Pages

Thursday 29 September 2011

Jawatan Kosong Di AXA AFFIN BERHAD

AXA-AFFIN BERHAD
A MEMBER OF AFFIN HOLDING GROUP
Memerlukan Individu Yang Berdedikasi Utk Mengisi Jawatan ....
Area KL, Selangor, Johor, Melaka, Penang

1. Junior Eksekutif (Gaji Pokok + Komisen)
2. Telejualan (Gaji Pokok + Komisen)
3. Pengurus Kumpulan (Gaji Pokok + Komisen)
4. Kerani Kaunter (Gaji Pokok + Komisen)

Kelayakan : SPM(LULUS 5 Matapelajaran / DIPLOMA /IJAZAH
Pendapatan : RM 1500 - 5,500 dan ke atas
Taraf Jawatan : Tetap atau Sambilan
Kekosongan : 26 jawatan

CIRI-CIRI:
1.Lelaki @ Wanita
2.Umur 20 hingga 55 tahun
3.Perwatakan KEMAS & MENARIK
4.Boleh Berdikari & Mempunyai (Skill Komunikasi) yang baik
5.Latihan Disediakan
6.Mempunyai Kenderaan Sendiri Satu Kelebihan, tetapi bukan keutamaan

KELEBIHAN:
1. Elaun Kedatangan
2. Komisen pasif sehingga 99 tahun bagi seorang pelanggan(10.5%-35%)
3. Insentif 15% Setiap 3 Bulan Dan 5% Tahunan = 20%
4. Melancong Ke Luar Negara Percuma
5. Peluang Kenaikan Pangkat Dalam 6 Bulan
6. Subsidi Pinjaman Kereta & Rumah
7. Percuma Term Life & PA Insurance
8. Skim Persaraan Sepanjang Hayat
9. Waktu Bekerja 9:00am – 5:00pm
10.Sabtu & Ahad Cuti
11.Pelanggan Disediakan.

Ingin Berubah Dan Sanggup Berubah, Ingin Belajar Dan Inginkan Kehidupan Yang Lebih Baik, Berminat Sila
SMS NAMA PENUH, LOKASI DAN NO K/P ke 0133199788

*PENTING! Sila bawa bersama 1 Salinan Sijil Min SPM, 1 Salinan K/P & 1 Keping Gambar Passport.
*Sila hadir mengikut hari & masa yg ditetapkan.

Sunday 25 September 2011

Kiamat Makin Hampir

- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Keturunan Hazrat Isa (AS)
- Kemunculan Yajooj n Majooj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
- Pemusnahan Kabah,
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati,
- semua gunung & bangunan akan runtuh
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah &
bertemu didataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah
bersabda
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain,
akan Ku buatkan tempat di syurga

Monday 19 September 2011

Syawal Satu Kemenangan

Kemenangan setelah sebulan menahan bukan sekadar lapar dan dahaga, tetapi menahan hawa nafsu, pandangan, pendengaran, tutur kata, serta pingkah laku kita dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama kita, Islam. Seharusnya bukan pada bulan Ramadhan sahaja, tetapi sepanjang tahun. Ramadhan untuk memdidik kita kearah kebaikan.

Mengapa, bila ramadhan jer semua baik, lepas ramadhan semuanya kembali seperti biasa.. semuanya berbalik kepada diri kita masing-masing. Tepuk dada. Tanya IMAN.. kalau Aiman, memang dia tak kisah jer...

Syawal tahun ini aku dapat meraikannya dengan keluarga aku di kuching, juga bersama keluarga baru ku. Seperti biasa Syawal dimulakan dengan takbir di malamnya hingga lah ke pagi sebelum solat sunat aidilfitri. Kali ini aku bersama yang lain menunaikan solat sunat aidilfitri di masjid taman Heng Guan, Kuching. Pertama kali aku solat aidilfitri di sana. Tahun lepas di masjid Taman Putra Perdana, sebelum tu di Masjid Jamek.. kat mana-mana pun xper, asalkan bisa menunaikannya kan.. di rumah sendiri pun boleh..

Lepas solat Aidilfitri kali berkumpul di rumah keluarga aku di Jalan Matang, Kuching. Seperti biasa di pagi Syawal ini, memohon ampun dan maaf daripada kedua ibu bapa dan adik beradik yang lain. Tahun ini tahun kedua kami beraya tanpa saudara kami yang tercinta, Almarhum Rozaimi Rebi. Hanya titipan doa dan kenangan bersamanya yang kekal abadi bersama kali semua.

