Pages

Thursday 26 January 2012

Salam Maulidur Rasul



Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as. Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer.

Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma'moon Al-Bataa'ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu. Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa'd Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.


Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi ( s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran. Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670. Oleh kerana amalan bid'ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama' telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya). *HUKUM MAULID * Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Ulama' berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Kita sebagai masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana perlu kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama'-ulama' yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka. Di dalam artikel ini, akan dilampirkan kedua-dua belah hujah setakat mana yang mampu dikumpulkan. Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat. Dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar. *HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL*

Antara ulama' yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan. Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti: "Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia". Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan: "Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat." Berkata pula Syeikh Atiah Saqr: "Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid'ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat." Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini. Beliau berkata(ringkasan): "Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa'd Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini. Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid'ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam. Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid'ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam." *Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid ini:* 1) Allah berfirman: "maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung." - Al-Araf: 157 Keterangan: Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut. 2) Firman Allah: "Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah."-Ibrahim. Ayat 5 Keterangan: Al-Baihaqi di dalam "Syakbu al-Iman" daripada Ubai bin






Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan 'hari-hari Allah' ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma'ani menjelaskan lagi dengan katanya "kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar." 3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?" Jawab mereka: "Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan." Maka Nabi berkata: "Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu." – [Riwayat Bukhari dan Muslim.] Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum: - Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi'raj dan lain-lain. - Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak. 4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: "Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan." Keterangan: Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam. *HUJAH MENENTANG MAULIDUR RASUL* Berikut antara pendapat yang menentang bersertakan hujah mereka: 1)Nabi Muhammad saw tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi saw telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari: Baginda bersabda, "Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, 'hamba Allah dan pesuruh Nya."(Au Qoma Qol) Apa yang telah disuruh Rasulullah saw hanyalah menyuruh umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat yang mana berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah: Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: "Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan." "…Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid'ah , dan setiap bid'ah itu adalah sesat " . [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud] 2)Para sahabat Rasulullah dan juga umat Rasulullah saw pada 3 abad kemudian tidak pernah merayakannya walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw lebih dari umat terkemudian.. Hadis Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka. Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di





minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan. Perayaan Maulid Nabi datang beberapa abad kemudian yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar sudah hilang dan bid'ah berleluasa. 3)Allah berfirman di dalam Al-Quran: Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu,Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " Katakanlah, "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (QS. 3:31-32) Ayat di atas menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan kepada Rasulullah saw. Ayat yang pertama di atas menjelaskan bahawa cinta itu hanyalah pengakuan, tetapi buktinya ialah menuruti apa yang Rasulullah saw bawakan. Manakla ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan Rasul Nya. Allah menyudahi ayat di atas dengan ancaman yang keras bahawa sesiapa yang tidak mahu mentaati adalah kafir dan Allah tidak mencintai orang kafir. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. (QS. 5:3) Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS. 33:21) 4)Kata-kata sahabat Rasulullah saw: Huzaufah Ibnu Al-Yamaan ra berkata : "Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya" Dan berkata Ibnu Mas'ud :"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"

Barakallah..

Wassalam...

Janji Diana

Bukan nak bercerita tentang filem Janji Diana arahan Datuk Yusuf Haslam lebih sedekad lalu. Aku cuma nak cakap pasal janji. Selama ini kn, aku tak ade la nak bagi janji kat sape-sape. Aku hanya berjanji kalau aku benar-benar dapat tunaikan. Selain itu aku cuma simpan dalam hati. Aku tak nak menghampakan orang lain jika aku gagal kotakan janji aku tu. Apa yang aku buat cuma janji dengan diri sendiri jer. Walaupun janji aku pada diri aku tu ada melibatkan orang lain, aku tak akan bagitau orang tu, biarlah bila masanya tiba, aku boleh laksanakan, aku akan laksanakan.

Dalam diam-diam aku sebenarnya merakam segala keinginan, kamahuan, dan kehendak orang yang dekat dengan aku. Keluarga aku, mak bapak aku, adik beradik aku.. tu jer la yang dekat aku rasa.. dan satu lagi kawan-kawan rapat aku la. Walaupun sekarang nie aku tak mampu untuk buat apa-apa lagi. Tapi aku simpan dalam hati semoga aku suatu hari nanti ku boleh penuhi impian setiap mereka. Apa saja, kecil atau besar, Insyaallah...

