Pages

Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru



Terima Kasih Cikgu, jasamu akan tetap ku kenang sampai ke akhir nyawaku..
Dalam hidup kita, ada lima insan yang harus kita hormati sebagaimana kit menghormati kedua ibu bapa kita.
1.       Ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan kita..
2.       Ibu bapa angkat sekiranya kita diangkat oleh orang lain selain ibu bapa kandung.
3.       Ibu bapa susuan sekiranya kita ada menyusu dengan orang lain emasa kita baby.
4.       Guru-Guru yang mengajar dan mendidik kita sehingga berjaya menjadi insan berguna di dunia ini.
5.       Ibu bapa mertua setelah kita berkahwin.

Kelima-lima golongan insan ini harus kita hormati sebagaimana kita menghormati dan menyangi ibu bapa kita sendiri.

Sejarah persekolahanku... 

1988 –   Tadika Kemas Kg Lintang.

Cikgu pertamaku – Cikgu Nor dan Cikgu Sabon. Aku lebih suka ngan cikgu nor sebab dia baik.. Cikcu Sabon agak tegas sikit, aku takut ngan dia.. hehehe

1989 -    1994 SK Encik Buyong
 
Masa darjah 1 sampai 3 cikgu kelas aku ialah cikgu Hjh Zubaidah. Dialah cikgu yang begitu tabah dengan kerenah aku semasa di darjah 1, 2 dan 3.

Masa darjah 4 hingga darjah 6 guru kelas aku Cikgu Misnu..  Ada lagi cikgu nie kat sekolah SK Encik Buyung

Gurubesar yang aku ingat ialah Cikgu Mustafa..

1995 – 2001 SMK Tun abang Haji Openg

                Tingkatan 1 Guru kelas aku Cikgu Bong

                Tingkatan 2 Guru kelas aku, Allahyarham Cikgu Fauzi

                Tingkatan 3 pula Cikgu Siew.

                Tingkatan  4 dan 5 Guru kelas aku Cikgu/Ustazah Rosnawati

                Tingkatan 6 rendah dan 6 atas Guru tingkatan aku Cikgu Ramilah



Pengetua paling disayangi ramai sepanjang aku berada di sekolah ini, Encik Ahmad Bin Hamdan.. Antara guru-guru matapalajaran yang aku ingat lagi semasa di sekolah menengan ialah, Cikgu Lim Pek Choo, Cikgu Jaya, Cikgu Mah Poh San, Cikgu Zulkarnain, Ustaz Mahadi, Cikgu Banarbas, Cikgu Jamain, Cikgu Jasmin, Cikgu John, Cikgu Kamel, Cikgu Mary Yeo, Cikgu  Mior, Cikgu Ali, Cikgu Norkiah Wahab, Cikgu Norkiah Wasli, Ustazah Nazariah, Cikgu Ten, Cikgu Lo, Cikgu Rokilah, Cikgu Hazani, dan ramai lagi cikgu yang aku tak senaraiklan disini...

2002 -2006 Universiti Utara Malaysia

Masa kat U, ramai gak la lec yang mengajar aku.. memandangkan bukan dalam kelas-kelas cam kat sekolah, tak boleh lah nak spesifilkan cam kat sekolah.

Antara yang aku ingat ialah, En Ali, En Nik Adzrieman ( Juga merupakan cikgu masa aku sekolah menengah) Pn Mazni. Pn Nafisa, En Zabidin, En Mohd Akir, Pn Hamirul Aini, Pn Norlida,  Pn Nor Izzah Yahya, En Syakirin, Pn Azlin,  En Hillaluddin Johan, Pn Yusalita, En Abdul Bashah, Pn Aida Mauziah, Pn Juliana Aida, En Adan, En Rushdi Idrus, En Jsni Ahmad, En Mohd Tarmidi, Pn Siti Sakirah, En Murugesan, Prof Zulkhairi, dan ramai lagi yang aku tak sebutkan disini... 




Terima Kasih atas jasa dan pengorbanan semua dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna untuk Bangsa, Agama dan Negara...

Wassalam...

Barakallah...

Tuesday 15 May 2012

MIMPI

Mimpi merupakan suatu keistimewaan yang di berikan tuhan kepada kita. Mimpi juga merupakan ilham dan inspirasi kepada kepada seorang pemimpi. Samada mimpi itu buruk atau baik bergantung kepada kita untuk menilainya.


BERMIMPI MENGHADAP ALLAH SWT

1. Bermimpi melihat Allah S.W.T

Tafsirnya:

Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: " sesiapa yang melihat seolah-olah berdiri di hadapan Allah swt dan Allah memandang kepadanya, maka itu menandakan mimpi itu mimpi rahmat jika orang berkenaan adalah orang yang saLIH. Tetapi adalah sebaliknya seandainya orang tersebut bukan orang sAlih, maka ia menandakan bahawa ianya sebagai peringatan dari Allah S.W.T.

BAB : 1

BERMIMPI MENGHADAP ALLAH SWT
1. Bermimpi seolah-olah terjadi kiamat
Abu Abdullah al- Tatariy berkata: “Saya melihat dalam mimpi seolah-olah terjadi kiamat. Saya lihat saya sudah berdiri dari kubur. Kepada saya diberikan tunggangan, kemudian saya pun menunggangnya. Kemudian saya diangkat ke langit. Tiba-tiba saya lihat di langit ada syurga. Saya bermaksud turun dari tunggangan saya, tetapi tiba-tiba saya mendengar suara: “Hai, bukan ini tempatmu.” Kemudian saya bersama tungganganku itu diangkat lagi ke langit-langit yang lain. Di setiap langit yang saya lalui ada syurga. Akhirnya saya sampai ke tempat yang paling tinggi, dan saya pun turun. Ketika bermaksud duduk, tiba-tiba saya mendengar suara: “Engkau duduk sebelum melihat Tuhanmu Allah Azza wa jalla? Saya pun cepat-cepat berdiri lagi. Mereka membawa saya keliling. Oh, tiba-tiba saya melihat Allah S.W.T. sedang berbincang bersama Nabi Adam a.s. Tatkala Adam melihat saya, maka beliau menyuruh saya duduk disebelah kanannya. Saya berkata kepada Allah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah memuliakan orang tua ini dengan keampunan-Mu.” Kemudian saya mendengar Allah berkata: “Berdirilah wahai Adam, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosamu.”