Lepas bermaafan bersama keluarga, kami berangkat pula ke rumah nenek yang berada di Samariang, kuching. Tak jauh mana pun, dalam 20 minit poerjalanan naik kereta jer.. Cam biasa gak la, beraya di ana sambil memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dengan keluarga di sana. Hari pertama Aidilfitri berakhir disini.

Hari-hari seterusnya pulak kami beraya di rumah jer menunggu tetamu serta sanak saudara datang beraya. Ramai gak la saudara yang datang. Dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga ku ini, lagi meriah lah yang databg bertandang. Alhamdulillah, setiap tetamu yang datang itu membawa bersama rezeki, rezeki anak aku la dapat duit raya yer.. hehehe

Hari ke lima syawal kami sekeluarha ke kampung belah mak aku pulak, di kampung Telaga Air, tak jauh pun, dalam 30 minit perjalanan naik kereta jer.. di sana pun sama gak la, bersalaman sambil bernaafan sesama sanak saudara.

Lebaran kali ini walaupun aku tak banyak keluar beraya, namun kehadiran sanak keluarga yang bertandang beraya di rumah amat ku hargai. Yer la, aku nak kuar pun nak kena bawak baby, wife pun masih dalam pantang, sop x leh la nak banyak sangat bergerak, ke rumah saudara terdekat jer la..

Kemeriahan Syawal tak berakhir di kuching, kami sambung pulak di sini. Beraya di puchong. Ader gak la yang datang rumah, nasib baik ader bawak sikit bekalan biskut dan kek lapis dari sana untuk tetamu di sini..

Kini aku mulakan dengan rutin harian aku seperti biasa, tak kan nak beraya sampai sebulan gak kan.. kalo ader undangan Open house tu boleh la nak pergi kan... kerja kena teruskan, kalo tak nak makan aper.. hehehe InsyaAllah lepas raya nie aku harapkan akan ada sinar baru dalam kerjaya aku nanti..

Wassalam....

Barakallah...

Ramadhan Satu Perjuangan

Alhamdulillah, seperti tahun-tahun sebelum ini, Ramadhan tahun ini aku berjaya menunaikan ibadah puasa sebulan penuh. Ramadhan tahun ini juga lah pertama kali aku berpuasa bersama isteri dan anak aku. Walaupun isteri aku dalam pantang dan tak boleh berpuasa lagi, namun aku boleh rasakan kelainan dalam ibadah puasa kali ini. Puasa pertamaku sebagai suami dan ayah. Berbuka dan sahur dengan keluarga kakak ipar aku aka kakak isteri aku memang meriah kerana semua anak-anaknya berkumpul untuk berbuka dan bersahur sekali. Satu suasana yang lama dah aku tak rasakan. Yer la, berapa lama dah aku berpuasa dengan kawan-kawan jer masa bujang dulu kan. Ngan family aku pun dah banyak tahun gak la x berkesempatan untuk berbuka dan bersahur sekali cam tu. Sejak 2002 la aku meraikan ramadhan jauh dari keluarga. Sekarang aku boleh rasakan betapa nikmatnya berbuka dan bersahur bersama keluarga.

Sepanjang puasa ak banyak aktiviti yang aku lakukan, aku banyak menghabiskan masa bersama anak dan isteri aku di rumah jer. Yer la baru dapat baby kan, banyak lagi yang perlu diuruskan. Walaupun ada sekali aku berbuka di luar dengan rakan, ada gak kerana ada urusan laun, aku berbuka sendiri di rumah aku.

Solat sunat tarawih aku xder la sempurna sangat. Banyak lompang nyer.. Kekadang aku solat sendiri di rumah jer. Ke kadang atas sebab-sebab tertentu aku tak sempat nak tarwih.

Rancangan TV paling aku minati masa Ramadhan ini ialah Ihya Ramadhan, jam 4.30 petang tiap hari di V Al Hijrah. Penyampai yang paling aku suka Ustaz Don Daniyal. Memang sempoi Ustaz tu, hari-hari aku tunggu program dia. Penyampaian yang sangat berkesan. Mengupas isu-isu berkaitan puasa dan ramadhan.

20 Ramadhan/ 20 ogos, aku isteri dan rif Marissa berangkat balik kampung. Naik Flight dengan membawababy memang amat mengerunkan.. risau aku dibuatu=yer. Mana tak nyer, kita yang dewasa ioni pun terasa dengan perubahan tekanan udara di dalam pesawat, inikan pula baby yang baru berusia 1 bulan. Namun dengan petua yang aku dapat dati nurse kat klinik, Alhamdulillah, Rif Marissa tak ader masalah sepanjang penerbangan.. kami selamat sampai di Kuching pada jam 11 pagi, 20 Ogos 2011.
Ketibaankami disambut ceria olah kedua ibu bapa aku di sana. Maklum lah nak jemput cucu baru nyer kan.. Anak aku bukan lah cucu pertama mereka, dah yang ke empat dah. 3 orang anak abang aku. Seprang sebaya dengan Rif Marissa, Lahir bulan 3 tahun ini gak.. nama dia Riana Harissa. Dekat-dekat jer nama diorang kan..