Apa yang aku lakukan, apa jua yang aku rencanakan pasti tidak terlepas dari dalam benak fikiran aku untuk mencapai apa jua yang keluarga aku hajati. Mungkin pada mereka aku tidak berbuat apa-apa untuk mereka. Keraha aku hanya menyembunyikan apa jua hasrat hati aku. Aku hanya tunjukan dengan perlakuan ku sahaja. Hasilnya aku akn persembahkan pada mereka nanti. Nanti tu bila? InsyaAllah, niat yang baik akan dikabulkan Allah. Pasti hari itu akan tiba.


Janji merupakan salah satu perkara biasa dalam kehidupan seorang insan. Manusia melafazkan sesuatu janji semudah menyebut a,b,c. Janji juga dilabelakan dengan beberapa frasa atau gelaran khusus seperti 'janji Melayu' dan sebagainya. Malangnya, kebanyakan manusia kerap mungkir janji sekerap ia berbicara. Mengapakah terjadinya fonemena ini ?

Islam menganggap janji adalah satu perkara yang besar. Menunaikan janji adalah tanggungjawab insan. Adalah menjadi satu kesalahan dan berdosa besar jika janji dimungkiri. Allah telah memasukkan kesalahan mungkir janji sebagai dosa besar yang perlu dijauhi. Ia juga termasuk dalam kategori ciri-ciri orang munafik.

Apabila kita merenung kepada janji-janji manusia di dalam al-Quran dan Hadith khususnya golongan kafir atau munafiq, samakah janji mereka dengan janji-janji orang yang beriman ? Kenapakah mereka dihancurkan dan dijanjikan dengan neraka?

Jawapannya tidak lain dan tidak bukan kerana mereka mungkir janji !!! (sila lihat ayat 75-77 Surah At-Taubah sebagai contoh).

Sebagaimana manusia berjanji, Allah dan RasulNya turut berjanji. Tetapi janji Allah dan RasulNya amat jauh bezanya dengan janji insan. Manusia sering mungkir janji, malah seolah-olah menjadikannya sebagai habit sedangkan janji Allah dan RasulNya sentiasa benar dan tepat.

Apakah janji Allah dan RasulNya ? Sesungguhnya janji Allah dan RasulNya terlalu banyak....adalah terlalu mustahil untuk dicatatkan kesemuanya. Di sini hanya dijelaskan beberapa janji tersebut sebagai renungan kita bersama.

Sebagaimana yang kita ketahui, Islam asalnya agama terpencil dan lemah. Kerdil di tengah-tengah keperkasan agama berhala ciptaan manusia, ditindas oleh keangkuhan generasi jahiliyyah, lemas di bawah siksaan dan tekanan masyarakat Quraisy. Dalam keadaan inilah, Allah dan RasulNya menjanjikan ketinggian martabat dan kemuliaan maruah di tengah-tengah masyarakat Jahiliyyah dengan syarat yakin sepenuh hati dan mengamalkan ajaran Islam dengan ikhlas. Janji Allah dan RasulNya benar-benar terjadi. Umat Islam yang benar-benar ikhlas dan patuh bukan sahaja berjaya menyebarkan panji-panji Allah bahkan mereka menjadi masyarakat yang mulia, digeruni dan dihormati di seluruh dunia.

Dalam perang Badar misalnya, bagaiamana jumlah tentera yang hanya 313 orang dapat mengalahkan 1000 orang walaupun tanpa kelengkapan yang perang yang sempurna ! Senjata mereka hanyalah iman yang tidak berbelah-bahagi kepada Allah. Semua ini tidak mustahil asalkan ada pertolongan Allah. Ini janji Allah dan RasulNya.
Benarlah firman Allah dalam kitabnya :

"Sesiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti menolongnya"
Ketika Allah memerintahkan umat Islam berhijrah ke Madinah, orang kafir dan munafiq telah menghasut orang Islam supaya tidak berhijrah meningalkan harta, saudara, rakan dan kampung halaman. Menurut mereka, adalah satu tindakan bodoh meninggalkan harta dan kesenangan di Makkah dan memilih menjadi susah dan miskin di Madinah. Namun Allah dan RasulNya menjanjikan rezeki dan kehidupan yang lebih sempurna kepada mereka yang berhijrah.