2. Bermimpi melihat Allah S.W.T
Anak saudara Basar bin Hars berkata:” Ada seorang lelaki mendatangi Basar dan berkata: Benarkah tuan Basar bin Hars?” Basar menjawab: “Benar.” Lelaki itu berkata: “Saya bermimpi melihat Allah S.W.T. berkata: “Jumpailah Basar dan katakan kepadanya: “Seandainya engkau sujud kepada-Ku (Allah) serta bersyukur kerana Aku yang sudah memasyhurkan namamu di sisi manusia.”

Tafsirnya:

Al-Ustaz Abu Sa’id berkata: “Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berdiri di hadapan Allah S.W.T. dan Allah memandang kepadanya, maka mimpi itu merupakan mimpi rahmat jika yang bermimpi itu orang salih. Tetapi kalau ynag bermimpi itu bukan orang salih, maka itu merupakan peringatan, berdasarkan firman Allah:

“Pada satu hari yang besar, iaitu ketika manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam.”

(Al-Mutaffifin: 5-6)

Jika seseorang bermimpi munajat kepada Allah S.W.T., maka dia akan lebih dekat kepada-Nya dan dia disayangi masyarakat .
Firman Allah:

“Dan kami telah memanggilnya (Musa) dari sebelah kanan bukit Tur, dan Kami telah mendekatkannya kepada Kami ketika dia munajat kepada Kami.”

(Maryam:52)

Begitu juga jika seseorang melihat sujud di hadapan Allah, sesuai dengan firman-Nya:

“Dan sujud serta dekatkanlah dirimu kepada Tuhan.”

(Al-‘Alaq:19)

Jika seseorang bermimpi melihat Allah S.W.T. mencakapinya dari balik pendinding, bererti dia menjalankan agamanya dengan baik serta menunaikan amanah dengan baik. Ini maksudnya kalau dia ada memegang amanah atau dia merupakan penguasa. Kalau dia melihat Allah S.W.T. mencakapinya secara langsung dan tanpa pendinding, bererti dia telah menyimpang dalam menjalankan agamanya. Kerana Allah S.W.T. ada berfirman:

“Dan tidak mungkin bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan perantaraan wahyu atau dari belakang tabir.”

(Al-Syura:51)

Jika seseorang melihat dia dekat kepada Allah S.W.T. memuliakannya, mengampuni dosanya, telah menghisabnya dan memberikan khabar gembira kepadanya tetapi tidak jelas baginya keadaan dan sifat-sifat Allah S.W.T. itu, maka dia akan menjumpai Allah S.W.T. pada hari kiamat seperti dalam mimpinya itu.

Jika dia melihat Allah S.W.T. menjanjikan keampunan dan rahmat kepadanya, maka janji itu benar dan tidak perlu diragui kerana Allah S.W.T. tidak akan menyalahi janji-Nya. Tetapi dia mungkin akan menghadapi bala’ (cubaan) sebelum matinya.

Jika melihat seolah-olah Allah S.W.T. mengajari dan menasihatinya , maka dia akan berhenti melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah S.W.T., sesuai dengan firman-Nya:

“Dia memberi pengajaran kepada kamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.”

Bermimpi melihat Allah S.W.T. memberikan pakaian kepadanya bererti merupakan penyakit atau dukacita yang akan dihadapi. Namun demikian kita patut bersyukur jika mendapatkan mimpi seperti itu.

Menurut hikayat, ada seorang yang melihat seolah-olah Allah memberikan dua pakaian kepadanya, kemudian dia pun memakainya. Setelah bangun dari tidur, dia pergi menanyakannya kepada Ibnu Sirin. Ibnu Sirin berkata: “Bersiap-siaplah menerima cubaan dari Allah.” Tidak lama kemudian dia pun dipanggil menghadap Allah S.W.T. (mati).

Sesiapa yang melihat nur memancar kepadanya tetapi dia tidak sanggup menceritakan keadaannya yang sebenar, bererti tidak bermanfaat di tangannya apa yang ada dalam kehidupannya.

Jika dia melihat Allah S.W.T. menamakannya dengan namanya sendiri atau dengan nama orang lain, bererti darjatnya sudah ditinggikan. Jika dia melihat Allah S.W.T. memarahinya, bererti orang tuanya sedang marah kepadanya. Jika dia melihat kedua-dua orang tuanya memarahinya, bererti Allah S.W.T. memarahinya, berdasarkan firman Allah:

“Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu”
(Luqman:14)

Dan dalam hadis ada dikatakan: ”Keredhaan Allah S.W.T. seiring dengan keredhaan ibu bapa dan kemarahan-Nya juga seiring dengan kemarahan ibu bapa.”

Ada yang mengatakan sesiapa yang melihat seolah-olah Allah S.W.T. memarahinya, maka dia akan jatuh dari tempat yang tinggi, berdasarkan firman Allah:

“Dan sesiapa ditimpa oleh kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya binasalah ia.”
(Taha:81)

Sesiapa yang melihat dia jatuh dari dinding, jatuh dari langit atau dari gunung, bererti dia dimarahi Allah. Jika dia melihat dirinya sedang berada di hadapan Allah S.W.T., yakni di tempat yang dia ketahui, maka akan tegaklah keadilan di kawasan itu dan menjadi subur tanahnya. Akan lenyap dan kalah orang-orang zalim dan akan menang orang-orang yang dizalimi. Jika dia melihat seolah-olah melihat Kursi Allah S.W.T. maka dia akan mendapatkan nikmat dan rahmat-Nya. Jika dia melihat sebuah gambar, lalu dikatakan kepadanya: “Inilah Tuhanmu,” atau tidak ada orang yang mengatakan tetapi dia menyangka itu sebagai Tuhannya, lalu dia pun mengabdi dan sujud kepadanya, bererti dia sudah terjatuh kepada yang batil sekalipun menyangka yang dia kerjakan itu yan hak. Sesiapa yang bermimpi mencaci Allah S.W.T., bererti dia sudah kufur nikmat dan tidak redha kepada qada dan qadar-Nya.

