, kekejian, keributan dan anarki dalam jiwa seseorang. Ianya membenarkan kita untuk menikmati lebih banyak rahmat dari Syurga. Tanpanya, seseorang itu dikuasai oleh kedunguan yang nyata.

Barakallah...
(http://us1.harunyahya.com)

HIMPUNAN DOA PARA MUSLIM DI DALAM AL-QURAN

Surah Al-Baqarah, 200-202:
… Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "WAHAI TUHAN KAMI, BERILAH KAMI KEBAIKAN DI DUNIA DAN KEBAIKAN DI AKHIRAT, DAN PELIHARALAH KAMI DARI AZAB NERAKA." Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.

 
Surah Al-Baqarah, 285:
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (MEREKA BERKATA): "KAMI TIDAK MEMBEZAKAN ANTARA SEORANG DENGAN YANG LAIN RASUL-RASULNYA". MEREKA BERKATA LAGI: KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT (KAMI POHONKAN) KEAMPUNANMU WAHAI TUHAN KAMI, DAN KEPADAMU JUALAH TEMPAT KEMBALI."

 
Surah Al-Baqarah, 286:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (MEREKA BERDOA DENGAN BERKATA): "WAHAI TUHAN KAMI! JANGANLAH ENGKAU MENGIRAKAN KAMI SALAH JIKA KAMI LUPA ATAU KAMI TERSALAH. WAHAI TUHAN KAMI! JANGANLAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA KAMI BEBANAN YANG BERAT SEBAGAIMANA YANG TELAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA KAMI. WAHAI TUHAN KAMI! JANGANLAH ENGKAU PIKULKAN KEPADA KAMI APA YANG KAMI TIDAK TERDAYA MEMIKULNYA. DAN MAAFKANLAH KESALAHAN KAMI, SERTA AMPUNKANLAH DOSA KAMI, DAN BERILAH RAHMAT KEPADA KAMI. ENGKAULAH PENOLONG KAMI; OLEH ITU, TOLONGLAH KAMI UNTUK MENCAPAI KEMENANGAN TERHADAP KAUM-KAUM YANG KAFIR."

 
Surah Al-‘Imran, 8:
(MEREKA BERDOA DENGAN BERKATA): "WAHAI TUHAN KAMI! JANGANLAH ENGKAU MEMESONGKAN HATI KAMI SESUDAH ENGKAU BERI PETUNJUK KEPADA KAMI, DAN KURNIAKANLAH KEPADA KAMI LIMPAH RAHMAT DARI SISIMU; SESUNGGUHNYA ENGKAU JUALAH TUHAN YANG MELIMPAH-LIMPAH PEMBERIANNYA."

 
Surah Al-‘Imran, 9:
"WAHAI TUHAN KAMI! SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG AKAN MENGHIMPUNKAN SEKALIAN MANUSIA, UNTUK (MENERIMA BALASAN PADA) SUATU HARI (HARI KIAMAT) YANG TIDAK ADA SYAK PADANYA. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MEMUNGKIRI JANJINYA."

 
Surah Al-‘Imran, 16:
(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "WAHAI TUHAN KAMI! SESUNGGUHNYA KAMI TELAH BERIMAN, OLEH ITU, AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI DAN PELIHARALAH KAMI DARI AZAB NERAKA, …"

Surah Al-‘Imran, 147:
Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: "WAHAI TUHAN KAMI! AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI DAN PERBUATAN KAMI YANG MELAMPAU DALAM URUSAN KAMI, DAN TEGUHKANLAH TAPAK PENDIRIAN KAMI (DALAM PERJUANGAN); DAN TOLONGLAH KAMI MENCAPAI KEMENANGAN TERHADAP KAUM YANG KAFIR."

 
Surah Al-‘Imran, 191:
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "WAHAI TUHAN KAMI! TIDAKLAH ENGKAU MENJADIKAN BENDABENDA INI DENGAN SIA-SIA, MAHA SUCI ENGKAU, MAKA PELIHARALAH KAMI DARI AZAB NERAKA."