Firman Allah SWT :
"Orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah dan orang-orang yang membantu, merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Dan bagi mereka keampunan dan rezeki yang melimpah ruah" At-Taubah :20

Janji Allah dan RasulNya memang benar-benar tepat. Sampai saja mereka di Madinah, mereka diberikan keistimewaan-keistimewaan yang tidak diduga. Diberikan harta, dihadiahkan isteri, dipinjamkan modal, dilayan seperti menteri, dijadikan rakan koprat dan dibantu serba-serbi. Saidina Abdul Rahman Bin Auf menjadi jutawan selepas berhijrah ke Madinah, hamba menjadi merdeka, golongan fakir semakin berkurangan dan hidup mereka aman damai, tiada siksaan tiada penindasan. Inilah janji Allah dan RasulNya, janji yang pasti !!!

Ketika dalam perjalanan hijrah, Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar telah berjaya dikesan oleh salah seorang panglima Quraisy yang bernama Suraqah b. Malik. Pihak Quraisy menghadiah ribuan ekor unta kepada mereka yang dapat menangkap atau membunuh Rasulullah. Ketika beliau menghampiri Rasulullah SAW dan Abu Bakar, tiba-tiba kudanya terpesorok ke dalam tanah. Setelah dikeluarkan kaki kudanya dari tanah tadi, beliau terus menyerbu ke arah Rasulullah, tetapi keadaan yang sama telah belaku semula. Diulangnya beberapa kali dan setiap kali keadaan yang sama tetap berlaku.

Lalu Rasulullah mendakwahnya dengan Islam. Baginda berjanji menghadiahkannya dengan gelang kebesaran kerajaan Parsi jika Suraqah masuk Islam.Bayangkan pada masa itu baginda baru hendak berhijrah ke Madinah dan agama Islam masih kerdil, sedangkan kerajaan Parsi pada masa itu adalah satu kuasa dunia ! Perbezaannya seperti langit dengan bumi. Tetapi Rasulullah tetap yakin dengan masa depan Islam bahawa Islam akan berkuasa, maka beliau berani menjanjikannya kepada Suraqah.
Janji Rasulullah SAW memang benar. Kerajaan Parsi akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam di zaman Khalifah Umar Al-Khatab. Saidina Umar dengan linangan airmata kegembiraan dan tanda terharu betapa benarnya janji Allah dan RasulNya menyerahkan gelang kebesaran kerajaan Parsi tersebut kepada Suraqah b Malik sambil berkata :
"Alhamdulillah yang merampasnya (gelang kebesaran) dari Kisra (maharaja) yang mengaku dirinya tuhan dan memakainya kepada Suraqah bin Malik".

Seterusnya Rasulullah berjanji bahawa Islam akan dapat menawan Konstantinople (sekarang dikenali sebagai Istanbul di Turki). Konstantinople adalah bandar strategik kerana ia merupakan jalan masuk ke Eropah. Sesiapa yang menguasainya bermakna menguasai Asia dan Eropah sekaligus. Baginda juga memberi pengiktirafan kepada tentera yang berjaya menawannya sebagai tentera terbaik dan pemimpinnya merupakan pemimpin yang terbaik. Janji Rasulullah SAW tidak pernah dimungkiri, semuanya tetap berlaku. Sultan Muhammad Al-Fatih telah berjaya menawan Konstantinople dan sekaligus merancakkan lagi penyebaran agama Islam ke benua Eropah.

Jelas, janji-janji Allah dan Rasulnya memang tepat dan dikotakan. Sesungguhnya di sana terdapat janji Allah yang lebih besar dan penting kepada kehidupan insan. Janji yang pasti !!! Allah dan RasulNya telah menjanjikan kehidupan di dunia dan akhirat yang gemilang bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan kehidupan yang sukar di qubur dan neraka bagi mereka yang ingkar.