Catatan:

Telah sabit dalam kitab-kitab hadis bahawa bermimpi melihat Rasulullah s.a.w. adalah mumkin dan mimpinya benar, tetapi bermimpi melihat Allah S.W.T. sebagaimana yang disebutkan oleh Muhammad Ibnu Sirin, saya sangat meraguinya. Bagaimana mungkin dapat melihat Allah S.W.T. sedangkan para nabi pun tidak pernah melihat-Nya. Nabi Musa r.a. berdoa supaya diberi peluang melihat zat Allah S.W.T. tetapi permohonannya itu tidak dikabulkan Allah S.W.T.

Namun demikian bermimpi berada di hadapan Allah misalnya, tetapi tidak melihat zat-Nya, maka ini boeh diterima. Dan aku tidak membebaskan diriku dari kesalahan kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan. Wallahu A’lam.


BAB: 2
BERMIMPI MELIHAT PARA RASUL

1. Bermimpi melihat Nabi Musa (A.S.)

Saya mendengar Abu Bakar Ahmad bin Husain bin Mahram, berkata: “Saya mendengar Muqri berkata: Saya membeli seorang hamba sahaya. Saya kira dia itu orang Turki. Saya tidak memahami bahasanya dan dia pun tidak mengerti bahasa saya. Kebetulan ada tetangga kawan saya yang pandai menterjemahkan bahasanya.

“Pada suatu hari hamba sahaya saya itu tidur. Setelah bangun dari tidurnya, dia menangis dan menjerit. Dia berkata: “Wahai tuanku, ajarilah aku membaca fatihah!” Aku berkata dalam hatiku: “Kurang ajar budak ini, rupanya dia mengerti bahasaku tetapi dia tidak mahu bercakap denganku.” Kawan-kawanku dan tetanggaku berkumpul dan berkata kepadanya: “Mengapa engkau tiba-tiba mengerti bahasa tuanmu? Apakah selama ini engkau sengaja tidak mahu bercakap dengannya?”

Hamba sahaya itu berkata: “Saya bermimpi melihat seorang lelaki yang sedang marah dan ramai orang berjalan di belakangnya. Ketika saya tanya siapa lelaki itu, kata mereka lelaki itu adalah Nabi Musa a.s. Kemudian dating lagi lelaki yang lebih baik dari itu dan ramai pula pengikutnya. Saya tanya siapa lelaki itu. Kata mereka lelaki itu adalah Muhammad s.a.w. Saya terus masuk ke dalam barisan mereka. Ketua rombongan kami (Muhammad s.a.w) mendatangi pintu besar, iaitu pintu syurga. Beliau mengetuk pintu itu kemudian dibuka untuknya dan untuk rombongannya. Mereka semua masuk dan tinggallah saya bersama dua orang lagi perempuan. Kami ketuk lagi pintu itu dan dibuka untuk kami. Kemudian dikatakan kepada kami: “Siapa yang bagus bacaan fatihahnya boleh masuk.” Akhirnya tinggallah aku seorang. Tetapi akhirnya saya pun diajarinya. Saya mempelajarinya sekalipun rasanya cukup berat. Sebaik sahaja saya menghafalnya, saya pun terjaga.”

Tafsirnya:

Al- Ustaz Abu Sa’id berkata: “Bermimpi melihat para nabi ada dua kemungkinan. Mungkin merupakan khabar gembira dan mungkin juga suatu peringatan. Dan melihat nabi itu ada dua kemungkinan. Pertama melihat hal atau keadaannya yang sebenar. Ini menunjukkan orang yang bermimpi itu baik, sempurna, mulia dan menang dari musuh-musuhnya. Kedua, melihat nabi tidak seperti keadaannya yang sebenar. Misalnya dia melihat nabi dalam keadaan cemberut atau masam mukanya. Ini menunjukkan buruknya keadaan orang yang bermimpi itu dan bersangatan musibah yang diterimanya tetapi akhirnya Allah melapangkannya. Kalau dia bermimpi melihat seolah-olah dia membunuh nabi, itu menunjukkan bahawa dia tidak menunaikan amanah atau menyalahi janji.”

Firman Allah:
“Maka (Kami lakukan terhadap meraka beberapa tindakan) disebabkan meraka melanggar perjanjian itu, dan kerana kekafiran mereka terhadap ayat-ayat Allah dan meraka membunuh nabi-nabi secara tidak hak.”
(An-Nisa’:155)
Demikianlah melihat nabi-nabi secara umum, sedangkan melihat nabi-nabi secara khusus atau sendiri-sendiri seperti berikut:

2. Bermimpi melihat Nabi Adam (A.S)

Sesiapa yang melihat Nabi Adam a.s. atas keadaannya yang sebenar (keadaan yang dia ketahui berdasarkan cerita-cerita pent), maka dia akan menjadi pemimpin dan mempunyai kekuasaan yang luas, ertinya kalau dia orang yang layak menjadi pemimpin.

Firman Allah:
“Ingatlah, ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.”

(Al-Baqarah:30)

Jika ada orang yang melihat bercakap-cakap dengannya maka dia akan mendapatkan ilmunya, sesuai dengan firman Allah:

“Dan dia (Allah) mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya.”

(Al-Baqarah:31)

Menurut satu pendapat sesiapa yang melihat Adam dalam mimpinya maka dia akan terpedaya oleh sebahagian musuh-musuhnya. Tetapi tidak lama kemudian Allah swt melepasakannya. Jika dia melihat berubah warna dan keadaannya, maka menunjukkan bahawa dia kan berpindah dari satu tempat ke tempat lain. Tetapi akhirnya dia akan kembali ke tempat itu juga. Dan sesiapa yang melihat anak Nabi Adam a.s. maka dia akan mendapatkan harta yang banyak, mendapat anak dan kehidupan yang bahagia.

3. Melihat Nabi Idris (A.S.)

Sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Idris a.s., maka dia akan dimuliakan dengan menjadikannya orang yang warak, dan dia juga akan mendapat akhir hayat yang baik.