 
Surah Al-‘Imran, 192:
"WAHAI TUHAN KAMI! SEBENARNYA SESIAPA YANG ENGKAU MASUKKAN KE DALAM NERAKA MAKA SESUNGGUHNYA ENGKAU TELAH MENGHINAKANNYA, DAN ORANG-ORANG YANG ZALIM TIDAK AKAN BEROLEH SEORANG PENOLONG PUN."

 
Surah Al-‘Imran, 193:
"WAHAI TUHAN KAMI! SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENDENGAR SEORANG PENYERU (RASUL) YANG MENYERU KEPADA IMAN, KATANYA: ‘BERIMANLAH KAMU KEPADA TUHAN KAMU’, MAKA KAMI PUN BERIMAN. WAHAI TUHAN KAMI, AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI, DAN HAPUSKANLAH DARIPADA KAMI KESALAHAN-KESALAHAN KAMI, DAN MATIKANLAH KAMI BERSAMA ORANG-ORANG YANG BERBAKTI."

 
Surah Al-‘Imran, 194:
"WAHAI TUHAN KAMI! BERIKANLAH KEPADA KAMI PAHALA YANG TELAH ENGKAU JANJIKAN KEPADA KAMI MELALUI RASUL-RASULMU, DAN JANGANLAH ENGKAU HINAKAN KAMI PADA HARI KIAMAT; SESUNGGUHNYA ENGKAU TIDAK MEMUNGKIRI JANJI. "

Surah Al-Maa’idah, 83:
Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "WAHAI TUHAN KAMI, KAMI BERIMAN (KEPADA NABI MUHAMMAD DAN KITAB SUCI AL-QURAN), OLEH ITU TETAPKANLAH KAMI BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG YANG MENJADI SAKSI (YANG MENGAKUI KEBENARAN NABI MUHAMMAD S.A.W)."

 
Surah Al-A‘raf, 47:
Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "WAHAI TUHAN KAMI! JANGANLAH ENGKAU JADIKAN KAMI BERSAMA ORANG-ORANG YANG ZALIM."

 
Surah Yunus, 85:
Lalu mereka berkata: "KEPADA ALLAH JUALAH KAMI BERSERAH. WAHAI TUHAN KAMI! JANGANLAH ENGKAU JADIKAN KAMI LANDASAN FITNAH KESENGSARAAN BAGI KAUM YANG ZALIM GANAS."

 
Surah Yunus, 86:
"DAN SELAMATKANLAH KAMI DENGAN RAHMATMU DARI ANGKARA KAUM YANG KAFIR."

 
Surah Al-Isra’, 107:
Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk);

 
Surah Al-Isra’, 108:
Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "MAHA SUCI TUHAN KAMI! SESUNGGUHNYA JANJI TUHAN KAMI TETAP TERLAKSANA."

 
Surah Al-Kahf, 10:
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "WAHAI TUHAN KAMI! KURNIAKANLAH KAMI RAHMAT DARI SISIMU, DAN BERILAH KEMUDAHAN-KEMUDAHAN SERTA PIMPINAN KEPADA KAMI UNTUK KESELAMATAN AGAMA KAMI."

 
Surah Al-Kahf, 23-24:
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "INSYAALLAH". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "MUDAH-MUDAHAN TUHANKU MEMIMPINKU KE JALAN PETUNJUK YANG LEBIH DEKAT DAN LEBIH TERANG DARI INI."

 
SurahAl-Mu’minuun, 109-110:
Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: "WAHAI TUHAN KAMI, KAMI TELAH BERIMAN; OLEH ITU AMPUNKANLAH DOSA KAMI SERTA BERILAH RAHMAT KEPADA KAMI, DAN SEMEMANGNYA ENGKAULAH JUA SEBAIK-BAIK PEMBERI RAHMAT." Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu, dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka.

 
SurahAl-Mu’minuun, 118:
Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "WAHAI TUHANKU, BERIKANLAH AMPUN DAN KURNIAKAN RAHMAT, DAN SEMEMANGNYA ENGKAULAH SAHAJA SEBAIK-BAIK PEMBERI RAHMAT!"

 
SurahAn-Nur, 47:
Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata: "KAMI BERIMAN KEPADA ALLAH DAN KEPADA RASULNYA SERTA KAMI TAAT"; kemudian sepuak dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu, dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman.