Apakah tindakan kita ke arah itu ? Percayakah kita kepada janji Allah tersebut ? Buktikannya dengan teori dan praktikal !!!

Kenapakah kita terlalu kedekut untuk membeli pahala yang dijanjikan oleh Allah ?
Apakah kita 'segan' untuk mendiami Syurga Allah ?
atau lebih selesa tinggal di neraka ?
Kita suka kubur yang luaskah atau yang sempit ?


InsyaAllah..

Barakallah..

Wassalam..

3series



Tahun ini, sedar tak sedar usiaku dah meningkat ke angka 3. Dah 30 tahun aku tahun ini rupanya yer. Tak terasa pun masa berlalu. Rasa baru semalam aku baru 20 tahun. Pertma kali jejak kaki kat U. Dok kolej, ke kuliah, hari sabtu ada Ko-K, petang-petang lepak ngan kawan-kawan kolej. Malam makan sama-sama kat cafe. Swekarang semuanya dah berubah 360 darjah. Tiada lagi alam remaja, tiada lagi kuliah, kawan-kawan U dulu pun setakat SMS dan bertanya khabar kat FB jer. Nasib baik gak ader FB, tau gak la perkembangan diorang. Sekarang masing-masing dah ada keluarga sendiri, masing-masing ada urusan kerja sendiri yang perlu diselesaikan.
Selama hidup ini aku rasakan dah banyak asam garam kehidupan aku lalui. Dari zaman sekolah rendah, menengah, Universiti, pekerjaan, perkahwinan, dan kini mendapat cahata mata.

Zaman sekolah rendah dan menengah aku biasa jer, tk ada yang menarik pun pada diri aku nie. Ada tiada aku tak memberi kesan apa-apa pun. Bukan lah best student, best atlet atau pelajar kesayangan cikgu ker. Keputusan peperiksaan aku pun tiada yang boleh dibanggakan.

Beralih ke zaman Universiti memang suatu yang baru dalam sejarah hidupku. Tidak terjanggka aku akan masuk U. Pada mula aku mendapat tawaran belajar di U dulu aku menolaknya. Sehingga aku dapat tau hampir semua classmate aku masa di tingkatan 6 masuk U yang sama. So aku pun tak la rasa keseorangan sangat. Bukan dekat tu nak berhijrah ke Utara.. UUM.. Sama seperti zaman sekolah aku gak la, kat U pun aku bukan lah aktif sangat, tak adda la bijak sangat pun.. keputusan peperiksaan pun sekadar cukup makan jer. Aku habiskan masa 4 thun lebih kat U, bukan apa, aku ambik cuti semester untuk bekerja di KL.
Beralih ke alam pekerjaan aku memang teruja bila dapat pendapatan sendiri. Bekerja dengan sebuah syarikat IT di Subang Jaya yang menendalikan rangkaian komputer dan server. Lepas grade pun aku sambung bekerja balik di syarikat ni. Best sangat aku rasa bekerja di sana. Aku enjoy dengan kerja aku. Banyak tanggungjawab yang diberikan pun aku rasa enjoy jer, coz aku happy dengan apa yang aku lakukan. 3 tahun aku bekerja di syarikat ini akhirnya aku beralih ke syarikat lain pula, dimana kali ini aku adalah shareholder dalam syarikat. Kongsi ngan bekas pengarah syarikat dulu gak. Di sini aku sedikit tertekan lah, coz ada beberapa perkara yang aku tak berapa nak bekenan. ada sedikit salah laku dalam perniagaan pada salah seorang shareholder. Memandangkan aku tak nak perkara ini berlarutan dan mula menjadi semakin rumit, aku tarik diri.

