RIWAYAT HIDUP
A) Nama sebenarnya ialah Malik bin Anas bin
Abu Amar Al-Asbahi.
B) Beliau dilahirkan di Madinah pada 93
hijrah. Beliau berasal daripada keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh
masyarakat.
C) Datuk beliau ialah sahabat Rasullah. Ibu
beliau Al-Aliah bte Syuraik.Ada riwayat yang menyebut bahawa beliau berada dalam kandungan
ibunya lebih kurang 2 tahun.
D) Beliau wafat pada tahun 179 hijrah ketika
berumur 86 tahun dan meninggalkan 3 orang putera dan seorang puteri.
E) Beliau adalah pengasas mazhab Maliki.
SIFAT PERIBADI.
A) Beliau mempunyai kecerdasan akal fikiran
yang tinggi .Beliau menghafaz Al-Quran ketika masih kecil.
B) Imam Malik juga memiliki akhlak yang
mulia, bersopan-santun, suka pakai pakaian yang mahal dan bersih serta bau-bauan yang
harum.
C) Imam Malik suka bergaul dengan semua
lapisan masyarakat dan sangat benci pada perbuatan mencela sesama manusia dan sangat
hormat kepada hadis-hadis Rasullah s.a.w.
D) Beliau merupakan seorang hartawan yang
dermawan, menggunakan hartanya untuk menolong golongan yang susah.
E) Merupakan seorang ulama yang
warak,taat,dan patuh kepada Allah serta kuat beribadat pada waktu malam. Beliau tabah
menghadapi segala ujian yang menimpanya.
UJIAN KE ATAS IMAM MALIK
Beliau pernah disebat dengan cemeti hingga
patah tulang belakangnya kerana mengeluarkan fatwa yang tidak dipersetujui oleh
khalifah,iaitu isteri yang diceraikan secara paksa tidak jatuh talaknya.Beliau
berkata,"Aku dipukul kerana mempertahankan kebenaran agama.Tidak ada baiknya bagi
orang yang tidak dihukum kerana perkara benar."
PENDIDIKAN
A) Beliau banyak menimba ilmu pengetahuan di
Madinah kerana pada masa itu Kota Madinah menjadi pusat pengajian ilmu, khususnya ilmu
agama.
B) Beliau dapat mengingati 29 hadis daripada
30 buah hadis setelah mendengar gurunya menyampaikan hadis tersebut secara lisan.
C) Beliau telah belajar daripada 900 orang
guru, sebahagiannya terdiri daripada ulama. Beliau pernah menuntut dengan ulama yang
terkenal.Antaranya:
*Ahli
fikah-Rabilah b. Abd. Rahman.
*Ahli
hadis-Imam Nafi'Maula Ibn Umar.
*Imam Ibnu
Syaibah Azzuhri.
D) Berkat kerajinan dan usaha beliau dalam
menuntut ilmu,akhirnya Imam Malik muncul sebagai salah seorang ulama fikah yang terbesar
dan unggul di seluruh Madinah.
KEISTIMEWAAN.
A) Seorang yang kuat beribadat di waktu
malam serta membaca Al-Quran kitab yang mengandungi hadis
B) Menghafaz Al-Quran dan hadis sejak dari
kecil.
C) Beliau sangat berani mempertahankan
fatwanya walaupun dihadapan seorang gabenor dan musuh islam.
SUMBANGAN.
A) Kitab yang termasyhur ialah
"Al-Muwatta" iaitu kitab yang mengandungi hadis-hadis dan hukum.
B) Kitab-kitab karangan ulama-ulama Mazhab
Imam Malik seperti:
*Al-muhtasar
Al-Kabir
*Al-Muhktasr
Al-Ausat
*Kitab
Al-usul
*Ahkamul
Quran
C) Mazhab Maliki berkembang di
Moroco,Algeria,Tunisia,Iraq dan Palestin.