 
SurahAl-Furqan, 74:
Dan orang-orang yang berkata: "WAHAI TUHAN KAMI, BERILAH KAMI BEROLEH DARI ISTERI-ISTERI DAN ZURIAT KETURUNAN KAMI PERKARA-PERKARA YANG MENYUKAKAN HATI MELIHATNYA, DAN JADIKANLAH KAMI IMAM IKUTAN BAGI ORANG-ORANG YANG (MAHU) BERTAKWA."

 
SurahAl-Furqan, 65:
Dan orang-orang yang berkata: "WAHAI TUHAN KAMI, JAUHKANLAH AZAB JAHANNAM DARI KAMI, SESUNGGUHNYA AZABNYA ITU ADALAH KEBINASAAN YANG KEKAL."

 
SurahAz-Zukhruf, 12-14:
Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai jenisnya; dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya, supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan: "MAHA SUCI TUHAN YANG TELAH MEMUDAHKAN KENDERAAN INI UNTUK KAMI, SEDANG KAMI SEBELUM ITU TIDAK TERDAYA MENGUASAINYA. DAN SESUNGGUHNYA KEPADA TUHAN KAMILAH, KAMI AKAN KEMBALI!"

 
SurahAl-Hasyr, 10:
Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "WAHAI TUHAN KAMI! AMPUNKANLAH DOSA KAMI DAN DOSA SAUDARA-SAUDARA KAMI YANG MENDAHULUI KAMI DALAM IMAN, DAN JANGANLAH ENGKAU JADIKAN DALAM HATI PERASAAN HASAD DENGKI DAN DENDAM TERHADAP ORANG-ORANG YANG BERIMAN. WAHAI TUHAN KAMI! SESUNGGUHNYA ENGKAU AMAT MELIMPAH BELAS KASIHAN DAN RAHMATMU."

 
SurahAt-Tahrim, 8:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "WAHAI TUHAN KAMI! SEMPURNAKANLAH BAGI KAMI CAHAYA KAMI, DAN LIMPAHKANLAH KEAMPUNAN KEPADA KAMI; SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA KUASA ATAS TIAP-TIAP SESUATU".

 
SurahAl-Falaq, 1-5:
Katakanlah (wahai Muhammad); "AKU BERLINDUNG KEPADA (ALLAH) TUHAN YANG MENCIPTAKAN SEKALIAN MAKHLUK, DARI BENCANA MAKHLUK-MAKHLUK YANG IA CIPTAKAN, DAN DARI BAHAYA GELAP APABILA IA MASUK, DAN DARI KEJAHATAN MAKHLUK-MAKHLUK YANG MENGHEMBUS-HEMBUS PADA SIMPULAN-SIMPULAN (DAN IKATAN-IKATAN), DAN DARI KEJAHATAN ORANG YANG DENGKI APABILA IA MELAKUKAN DENGKINYA."


Barakallah...
(http://us1.harunyahya.com)

Tidak sukar untuk hidup berlandaskan agama ALLAH


Ramai di kalangan kita beranggapan bahawa agama hanya akan menyulitkan kehidupan dan dipaksa untuk mematuhi pada hukum-hukumnya yang sukar dan payah. Ini hanyalah khayalan yang dibisikkan oleh syaitan bagi menyesatkan manusia. ALLAH dengan jelas menyatakan bahawa DIA pasti akan menyediakan jalan keluar pada setiap kesukaran hidup bagi hamba-hambaNYA yang beriman. Di samping itu, perkara-perkara asas dalam Islam seperti beriman kepada ALLAH juga qada’ dan qadar mampu meringankan beban, menghilangkan kesukaran juga mengelakkan diri daripada berputus asa atau murung. Mereka yang patuh pada hukum ALLAH tidak akan ditimpa rasa gundah, sedih atau putus asa. Di dalam firmanNYA, ALLAH berjanji untuk sentiasa membantu hambaNYA yang menyerah diri kepadaNYA dan yang membantu agamaNYA, dan akan mengurniakan kehidupan yang bahagia di dunia dan juga di akhirat kelak. ALLAH, yang tidak mungkin memungkiri janjiNYA, berfirman:


“Dan katakan kepada orang-orang yang bertaqwa: ‘Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?’ Mereka menjawab: ‘(ALLAH telah menurunkan) kebaikan.’ Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertaqwa.” (Surah an-Nahl: 30)