Setelah itu aku dilamar pula oleh syarikat telekomunikasi terkemuka negara untuk menjadi Customer Support Representative atau CSR. Kerja syift uruskan masalah internet pelangan. 6 bulan jer aku bertahan. Bukan apa, masa tu aku dah kawen, wife aku mengandung. Jadi aku tak boleh la nak kerja syift yang terikat dengan masa kerja. Aku tinggal berjauhan dengan isteri aku, so kalau ada apa-apa kecemasan, atau kalau ada baby nanti, aku kena la menemati isteri aku di rumah terutamanya pada waktu malam.

Berhenti jer jadi CSR aku buat bisness sendiri. Aku bebas menentukan masa aku kerja dan cuti. Macam-macam la aku buat.. semua yang berkaitan IT, buat web, sistem, blog, server, cctv, alarm, network, elektrik, computer, notebook, printer, banyak lagi la.. dan yang terbaru, barangan baby dan kanak-kanak..
Aku akhiri zaman bujang aku pada usia aku 28 tahun. Perjalananku ke alam rumahtangga amat mudah dan dipermudahkan. Berkenalan dengan isteri aku pada bulan ramadhan 2009, berkawan dan saling mengenali. Awal tahun baru 2010 aku lamar dia, dia setuju, aku maklumkan pada kedua ibu bapa aku, mereka restu. Alhamdulillah. Bulan Jun kami bertunang. 4 bulan lepas tu kami nikah, pada tarikh keramat 10.10.10. dan pada hari ulang tahun aku ke 29, 14.11.10, kami raikan pernikahan kami di kampung aku, Kuching Sarawak. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Rumahtangga yang dibina tidak akan lengkap tanpa kehadiran cahaya mata. Tanggal 21 Julai 2011, lahirlah puteri sulung kami yang diberi nama Rif Marissa. Semoga dengan kelahiran cahaya mata ini akan menambah dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kami sekeluarga.


Walau apa pun, setiap tahun yang mendatang, maka kita sebenarnya semakin menghampiri hari akhir kita iaitu kematian. Kita semua tak tahu bila masa kita mengadap Illahi. Jangka hayat rakyat malaysia menurut Kementerian Kesihatan Malaysia adalan sekitar 70-80 tahun. Adakah kita akan mencapai angka itu nanti. Aku yang dah masuk angka 30 tahun nie kalau ikut ramalan jangka hayat KKM tu ada lagi 40-50 tahun lagi berada di dunia ini. Mungkin juga kurang. Siapa tahu?

Apa persiapan kita untuk bekalan menemui Illahi nanti. Mungkin sekarang kita sibuk merencanakan masa depan kita setelah bersara nanti. Adakah cukup duit pencen dan KWSP untuk menampung keperluan kita di hari tua nanti. Kita sibuk merencanakan masa tua kita. Memang tak salah, kerana ia merupakan perancangan untuk kita hidup dengan lebih selesa pada hari tua nanti. Tanpa mengharapkan ehsan dan bantuan daripada badan kebajikan mahupun saudara mara.


Pernahkan kita merancang bekalan untuk menemui Illahi nanti. Hari yang kita tak tahu bila akan tiba, mungkin juga hanya tinggal setahun lagi, sebulan, seminggu, ataupun masa kita cuma bersisa sehari sahaja lagi. Adakah cukup bekalan untuk kita menemui Illahi nanti? Amal apa yang akan kita persembahkan pada Allah nanti untuk memungkinkan kita mendapat rahmat dan syurga-Nya.


Mungkin kini kita boleh menilai kembali apakah bekalan yang selayaknya kita bawa untuk menemui Illahi nanti. Kehidupan di dunia ini hanya sementara, tetapi persiapan kita untuk hal dunia ini seolah-olah kita akan selamanya di dunia. Akhirat yang abadi, persiapan kita pula yang ala kadar untuk ke sana. Sehari ada 24 jam atau 1440 minit, berapa minitkah yang kita gunakan untuk sujud menyembah Yang Maha Pencipta.

Berusahalah seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi, Beribadah lah seolah-olah kita akan mati esok. Dengan itu kita akan dapat mengimbangi keperluan di dunia dan akhrirat.

Saya berpesan untuk diri saya, keluarga, sahabat, dan semua umat Nabi Muhammad di bumi ini.

