Setiap anak di kurniakan ibu bapa. Tetapi sejauh mana boleh kita
buktikan kasih dan sayang kita kepada ibu bapa sendiri. Adakah cukup
sekadar memberi wang setiap bulan .Adakah itu bukti kasih sayang kita
kepada mereka.
Ada kisah yang ingin dikongsikan di sini. Kisah seorang anak yang
sanngup berkorban untuk menjaga bapanya yang sedang menderita sakit buah
pinggang walaupun terpaksa berjauhan dengan suami tercinta. Ibunya
telah meninggal dunia sejak dua tahun yang lalu.
Tiga hari seminggu, dia akan membawa bapanya ke pusat dialisis untuk
menjalani rawatan. Setiap keperluan bapanya di urus dengan baik.
Walaupun mempunyai adik-beradik yang lain, tetapi bapanya amat selesa
dengan anak perempuannya yang seorang ini. Setiap kali dia menghantar
bapanya untuk menjalani rawatan, segala keperluan untuk bapanya di
penuhi, antaranya menyuapkan makan, memakaikan stoking dan lain-lain.
Kalau di lihat kerja itu memang nampak mudah, tetapi melayan kerenah
orang tua, bukan semudah yang disangkakan. Kita perlu banyak bersabar,
begitu juga, ibu bapa bersabar membesarkan kita sehingga kita dewasa.
Tetapi berapa ramai anak yang sanggup untuk menghabiskan masa menjaga
orang tua walaupun mempunyai segulung ijazah .
Adakah kita mampu untuk menjaga ibu bapa kita seperti itu? Belum
tentu lagi kita mampu untuk melakukannya. Sekarang mungkin kita akan
kata kita mampu untuk menjaga ibubapa kita, tetapi bila tiba masanya,
kemana kita pada waktu itu. Sibuk mencari wang sehingga mengabaikan
kedua ibu bapa kita.
Cuba fikirkan sejenak, berapa kali kita melawat ibu bapa kita, itu
pun setahun sekali pada hari raya. Dan yang menetap bersama ibu bapa,
sejauh mana kita telah berbakti kepada mereka. Membantu meringankan
kerja mereka dirumah, itupun sudah cukup melapangkan hati mereka melihat
anak membantu keperluan di rumah selain bantuan kewangan. Tetapi
persoalannya, adakah kita melakukannya?.
Banyak bukti menunjukkan bahawa berbakti kepada kedua ibubapa adalah
persoalan penting dalam islam. Allah menegaskan hal ini dalam firmannya:
"Allah telah menetapkan agar kalian tidak beribadah selain kepada-Nya; dan hendaklah kalian berbakti kepada kedua ibubapa". (Al-Isra' :23)
Allah talah meletakkan keredhaan-Nya pada keredhaan ibubapa.Rasul bersabda ;
"keredhaan Allah bergantung pada keredhaan kedua ibubapa.Kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan ibubapa" (HR.BUKHARI DAN MUSLIM)
Marilah kita sama-sama renungkan pengorbanan ibu bapa kita yang tiada
penamatnya. Jasa mereka tidak mampu kita balas walaupun dengan jutaan
wang ringgit. Apa yang penting, kasih sayang kita pada mereka yang tiada
hentinya. Doakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat, Jadi lah
anak yang tahu mengenang jasa ibubapa. Hargailah pengorbanan mereka.
- Artikel iluvislam.com
Aminkan doa ini... Sahabatku, aminkan doa ini agar Allah membukakan sembilan pintu kebaikan unt kita dihari ini. "Allahumaftah lana abwabal khairi wa abwabal barakati wabwabash shihhati wa abwabas salamati wa abwabal afiyati wa abwabal jannati" "Ya Allah, bukakanlah bagi kami pintu kebaikan, pintu keberkahan, pintu nikmat, pintu rizki, pintu kekuatan, pintu kesehatan, pintu keselamatan, pintu kebugaran, pintu surga"(HR. Tirmidzi). Amienn...
Monday 18 June 2012
Coretan popular
-
Bismillaahirrahmaanirrahiim. Assalamu’alaikum wr.wb. Bapak, Ibu, Saudara/i yang dirahmati ALLAH, > DOA untuk orang-orang yang di...
-
Wahai wanita, di sini sebagai lelaki ingin berkata sesuatu. Tahukah korang yang lelaki suka perempuan yang seksi? Tapi tahukah isteri, su...
-
Baru-baru ini aku menerima panggilan dari seorang warga Brunei, Puan Nana. Pn Nana nie nak beli kereta mainan untuk anak dia berumur 10 bul...
-
Sekarang nie kan, banyak sungguh la krim pencerah diiklankan kat TV, majalah, radio, surat khabar, internet, dan media-media lainnya. Kenapa...
-
Biodata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Umur : 53 tahun Pendidikan : SPM Mula berniaga : 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau) Keka...
-
Himpunan Hadis Hadis Rasullulah ( Hudud ) BAB BUNUH عَنْ عَبْدِالله قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَو...
-
Sahabatku, aminkan doa ini agar kita diberi kekuatan, kesabaran & kesembuhan luka hati karena orang yg kita cintai. "Ya Allah, beri...
-
‘Nabi’ adalah manusia yang diberikan wahyu oleh Allah SWT kepadanya dengan membawa syariat untuk diamalkan dan tidak diperintahkan untuk men...
-
Shalat hajat ini dilakaukan saat kita punya hajat yang sangat penting. Kemujarraban shalat hajat ini ditegaskan oleh Rasulullah saw dalam...
-
Himpunan Hadis - Hadis Rasullullah 10 Hijrah Satu Perjuangan Hadith : Dari Abdullah bin Mas’ud, katanya:”Bahawa Rasulullah s.a.w bersabd...