4. Melihat Nabi Nuh (A.S.)

Sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Nuh a.s., maka panjang umurnya tetapi banyak dugaan yang dihadapinya dari pihak musuh-musuhnya. Tetapi akhirnya dia akan menang mengadap musuh-musuhnya dan dia termasuk orang yang banyak bersyukur. Firman Allah dalam surah al-Isra’ayat tiga yang sekira maksudnya : “Sesumgguhnya dia (Nuh) adalah hamba yang banyak bersyukur .” Di samping itu dia akan mengahwini perempuan yang rendah martabatnya kemudian melahirkan anak yang ramai.




5. Melihat Nabi Hud (A.S) dan Salih (A.S)

Sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Hud a.s. akan banyak mendapat rintangan dari musuh-musuhnya dan mereka menzaliminya tetapi akhirnya dia akan dapat mengalahkan mereka.

6. Melihat Nabi Ibrahim (A.S)

Sesiapa yang melihat Nabi Ibrahim a.s. dalam mimpinya, maka dia akan dapat mengerjakan haji Insya-Allah. Menurut satu pendapat dia akan mendapat cabaran yang cukup berat dari raja yang zalim. Tetapi akhirnya dia dapat mengalahkannya dan segala musuh-musuhnya. Allah S.W.T. juga akan memberikan nikmat yang banyak kepadanya dan akan menikahi wanita salihah. Ada yang mengatakan bermimpi melihat Nabi Ibrahim a.s. menandakan orang derhaka kepada ayahnya.

7. Melihat Nabi Ishak (A.S)

Sesiapa melihat Nabi Ishak a.s. dalam mimpinya, maka dia akan menerima banyak rintangan dari sebahagian pembesar dan kerabatnya sendiri. Tetapi kemudian Allah S.W.T. akan melapangkannya, memberikan kegembiraan dan kemuliaan dan juga memberitakan keturunannyaorang-orang salih penguasa. Ini kalau dia melihat Nabi Ishak a.s. dalam keadaan yang sempurna dan cantik. Dan kalau dia melihat dalam keadaan berubah keadaannya, maka dia akan menjadi buta, nauzu billahi minzalik.

8. Melihat Nabi Ismail (A.S )

Sesiapa yang melihat Nabi Ismail a.s. dalam mimpinya, maka dia akan membangun masjid atau turut membangunkannya. Firman Allah dalam surah al- Baqarah ayat 127 yang marhumnya: “Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersam Islam.” Menurut satu pendapat sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Ismail a.s. akan menerima ujian iman dari ayahnya, kemudian Allah SWT meluluskannya dalam ujian itu.

9. Melihat Nabi Ya’qub (A.S)

Sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Ya’qub a.s. akan mendapat tentangan yang mendukacitakan dari sebahagian anak-anaknya. Tetapi akhirnya Allah SWT akan melapangkannya dan menjadikan mereka semua suka kepadanya.

10. Melihat Nabi Yusuf (A.S)

Sesiapa yang melihat Nabi Yusuf a.s. dalam mimpinya akan terkena aniaya, akan dipenjara, jauh dari keluarganya dan dicampakkan ke hutan. Namun demikian setelah itu dia akan diberikan kuasa atau kerajaan dan tunduk kepada musuh-musuhnya.

Menurut hikayat asa orang yang bermimpi seolah-olah mendapatkan salah satu khuf Nabi Yusuf a.s. Setelah bangun dari tidurnya tiba-tiba menjadi orang yang pakar dalam menta’bir mimpi.

Menurut hikayat, Ibrahim bin Abdullah al-Karamaniy bermimpi seolah-olah Nabi Yusuf mencakapinya, kemudian dia pun berkata kepadanya: “Ajarlah saya apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu.” Maka Nabi Yusuf a.s. memakaikan kemejanya kepadanya. Setelah bangun dari tidurnya, tiba-tiba dia sudah pandai menta’bir mimpi.

Dari IbnuSirin, beliau berkata: “Saya bermimpi masuk ke dalam masjid jamik. Saya lihat di dalam masjid itu ada tiga orang yang sudah tua dan di samping mereka ada seorang pemuda yang kacak. Saya menanya pemuda itu: “Anda ini siapa?” Dia menjawab: “Saya Yusuf.” Saya tanya lagi: ‘Orang-orang tua itu siapa?’ Beliau menjawab: “Mereka adalah bapa-bapaku, iaitu Ibrahim, Ishak dan Ya’qub.” Saya kata lagi: “Tolong ajarkan kepadaku apa yang telah diajarkan oleh Allah SWT kepadamu.” Beliau membuka mulutnya yang mulia itu dan berkata: “Lihatlah ! Apa yang anda lihat dalam mulutku? “Saya berkata: “Saya melihat lidahmu.” Beliau membuka mulutnya lagi dan bertanya apa yang saya lihat. Saya jawab: “Saya melihat langit-langitmu.” Beliau membuka mulutnya dan bertanya seperti sebelumnya. Saya jawab: “Saya melihat hatimu. “Saya pun bangun pada waktu pagi dan betul-betul ingat dan terbayang mimpiku itu. (Terbukti bahawa ibnu Sirin menjadi orang yang pakar dalam mentafsirkan mimpi).

11. Melihat Nabi Yunus (A.S)

Sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Yunus a.s. bererti dia terburu-buru dalam urusan yang dia hadapi dan dia mendapat kesempitan tetapi akhirnya Allah SWT melapangkannya. Dengan perkataan lain orangnya mudah marah dan mudah memaafkan. Dan dia mempunyai urusan dengan kaum yang khianat kepadanya.

12. Melihat Nabi Syu’aib (A.S)

Orang yang melihat Nabi Syu’aib a.s. dalam mimpinya akan menjadi buta. Jika dia melihatnya dalam rupa yang lain, maka dia akan dihinakan oleh kaum yang hak dia ada di tangan mereka dan mereka menganianya. Terkadang mimpi seperti ini menunjukkan orangnya mempunyai anak perempuan.

13. Melihat Musa (A.S) dan Harun (A.S)

Sesiapa yang melihat Nabi Musa a.s. dan Harun a.s. dalam mimpinya, atau melihat salah seorang mereka, maka ditangannyalah akan tumpas orang-orang yang suka memaksa dan menzalim. Kalau dia orang yang suka berperang, maka di tangannya akan hancur musuh-musuh itu.