InsyaAllah...

Barakallah..

Wassalam...
Setahun di 2012

2012, banyak andaian yang menyatakan akan berlakunya banyak bencana besar pada tahun ini. Tidak kurang pula ada yang menyatakan kiamat akan berlaku pada tahun ini. Sebagai umat Islam, kita kena percaya kepada Qada dan Qadar Allah. Segala nya hanya dari Allah, dan hanya Dia lah yang maha mengetahui segalanya.

Namun pada aku tahun ini amat mencabar pada diri aku. Aku harus berusaha dengan lebih lagi untuk merealisasikan cita-cita dan impian aku. Aku ada perancangan sendiri. Selama 10 tahun perjalanan hidupku sudah aku rencanakan. Ini adalah tahun kedua, bermula 2010. Aku harus menggunakan perancangan aku itu sebagai garis panduan untuk aku melakukan apa sahaja tindakan aku.

Banyak harapan besar aku letakkan dalam tahun ini. Banyak perkara yang harus aku lakukan, dan banyak juga tanggungjawab dan komitment yang harus aku pegang. Semua keputusan yang bakal aku lakukan haruslah berlandaskan perancangan aku dulu.




InsyaAllah..

Barakallah..

Wassalam..

Dairi Seorang Lelaki



Dairi penting pada aku untuk mencatatkan semua sekarah yang akan berlalu. Hari-hari yang bakal kita tinggalkan dan tak mungkin akan berulang semula harus ditatat dalam lipatan sejah peribadi. Banyak koleksi diari aku yang tersimpan didalamnya sejarah hidupku. Apa yang aku lakukan, kemana aku pergi, semuanya tercatat rapi. Dengan diari itulah aku dapat merenung kembali masa lalu aku. Suka, duka, gelak, tangis semuanya terpahat dalam diari aku.

Tahun ini aku sekali lagi menggunakan dairi islamiah untuk mencatat bait-bait kehidupan aku sepanjang tahun. Azam aku nak catatkan segalanya dalam dairi tu. Sebab tu aku beli yang besar sikit. Tahun lepas diari aku abang aku bagi, 2 tahun lepas syarikat insuran yang bagi. Tahun nie, tunggu punya tunggu, tak ade yang bagi, so kena la aku beli. Last minit aku beli kat kedai buku kat sini. Habis dah yang aku nak, aku ambik jer la aper yang tinggal kat kedai tu.

Itu lah kisah aku dengan dairi aku. Seperti biasa, aku akan bawa kemana pun dairi aku, mana-mana aku pergi pun akau akan bawa jer. Senang nak tulis apa-apa. Walaupun sekarang boleh guna organizer dalam handphone sebagai dairi, tapi aku lebih selesa menggunakan yang traditional ini.




Apa yang aku harapkan, bila aku tiada nanti diari aku akan menjadi sumber yang menceritakan sejarah hidup aku. Walau tak seindah mana, tak sesempurna mana, namun itulah isi hatiku..

Insyaallah..

Barakallah..

Wassalam..

Wajah putih berseri...

Sekarang nie kan, banyak sungguh la krim pencerah diiklankan kat TV, majalah, radio, surat khabar, internet, dan media-media lainnya. Kenapa yer nak cerahkan sangat kulit tu. Tak suka ker dengan apa yang Allah dah kurniakan. Hitam sangat ker, hodoh sangat ker kalau kulit tak cerah.




Semua orang sibuk nak cerahkan wajah, tak kira lah lelaki atau perempuan. Ada saja krim untuk diorang kan. Fair&lovely, loreal, garnea, nivea, vaselin, dan macam-macam lagi la. Penting sangat ker wajah putih berseri nie.






Apa yang aku nak kongsikan sebenarnya satu rahsia wajah putih berseri tanpa kos untuk membeli krim pencerah, berjemur la tengah panas terik pun tak kisah. Siapa yang akan dapat wajah yang putih berseri nie, yang pastinya para syuhada. Wajah mereka akan putih berseri di hadapan Allah di Akhirat nanti. Apa kena mengena dengan kita? Bagaimana kita nak dapatkan wajah seperti para syuhada ini? Senang jer, dengan berwudhu 5 kali sehari. Semasa basuh muka tu, lepas niat, doa lah pada Allah, Ya Allah, putihkanlah wajahku di akhirat nanti sebagaimana Kau putihkan wajah para syuhadaMu.. InsyaAllah..