ALLAH menyediakan berita gembira buat para hambaNYA yang beriman berupa kejayaan bagi mereka yang mematuhi agamaNYA:


“Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan ALLAH) dan bertaqwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyediakan baginya jalan yang mudah.” (Surah al-Layl: 5-7)

Dengan pendedahan rahsia ini, barangsiapa yang memilih untuk patuh pada agamaNYA sedari awal dengan penuh ikhlas, maka mereka telah mengambil jalan paling mudah yang membawa kepada kejayaan dan kelebihan di dunia dan akhirat. Sebaliknya pula berlaku kepada mereka yang tidak beriman. Mereka diselubungi kegundahan, kesedihan juga kerugian di dunia juga di akhirat kelak. Pada saat mereka memilih untuk tidak beriman, mereka kehilangan dunia apatah lagi akhirat. Ini dinyatakan pada firmanNYA:

“Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.” (Surah al-Layl: 8-10)

ALLAH, Tuhan Yang Maha Memiliki juga Maha Menciptakan segala. Pastinya kekuasaan dan pertolonganNYA melebihi apa yang dapat diberikan oleh manusia apabila seseorang itu mengharapkan keakraban, bantuan dan sokongan ALLAH semata-mata. Mereka yang mengambil ALLAH sebagai tempat bergantung dan menyerahkan segalanya pada ALLAH akan hidup dengan limpahan anugerah dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat tanpa rasa bimbang akan apa-apa yang dapat memudaratkannya. Oleh kerana itu, setiap manusia yang bijak dan percaya pada kata hatinya perlu memahami setiap rahsia yang tersimpan di dalam Al-Quran lalu memilih jalan yang lurus dan diredhaiNYA. Manusia yang tidak beriman tidak akan dapat memahami bahawa fakta yang jelas ini merupakan sebuah rahsia kehidupan. Tidak kira bagaimana bijak atau tinggi taraf pendidikan mereka, individu ini tidak menggunakan kebolehan menaakul dengan baik, maka mereka tidak berupaya memahami dan melihat fakta ini dengan jelas.

Barakallah...

(http://us1.harunyahya.com)

PASTINYA ADA KEMUDAHAN PADA SETIAP KESULITAN

ALLAH telah menciptakan dunia untuk menguji manusia. Sebagai hamba yang sentiasa menerima ujian, kadang-kala DIA menguji manusia dengan kesenangan dan ada masanya dengan kesukaran. Individu yang tidak menilai setiap peristiwa dengan cahaya Al-Quran, gagal menanggapi hikmah di sebalik kejadian lalu lekas kecewa dan lemah pengharapan. Walau bagaimanapun, ALLAH tetap mendedahkan rahsia paling penting di dalam Al-Quran, di mana hanya hamba yang beriman dan bertaqwa sahaja yang mampu melihat. Rahsia yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

Seperti mana yang ALLAH telah jelaskan pada ayat-ayat tersebut, walau apapun kesukaran yang dihadapi atau bagaimana ia diatasi, ALLAH menyediakan jalan keluar dan memberikan berita gembira buat hamba-hambaNYA yang beriman. Sesungguhnya, setiap hambaNYA akan dapat menyaksikan bahawa ALLAH sentiasa mengurniakan kemudahan pada kesulitan yang dialami selagi mana hambaNYA itu kekal sabar. Dalam firmanNYA yang lain, ALLAH memberikan khabar gembira berupa petunjuk dan rahmat buat para hamba yang sentiasa takut dan mengharap padaNYA.

“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)

ALLAH tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya.


ALLAH Yang Maha Pemurah, Pengasih lagi Maha Adil menyediakan jalan keluar pada setiap kesukaran dan menguji manusia dalam lingkungan kemampuan mereka. Cara pengabadian seorang hamba kepada ALLAH, kepayahan yang diberi untuk menguji manusia, tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seseorang, semuanya adalah pada kadar kemampuan individu itu. Inilah berita gembira buat manusia yang bertaqwa dan ia dijelmakan pada sifatNYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ALLAH menyatakan rahsia ini di dalam firmanNYA:


“Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat hingga sampai ia dewasa. Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil walaupun dia adalah kerabatmu, dan penuhilah janji ALLAH. Yang demikian itu diperintahkan ALLAH kepadamu agar kamu ingat.” (Surah al-An’aam: 152)

“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, Kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sekadar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-A’raf: 42)

“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.” (Surah al-Mukminun: 62)

Barakallah..
(http://us1.harunyahya.com)

Ujian-Mu Ya Allah..

bismillahirahmaniraahim
Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya
dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .








 Dari ayat inilah, aku yakin bahawa apa yang ku hadapi sekarang adalah dalam lingkungan kemampuanku.. Kerana Allah lebih mengenali hambanya, Dia tahu setakat mana kesanggupan hamba-Nya. Walaupun sesekali aku rasakan amat berat dugaan ini, namun aku berbalik pada ayat Allah ini agar aku tidak terpesong dari jalan yang diredhai-Nya. InsyaAllak...

“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)

Subhanallah..

Barakallah..

Wednesday 8 June 2011

Sarawak tuan rumah Tilawah Al-Quran Kebangsaan ke-54

BH 23/5/11

KUCHING: Sarawak akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-54 dari 13 hingga 17 Jun di dewan baru Majlis Islam Sarawak di sini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka melakukan upacara perasmian pada sebelah malam 13 Jun di dewan tersebut yang mampu memuatkan seramai 1,500 orang selain 1,200 orang lagi di luar dewan.
"Dewan baru ini dijangka siap pada penghujung bulan ini dan kita akan memastikan semua siap sedia termasuk sistem bunyi sebelum majlis tilawah tersebut bermula," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke tapak projek dewan tersebut yang bernilai lebih RM20 juta hari ini.

KUCHING: Sarawak akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-54 dari 13 hingga 17 Jun di dewan baru Majlis Islam Sarawak di sini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka melakukan upacara perasmian pada sebelah malam 13 Jun di dewan tersebut yang mampu memuatkan seramai 1,500 orang selain 1,200 orang lagi di luar dewan.
"Dewan baru ini dijangka siap pada penghujung bulan ini dan kita akan memastikan semua siap sedia termasuk sistem bunyi sebelum majlis tilawah tersebut bermula," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke tapak projek dewan tersebut yang bernilai lebih RM20 juta hari ini.
Beliau berkata, upacara penutupan majlis tilawah akan dilakukan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata, dewan baru itu boleh digunakan untuk penganjuran kursus, konvesyen dan majlis perkahwinan selepas majlis tilawah berakhir. - BERNAMA

** tempat pertama Qari dan Qariah akan mendapat RM15,000 
pertandingan tilawah al quran dapat RM15k jer... Juara Mentor dapat RM100k n kereta lagi.. apa cerita nie.. patut la ramai sangat yang tergila-gila nak masuk mentor tu kan..

Malaysia nie negara Islam, tapi, program keagamaan cam nie dipingirkan, Program kemaksiatan dari barat pulak yang diagung-agungkan...

Subhanallah...

Thursday 2 June 2011

Perkara yang mengharuskan seseorang mengumpat orang lain:

1. Ketika mengadukan hal kezaliman orang lain terhadap kita dihadapan hakim dan seumpamanya dan maka ketika itu bolehlah mendedahkan keaibannya.
2. Ketika bermesyuarat untuk memperbaiki kesalahan seseorang maka bolehlah kita menyebut kesalahannya dihadapan orang yang datang membantu kita memperbaiki kesalahannya.
3. Ketika kita meminta fatwa daripada mufti maka bolehlah kita menyebut kesalahan orang yang bersabit dengan soalan kita.
4. Ketika kita memberi amaran kepada orang ramai supaya mereka tidak terikut-ikut dengan seseorang yang melakukan perbuatan yang salah maka terpaksalah kita menyebut kesalahan orang yang berkenaan supaya orang ramai tidak tertipu dengannya
5. Ketika dengan menyebut seseorang yang telah dikenali dengan aibnya sepertimana kita menyebut seseorang yang mashyur dengan nama. Contoh : Mat Pincang, Katak, dan sebagainya.
6. Menyebut kesalahan seseorang yang sudah tidak malu menzahirkan kefasikannya seperti orang yang suka meminum arak dihadapan orang ramai.

Coretan popular