Menurut riwayat, hamba sahaya Sa’idbin Musayyab bermimpi melihat Nabi Musa a.s. datang ke negeri Syam. Di tangannya ada tongkat dan beliau berjaln di atas air. Hamba sahaya itu menceritakan mimpinya kepada Sa’id bin Musayyab. Sa’id berkata : “Kalau benar mimpiku itu maka sesungguhnya telah mati Abdul Malik bin Marwan.” Ada orang yang bertanya kepadanya: “Dari mana engkau tahu?” Sa’id menjawab: “Kerana Allah SWT mengutus Nabi Musa adalah untuk menghancurkan orang-orang kuku besi. Setahu saya orang yang demikian sekarang tidak lain daripada Abdul Malik bin Marwan.” Rupanya Abdul Malik bin Marwan telah mati seperti yang dia katakan itu.

14. Melihat Nabi Ayyub (A.S)

Sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Ayyub a.s., maka Allah SWT akan menurunkan bala’kepadanya. Termasuk bala’ yang menimpa dirinya, hartanya, keluarganya dan anak-anaknya. Namun demikian Allah SWT akan mengembalikannya semua, bahkan melipat gandakannya.

Firman Allah:
“Dan kami berikan kepadanya (dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan Kami tambahkan kepada mereka sebanyak mereka pula.”

(Sad:43)

15. Melihat Nabi Daud (A.S)

Sesiapa yang bermimpi melihat Nabi Daud a.s. maka dia akan menjadi raja dan mendapat kekuatan.

16. Melihat Nabi Sulaiman (A.S)

Sesiapa yang melihat Nabi Sulaiman a.s. dalam mimpinya, maka dia akn menjadi raja dan mendapat ilmu. Kalau dia melihatnya dalam keadaan mati di atas mimbar atau katil, maka dia akan mati ketika menyandang jawatan khalifah, amir atau ketua dan lama orang baru mengetahui kematiannya. Menurut satu qaul, sesiapa yang melihat Nabi Sulaiman a.s. dalam mimpinya, akan tunduk kepadanya pemimpin dan musuh dan dia akan banyak bepergian.

17. Melihat Nabi Zakaria (A.S)

Sesiapa yang melihat Nabi Zakaria a.s. dalam mimpinya akan mendapat anak yang takwa setelah tuanya.

18. Melihat Nabi Yahya (A.S)

Orang yang bermimpi melihat Nabi Yahya a.s. akan mendapat taufik dan dijadikan orang bertakwa.




19. Melihat Nabi Isa (A.S)

Orang yang bermimpi melihat Nabi Isa a.s. bererti dia adalah lelaki yang berkat, banyak kebaikannya, banyak musafir, diberikan ilmu-ilmu perubatan dan ilmu lainnya.


Daripada Musa Ja’far bin al-Rida, yang duterimanya dari ayahnya dan diterima ayahnya dari datuknya, katanya Hasan bin Ali berkata: “Saya melihat Isa bin Maryam r.a. dalam tidurku, lalu saya katakana: “Wahai ruh Allah, saya ingin mengukir cincinku, apa yang baik saya ukir atau saya tulis dalam cincin itu?” Nabi Isa a.s. menjawab: “Ukirlah di situ kalimat:”


Tiada Tuhan melainkan Allah, Raja yang Benar dan Nyata.


Jika engkau ukir begitu dan engkau pakai, maka hilanglah rasa kebingungan dan dukacita.


Ada yang mengatakan jiwa wanita yang sedang hamil bermimpi melihat Nabi Isa a.s., maka dia bakal melahirkan anak yang bijaksana. Sesiapa yang melihat Maryam binti Imran akan mendapat kemegahan dan pangkat serta tercapai segala kehendaknya. Jika yang bermimpi itu sedang hamil akan mendapat anak yang bijak, sebagaimana melihat Nabi Isa a.s.


Sesiapa yang melihat Denial al-Hakim, maka dia kan mendapat ilmu takwil mimpi dan dapat mengalahkan orang-orang zalim sekalipun sebelumnya dia terpaksa menghadapi pelbagai rintangan. Ada yang mengatakan dia kan menjadi amir atau menteri.


Menurut hikayat, Abu Abdullah al-Bahily bermimpi seolah-olah dia mendukung Denial, kemudian menyandarkannya di dinding, setelah itu memberi ucapan hormat kepadanya dan mencakapinya. Dia berkata kepadanya:” Bergembiralah, sesungguhnya enkau termasuk golongan pewaris para nabi.” Tiba-tiba dia menjadi imam dan menjadi ahli ta’bir mimpi.


20. Melihat Nabi Khidir (A.S)

Jika ada orang bermimpi melihat Nabi Khidir a.s. bererti akan suburlah tanah di kawasan itu dan akn muncul kemakmuran setelah sebelumnya tanahnya kering kontang. Itu juga menandakan munculnya keamanan setelah sebelumnya terjadi kekacauan yang menakutkan.

Kata sebahagian mereka sesiapa yang melihat sebahagian nabi-nabi memukulnya, maka dia akan mendapat keuntungan di dunia, sama ada keuntungan dalam bidang agama atau dunianya. Sesiapa yang melihat seolah-olah dirinya berubah menjadi nabi tertentu (yang dikenal), maka dia akan mendapat cubaan sesuai dengan yang dialami oleh nabi berkenaan. Tetapi akhirnya dia menjadi menang dan Berjaya atau menjadi penyeru ke jalan Allah SWT.





21. Melihat Nabi Muhammad SWT

Dari Abu Hurairah, beliau berkata: “Saya mendengar Rasulullah SWT bersabda:


“Sesiapa yang melihat aku dalam mimpi, maka samalah dia melihatku ketika jaganya, kerana syaitan tidak sanggup membuat gambaranku.”


Kata Abu Salamah, Abu Qatadah berkata: “Rasulullah swt bersabda: “Sesiapa yang melihat aku, maka dia melihat yang benar.” Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah swt bersabda: “Sesiapa yang melihat aku dalam tidurnya, maka dia tidak masuk neraka.”