Itu lah putih berseri yang sebenar-benarnya. Krim yang dijial di pasaran tu semuanya plastik, berseri di dunia sahaja, di akhirat camana? Berseri gak ker dengan krim tu?
Apa yang penting, berseri pada pandangan manusia atau pada pandangan Allah?
Tepuk dada tanya Iman.. jangan tanya Aiman, Aiman memang tak kisah jer..

InsyaAllah...

Barakallah...

Wassalam...

Jejaka Ketiak

Assalamualaikum...

Ada tengok tak iklan 2 orang perempuan naik kereta pastu tayar kereta dia pancit. Yang ketiak hitam tu lambai tak ader pun yang berenti nak tolong. Pas tu yang ketiak putih tu koyakkan lengan baju dia nak tunjukkan ketiak dia putih tu. Lambai jer dia tu dengan ketiak putinnyer berduyun lelaki berenti tolong tukar tayar kerata dia. Hanya semata-mata kerana KETIAK.. macam-macam la iklan sekarang nie. Yang lelaki tu pun nak jugak ambik job wat iklan tu. dah tak ader job sangat kot, terima jer la job ketiak kan. Tolong kerana ketiak je... Subhanallah..

Barakallah...

Wassalam..

Thursday 12 January 2012

Rahsia Suami Yang Sering Isteri Abaikan




Wahai wanita, di sini sebagai lelaki ingin berkata sesuatu. Tahukah korang yang lelaki suka perempuan yang seksi? Tapi tahukah isteri, suami sukakan isterinya menutup aurat an hanya seksi untuk dirinya. Dan dia lebih menghargainya begitu.

Wahai wanita, tahukah kalian yang lelaki sangat suka bila kalian manja-manja dengan dia? Tapi wahai isteri, tahukah kamu yang suami-suami kamu sangat manja sebenarnya. Dan mereka sebenarnya sangat suka dimanja-manjakan. Di tanyai oleh kamu “Hai abang… kenapa muyuk2 niey…?” “Hai abang…puyut abang cam niey pun nampak tomeyy laaa..” Cam kucing, mereka nih suka sangat di belai-belai.

Wahai wanita, mahu tak kalau dibukakan satu rahsia mengenai lelaki? Lelaki ini sebenarnya sangat lemah dengan air mata kalian. Tetapi isteri-isteri semua, jangan takut untuk menangis kerana air mata kalian bagi suami-suamimu adalah kekuatan buat mereka. Kerana airmata kamulah suami bisa bangkit berjuang kembali disaat mereka rebah jatuh kecewa.

Wahai wanita, tahukah kamu yang lelaki takut pada perempuan yang gemuk? Walaupun pada hakikatnya yang mereka juga bulat macam buah nangka masak? Dan wahai isteri, kalian sebenarnya tidak perlu risaukan bentuk badan sangat kerana suami suka memeluk anda, kerana anda wangi dan mereka suka mencium kamu, kerana rambut kamu yang sentiasa rapi (tidak kusut masai dan mengerbang-gerbang)

Jadi jagalah kebersihan diri dan selalulah mandi. Walau pun kadang-kadang para suami ni pun bukanlah wangi semanjang, kadang tur kitorang pun hapak juga. Hahahaha…

Tahu tak wanita yang lelaki suka kalian pakai jarang-jarang, dan singkat-singkat. Mereka suka tengok, kalau dapat mereka gatal nak pegang. Tapi percayalah, yang mereka tidak akan sekali-kali menjadikan anda pilihan no satu untuk dijadikan isteri. Wahai isteri, tahu tak kamu semua aper kenyataan yang sebenarnya apabila suami anda memberi komenter pada pakaian anda..?