Tahun ini aku rasakan kembali nikmat berbuka puasa dengan keluarga. Agak lama gak la aku tak berbuka sekali dengan diorang. Terasa nikmatnya Ramadhan ini.

Ramadhan berlalu dengan 1001 pengertian dalam hidupku. Pelbagai suka, duka, cabaran, dugaan, dan ujian aku hadapi dengan penuh sabar dan berserah pada-Nya. Aku harap akan berjumpa lagi dengan ramadhan akan datang. InsyaAllah...

Wassalam...

Barakallah...
Agak lama gak la aku tak update blog nie... banyak kekangan kebelakangan nie la.. xder ruang untuk aku update blog... paling last dulu pun masa bulan ogos lepas.. seminggu lebih lepas isteri aku melahirkan zuriat sulung kami.. lepas tu sibuk menguruskan keluarga..

Rutin harian aku lepas kelahiran Rif Marissa dulu, pagi mandikan dia, lepas mandi kalo xder ke mana-mana nak dodoikan dia tido pulak.. tengah hari baru aku keluar jap.. petang dalam kol 6 cam tu kena balik dah.. nak mandikan dia pulak.. iseri aku masa tu x dapat nak bergerak banyak kerana bersalin cara pembedahan.. so kena lah aku yang tolong apa yang patut..

20/8/11 kami ber tiga berangkat balik kampung aku kat kuching... Agak kesian gak la kat Rif Marissa, baru sebulan usianya dah kena naik flight.. Banyak gak la petua aku dapat camana nak bawak baby naik flight, terutama dari nurse kat klinik.. Diorang kata bagi baby minum masa flight nak berlepas dan mendarat supaya telinga baby tak terasa sangat dengan tekanan yang berubah.. Alhamdulillah lah, Rif Marissa tak banyak meragam sepanjang penerbangan tu.. Berkesan la petua yang nurse tu bagi..

Berpuasa di kuching sama gak cam kat sini, cuma beza nyer waktu berbuka dan sahur jer la... rutin harian aku tetap sama gak cam biasa.. waktu jerla yang berubah.. Kalo kat KL mandi pagi baby kol 10, katkuching kol 8 mandi dah... petang plak kol 5 dah kena mandikan dia... yer la, masa kat Kuching kan awal sikit dari sini.. so kena la ikut keadaan setempat kan..

Lebaran tahun ini aku bertiga la... Aku, Isteri ku dan Rif Marissa...
Cerita puasa dan lebaran lainnyer aku update kemudian yer..

Wasallam..

Barakallah...

Aminkan doa ini...

Sahabatku, aminkan doa ini agar kita diberi kekuatan, kesabaran & kesembuhan luka hati karena orang yg kita cintai. "Ya Allah, berikanlah kami kekuatan & kasabaran terhadap ujian yg datangnya dari orang2 yg kami cintai dan sembuhkanlah hati kami yang terluka karena orang2 yg kami cintai."

Sahabatku, aminkan doa ini agar Allah membukakan sembilan pintu kebaikan unt kita dihari ini. "Allahumaftah lana abwabal khairi wa abwabal barakati wabwabash shihhati wa abwabas salamati wa abwabal afiyati wa abwabal jannati" "Ya Allah, bukakanlah bagi kami pintu kebaikan, pintu keberkahan, pintu nikmat, pintu rizki, pintu kekuatan, pintu kesehatan, pintu keselamatan, pintu kebugaran, pintu surga"(HR. Tirmidzi).


Sahabatku yg diberkahi Allah, aminkan doa ini agar mendapatkan rizki yg tidak terduga, "Qul innal fadhla biyadillahi yu'tihi may-yasya', wallahu dzul fadhlil 'azhim" Katakanlah, anugerah itu ditangan Allah. Dia berikan anugerah itu kpd siapa yg dikehendaki, & Allah mempunyai anugerah yg besar (QS. al-Hadid : 21).

Amiennn....

Sahabatku, kita mudah marah, kecewa & sakit hati oleh Ayah, Ibu, pasangan kita, kakak atau adik yg kita cintai tapi kita mudah memaklumi & memaafkan pd orang yg tidak kita kenal, mengapa? Karena Allah melatih kesabaran kita melalui orang-orang kita cintai, jadi bersabarlah!

Coretan popular