Dari Sa’id bin Qais, dari ayahnya, katanya Rasulullah SWT bersabda: “Tidak masuk neraka orang yang melihat aku dalam tidurnya.”


Penafsiran dan penyelesaian:


Al-Ustaz Abu Sa’id berkata: “Sesungguhnya Allah SWT mengutus Muhammad saw sebagai rahmat untuk sekalian alam. Beruntunglah orang yang sempat melihatnya kemudian dia mengikutnya. Dan juga beruntunglah orang yang melihat beliau dalam tidurnya. Kerana jika yamg melihat beliau itu orang yang mempunyai hutang, maka dia akan dapat menyelesaikan hutangnya. Jika yang melihatnya itu orang yang berpenyakit akan sembuhlah penyakitnya. Jika yamg melihatnya itu orang yang sedang berperang akan menang dalam peperangan. Jika dia melihatnya dalam keadaan gembira, dia akan mengerjakan haji. Jika dilihat di kawasan yang kering akan suburlah kawasan itu. Jika dilihat seolah-olah beliau berada di negeri yang merajalela kezaliman, maka akan tegaklah keadilan. Jika dilihat di tempat yang kacau akan amanlah tempat itu.


Jika seseorang itu melihat meminum darahnya kerana cinta kepadanya, yakni di tempat yang sunyi, maka dia akan syahid atau mati dalam berjihad. Jika bermimpi meminum darahnya di tempat yang terang, menunjukkan orang munafik atau ada mencaci ahli bait Rasulullah saw atau turut membantu membunuh mereka.


Jika ada orang yang melihat Rasulullah saw berpenyakit, kemudian sembuh dari penyakitnya, bererti penduduk di tempat itu menjadi baik setelah sebelumnya membuat kerosakan.


Jika ada orang melihat Rasulullah saw sedang menaiki tunggangan, maka dia akan menziarahi kuburnya. Jika melihat beliau sedang berjalan kaki, maka orang yang bermimpi itu tetap dalam pendiriannya. Jika ada orang melihat beliau sedang azan di tempat yang hancur, maka tempat mereka itu akan menjadi makmur. Jika ada orang melihat Rasulullah saw saling memberi makan dengannya bererti merupakan amaran supaya dia mengeluarkan zakat hartanya. Jika ada orang melihat Rasulullah saw sudah wafat, bererti ada keluarganya yang akan mati. Jika ada orang melihat jenazah Rasulullah saw di satu tempat, maka akan tejadi bencana besar di tempat itu.


Kalau ada orang melihat turut mengiringi jenazah Rasulullah saw sampai ke perkuburan, bererti dia cenderung melakukan perkara bid’ah. Kalau ada orang yang bermimpi menziarahi kuburan Rasulullah saw, maka dia akan mendapat harta yang banyak.


Kalau ada orang yang melihat seolah-olah dia anak Rasulullah saw padahal dia bukan keturunan Baginda, bererti imannya ikhlas. Dan sebaliknya kalau ada orang melihat seolah-olah dia adalah ayah Rasulullah saw, maka itu menunjukkan kerapuhan agamanya serta kelemahan iman dan keyakinannya. Satu orang yang melihat Rasulullah saw dalam mimpinya, maka takwilnya bukan hanya berlaku kepadanya, tetapi kepada jemaah kaum Muslimin.


Menurut riwayat, Ummu al-Fadal berkata kepada Rasulullah saw, “Saya bermimpi melihat sebahagian anggota tubuhmu terputus, kemudian diletakkan di dalam bilikku.” Rasulullah saw menjawab: “Sungguh baik takwil mimpi itu. Insya Allah Fatimah r.a akan melahirkan seorang anak lelaki kemudian akan ditempatkan di dalam bilikmu.” Tidak lama kemudian Fatimah r.a. pun melahirkan Husain r.a. dan ditempatkan di bilik Ummu al-Fadal.


Menurut riwayat, ada seorang wanita berkata: “Ya Rasulullah, saya bermimpi melihat sebahagian organ tubuhmu berada dirumahku.” Rasulullah saw bersabda: “Fatimah akan melahirkan anak lelaki kemudian engkau akan menyusukannya.” Tidak lama kemudian Fatimah r.a. melahirkan Husain r.a. dan disusukan oleh wanita itu.


Jika ada melihat Rasulullah saw memberikan sesuatu yang disenangi kepadanya, atau memberikan makanan atau minuman, maka dia akan mendapatkan kebaikan sesuai dengan kadar yang diberikan Rasulullah saw kepadanya dalam mimpi itu.


Saya mendengar Abu Hasan, Ali bin Muhammad al-Baghdadiy, di dewan Ali bin Abu Talib, berkata: “Ibnu Taib al-Faqir berkata: “Saya pekak selama sepuluh tahun, kemudian saya pergi ke Madinah dan tidur di antara kubur dan mimbar Rasulullah saw dan saya berkata kepadanya: “Ya Rasulullah saw, engkau ada mengatakan: “Sesiapa yang mendoakan al-Wasilah (syurga) untu aku, maka berhaklah dia mendapatkan syafaatku.” Beliau berkata: “Mudah-mudahan Allah menyembuhkan penyakitmu ini. “Penyakit saya itu pun sembuh dengan sebab keberkatan dari Allah.”


Abdullah bin al-Jala’ berkata: “Saya memasuki kota Madinah sedangkan saya dalam keadaan miskin melarat. Saya pergi ke kuburan Rasulullah saw dan saya member salam kepadanya dan kepada dua orang sahabatnya. Kemudian saya berkata: “Ya Rasulullah, saya ini miskin dan saya adalah tetamumu. Kemudian saya pun tidur di samping kuburannya. Dalam tidur itu saya melihat Rasulullah saw datang menjumpai saya. Saya berdiri menyambutnya. Beliau menyodorkan roti kepada saya dan saya makan sebahagian. Ketika saya bangun dari tidur, di tangan saya masih ada sisa-sisa roti itu.”


Dari Abu al-Wafa al-Qari al-Harwa, katanya: “Saya bermimpi melihat Rasulullah saw di Farghanah tahun 360H. Ceritanya begini: Saya ada membaca Quran di hadapan sultan dan khalayak ramai. Ketika saya membaca Quran, mereka berborak-borak dan tidak mendengarkan ayat-ayat yang saya baca. Setelah selesai membaca, saya pun pulang ke rumah dalam keadaan dukacita. Maka saya tertidur. Dalam tidur itu saya melihat Rasulullah saw berubah wajahnyadan berkata: “Mengapa engkau membaca Quran, selalu kalam Allah SWT, di hadapan khalayak ramai yang sibuk becakap dan tidak mendengarkan ayat-ayat yang engkau baca?” Nanti engkau tidak akan membacanya lagi kecuali atas kehendak Allah.”


“Tiba-tiba saya terbangun dan tiba-tiba lidahku pun sudah kelu (bisu). Kalau saya ingin mengutarakan sesuatu, terpaksalah saya tulis. Setelah empat bulan lebih mengalami demikian, datang kepada saya orang alim dan orang yang pakar ta’bir. Mereka menyarankan supaya perkataan yang terakhir saya ucapkan menjelang tidur ialah (illa masyaallah) yang merupakan kalimat penafian.


“Setelah empat bulan lebih mengalami demikian, saya tidur lagi di tempat saya bermimpi dahulu. Saya bermimpi lagi melihat wajah Rasulullah saw berseri dan berkata kepadaku: “Engkau sudah taubat?” Saya jawab: “Ya, saya sudah taubat ya Rasulullah.” Beliau berkata: “Sesiapa yang bertaubat, Allah akan mengampuninya. Cuba keluarkan lidahmu.” Beliau pun mengusap lidahku dengan telunjuknya sambil berkata: “Jika engkau membaca Quran di hadapan orang ramai, maka hentikan bacaan sehingga mereka berhenti bercakap dan kembali mendengarkan bacaanmu.” Kemudian saya pun terbangun dan tiba-tiba lidahku sudah lembut dan saya dapat bercakap.”


Cerita dari Abu al-Wafa juga, katanya ada orang yang kaya yang berpenyaki. Pada satu malam dia bermimpi seolah-olah Rasulullah saw berkata kepadanya: “Kalau engkau ingin sembuh, maka ambil (la) dan (la). Setelah bangun dari tidurnya, dia menyuruh seseorang menjumpai Sufyan al-Tsauriy. Dia meminta tolong memisahkan kedua-dua kalimat (la) itu serta menerangkan ta’bir mimpinya. Sufyan al-Tsauriy berkata: (la walazzaitunata). Dalam Quran Allahtelah menyebutkannya dengan firman-Nya: (la syarkiyyata wala qarbiyyata). Itu mempunyai faedah untuk orang-orang kafir. Maka berubatlah dengan zaitun.” Allah SWT. memberikan kesembuhan kepadanya dengan berkat mengamalkan yang ditunjukkan serta diajarkan Rasulullah dalam mimpinya itu.”


Ibnu Sirin didatangi oleh seorang lelaki yang tidak kuat pegangan agamanya dan dia dalam keadaan runsing. Lelaki itu berkata: “Malam tadi saya bermimpi melihat kakiku ku letakkan di atas muka Rasulullah saw.” Ibnu Sirin bertanya: “Apakah engkau memakai khuf (kasut) ketika tidur?” Lelaki itu mengatakan bahawa dia tidur tanpa menanggalkan khufnya. Ibnu Sirin berkata: “Buka kedua-dua khufmu itu.” Lelaki itu membukanya rupanya di bawah telapak kakinya ada wang dirham yang bertulis: “Muhammad Rasulullah saw.”


Semalam aku bermimpi bertemu Nabi Isa A.S, sebelum ini pernah beberapa kali bermimpi bertemu Nabi Muhammad S.A.W.. Wallahualam..
 
Untuk dikongsi bersama...

InsyaAllah...

Barakallah..  

Monday 14 May 2012

Berapa lama Kita dikubur?

Semoga bermanfaat…… 

Berapa lama Kita dikubur? 

Awan sedikit mendung, ketika kaki kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi
kawasan lampu merah Bandar Karet . 

Baju merahnya yg besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ais-krim sambil sesekali
mengangkatnya ke mulutnya untuk dimakanya, sementara tangan kirinya mencengkam seluar ayahnya. 

Yani dan Ayahnya memasuki tanah perkuburan awam Karet, berputar sejenak ke kanan & kemudian duduk Di 
atas tembok nisan "Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1915: 20- 01-1965" 

"Nak, ini kubur nenekmu mari Kita berdo'a untuk nenekmu" Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru  gaya  
tangan ayahnya yg mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia  mendengarkan ayahnya 
berdo'a untuk Neneknya.. 

"Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ya Yah." Ayahnya mengangguk sambil tersenyum, sambil memandang 
pusara Ibu-nya. 

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 49 tahun ya Yah..." Kata Yani berlagak sambil matanya mengira dan jarinya berhitung. "Ya, nenekmu sudah di dalam kubur 49 tahun .... " 

Yani menoleh kepalanya, memandang sekeliling, banyak kuburan di  sana  Di samping kuburan neneknya ada 
kuburan tua berlumut "Muhammad Zaini: 19-02-1882 : 30-01-1910" 

"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 117 tahun yang lalu ya Yah", jarinya menunjuk nisan bersebelahan kubur
 neneknya. Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengusap kepala anak satu-satunya. "Memangnya 
kenapa nak ?" kata sang ayah menatap teduh mata anaknya. "Hmmm, ayah  kan  semalam 
kata, bahwa kalau kita mati, lalu di kubur dan kita banyak dosanya, kita akan disiksa dineraka" kata Yani 
sambil meminta persetujuan ayahnya. "Iya  kan  yah?" 

Ayahnya tersenyum, "Lalu?" 
"Iya .. Kalau nenek banyak dosanya, berarti nenek sudah disiksa 42 tahun di kubur? Kalau nenek banyak pahalanya,
 berarti sudah 42 tahun nenek senang dikubur ... Ya  kan  yah?" mata Yani bersinar keranana bisa menjelaskan kepada 
Ayahnya pendapatnya. 

Ayahnya tersenyum, namun sekilas nampak keningnya berkerut, tampaknya cemas ...... "Iya nak, kamu pintar," kata 
ayahnya pendek. 

Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani tampak gelisah Di atas sajadahnya, memikirkan apa yang dikatakan
 anaknya... 42 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...142 tahun disiksa .. atau bahagia dikubur ....  Lalu   Ia  menunduk ... Menitsskan air mata.... 

Kalau   Ia  meninggal .. Lalu banyak dosanya ...lalu kiamat masih 1000 tahun lagi berarti Ia akan disiksa 1000 tahun? 
’  Innalillaahi   WA  inna ilaihi rooji'un’ .... Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah ia selama itu disiksa? 
Iya kalau kiamat 1000 tahun ke depan, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu ia akan disiksa di
 kubur. Lalu setelah dikubur? Bukankah Akan lebih parah lagi? 
Tahankah? padahal melihat adegan pukul - memukul masa  di tv kemarin ia dah tak tahan? 

Ya Allah... Ia semakin menunduk, tangannya mengangkat, setinggi bahunya  naik turun tak teratur... air matanya 
semakin membanjiri pipi dan janggutnya… 

”Allahumma as aluka khusnul khootimah”.. berulang Kali di bacanya DOA itu hingga suaranya serak ... Dan ia 
berhenti sejenak ketika terdengar batuk Yani 

Dihampirinya Yani yang tertidur di atas bangku. Di betulkannya selimutnya. Yani terus tertidur.... tanpa tahu,
 betapa sang ayah sangat berterima kasih padanya karena telah menyadarkannya erti sebuah kehidupan... Dan apa
 yang akan datang di depannya... 

"Yaa Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..." 

Sebarkan e-mail ini ke saudara-saudara Kita, mudah-mudahan bermanfaat.. .. 

"Sebarkanlah walau hanya 1 ayat"  Semoga sekiranya Allah yg Yg Maha Pemurah itu mengurniakan PAHALA atas 
perbuatan kita ini dapatlah ianya memberatkan timbangan kita di hari PENGADILAN nanti....... ..
 INSYA ALLAH....... ..
   


Pemakanan Rasullullah SAW


Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdul lah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING


Jangan makan DAGING + IKAN


Jangan makan IKAN + SUSU


Jangan makan AYAM + SUSU


Jangan makan IKAN + TELUR


Jangan makan IKAN + DAUN SALAD


Jangan makan SUSU + CUKA


Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL


# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.


# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.


# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

amal mandi pagi badan tak gemuk
 
Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa..... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. dikuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.


Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam...
Sama2lah kita mengamalkannya. .....

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Posisi tidur menurut Islam dan Sains




Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Jubah milik nabi Muhammad S.A.W




 
Sebuah jubah milik Nabi Muhammad di pamerkan di Masjid di Istambul, Turki. Masjid yang di bangun tahun 1851 ini oleh Sultan Abdulmecit, dikhususkan menyimpan barang-barang Nabi Muhammad SAW. Berikut ini foto-foto jubah Nabi Muhammad SAW yang disimpan di dalam peti dengan tutup kaca agar penonton dapat melihat betapa besarnya jubah Nabi Muhammad SAW.
Jubah Nabi Muhammad SAW Dipamerkan di Masjid Istambul Turki
Para pengujung menyaksikan jubah Nabi Muhammad yang berumur lebih dari seribu tahun.
Jubah Nabi Muhammad SAW Dipamerkan di Masjid Istambul Turki
Di Istambul banyak sekali peninggalan Nabi dan para sahabatnya yang sampai kini dapat dilihat.
Jubah Nabi Muhammad SAW Dipamerkan di Masjid Istambul Turki
Jubah Nabi Muhammad ini disimpan di ruangan khusus dan ditutup dengan kotak kaca.

Mangkuk cantik, madu dan sehelai rambut


Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bersama-sama Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman pergi menziarahi Saidina Ali di rumahnya. Kedatangan mereka bertiga disambut dengan senang hati oleh Saidina Ali dan isterinya Saidatina Fatimah r.a.

Bagi memuliakan tetamu, Saidatina Fatimah r.a. menghidangkan madu kepada ayahandanya serta kawan-kawan karibnya. Madu itu diletakkan dalam sebuah mangkuk yang amat cantik. Semasa membawa mangkuk berisi madu itu kepada mereka, tiba-tiba sehelai rambut jatuh ke dalam mangkuk tersebut. Semua yang ada hanya memerhatikan keadaan tersebut.

Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. meminta semua sahabat yang hadir untuk membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut iaitu mangkuk cantik, madu dan sehelai rambut. Maka para sahabat yang ada memberikan pandangan masing-masing.

Saidina Abu Bakar r.a. berkata : "Iman itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis daripada madu dan mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut."

Saidina Umar r.a. berkata : "Kerajaan itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis daripada madu dan memerintah dengan adil itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut."

Saidina Uthman r.a. pula berkata : "Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu dan orang yang beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."

Saidina Ali r.a. pula berkata : "Tetamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik, menjamu tetamu itu lebih manis daripada madu dan membuat tetamu rasa gembira sehingga pu lan g ke rumahnya lebih sukar daripada meniti sehelai rambut."

Saidatina Fatimah r.a. pula mengatakan : "Seorang wanita itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang menutup auratnya itu lebih manis daripada madu dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih susah daripada meniti sehelai rambut."

Rasulullah s.a.w. pula mengatakan : "Seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik, beramal dengan ama lan yang baik itu lebih manis daripada madu dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."

Malaikat Jibrail a.s. pula berkata : "Menegakkan panji-panji agama itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk usaha-usaha agama lebih manis daripada madu dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."

Allah SWT kemudian berfirman : "Syurga-Ku lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis daripada madu dan ja lan menuju syurga-Ku adalah lebih sukar daripada meniti sehelai rambut."

Renunglah pendapat-pendapat para sahabat besar itu tentang mangkuk cantik, madu dan sehelai rambut. Pasti terdapat banyak pengajaran sebagai pedoman kita menja lan i kehidupan.

Friday 11 May 2012

APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

WAKTU SUBUH
 Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

 WAKTU ZOHOR
 Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR
 Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGRIB
 Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

 WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL
 Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Coretan popular