Contoh: Hisk…!!! Pegi salin laa baju lain. (sebab seksi sangat).” Sebenarnya mereka suka sangat tur, tapi mereka nih spesis yang tak leh berkongsi apa pun dengan orang lain. Sebenarnya mereka tidak mahu orang lain lihat yang isterinya sangat menarik. Jadi pandai-pandailah kalian menyakinkan mereka yang permandangan yang sangat indah itu hanya untuk mereka sahaja, pasti suamimu akan lebih betah di rumah dari di kedai mamak.

Wahai wanita, kamu nak tahu tak bila kalian berkata “ aku tak nak kacau dialah, aku nak bagi ruang pada dia. Itu privasi dia” sebenarnya kamu meletakkan hubungan kamu dalam bahaya. Kerana lelaki sangat suka perempaun yang merengek-rengek dengan dia. Berbeza pula dengan suami, jangan sekali-kali isteri merengek-rengek yang bukan-bukan sewaktu suami sedang melakukan sesuatu yang pada pendapat mereka itu satu pekerjaan yang penting. Contoh sewaktu siaran langsung liga juara-juara Eropah…? Hahahahhaa..

Wahai wanita. Tahu tidak sifat pak turut kalian hanya merendahkan nilai kalian disisi lelaki? Namun bagi seorang isteri pula sifat itu sangatlah penting. Itu melambangkan bertapa setianya kamu dengan suamimu. Tapi bukan bermakna kamu akan membiarkan mereka melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Mereka(suami-suami) ini perlukan kamu untuk memberi penilaian dalam membuat keputusan.

Satu lagi wahai wanita dan isteri. Baik sebelum kamu menjadi isterinya atau sesudah menjadi isteri mereka, janganlah kalian memakai mekap yang tebal-tebal, sampai nampak berkilat-kilat muka. Sampai kalau berpeluh meleleh-leleh macam air susu… Yarkkkk!!!! =P.

Cukup la badan tak bau busuk, bibir tidak nampak lebam dan pucat. Kalau tidak jangan salahkan suami-suami kalian kerana jarang mencium pipi kamu. Dan jangan mengerutkan kening kamu semua bila boyfriend korang menyeberang jalan tanpa memegang tangan korang. Laju jer dia jalan, seolah-olah tak mahu ada kaitan aper-aper ngan kamu. Dia malu la tur dengan mekap yang dah macam opera cina.

Wahai wanita semua, andai kata adik korang datang menyibuk sewaktu teman lelaki korang datang bertandang kerumah dan minum petang disana. Jangan sekali-kali korang menengking adik korang depan dia. Sebab itu akan membuatkan mereka berhenti untuk melangkah lebih jauh dalam perhubungan kalian.

Dan wahai isteri-isteri yang cantik akhlak semua. Jangan kamu memarahi anak-anak kamu dengan suara yang nyaring dan gertakan-gertakan yang menakutkan. Kerana suami-suami sangat sensitif akan keadaan ini sebenarnya. Walaupun pada pemerhatian kamu mereka seolah tidak mengambil pusing. Tapi sebenarnya mereka sangat sakit hati ketika itu. Kalaulah kalian itu bukan ibu-ibu kepada anak-anaknya, mungkin kalian telah makan penampar dari pagi-pagi buta lagi dah.

Satu perkara yang selalu diabaikan oleh perempuan bila mereka bergelar isteri. Suami kamu sebenarnya suka kalau kamu nakal dengan mereka. (Bagaimana? Kena baca artikel 18SX!) huhu. Tahu mengapa? Sebab lelaki ini, sama ada dia lelaki, suami atau ayah. Mereka tetap nakal sampai bila-bila. Jadi imbangilah kenakalan mereka. Dan dalam hati mereka pula, mereka, lelaki ini sangat lambat tuanya. ‘Forever Young’. Hehehee…..

Pandanglah Pasanganmu dengan Kesempurnaan.






Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen..…Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti.Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.

Si isteri : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.

Si suami : Untuk apa semua itu

Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya

Si suami : Emmm…Baiklah

Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja.

Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di
ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing

Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut..

Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun
dalam diam ada hati yang terluka..

Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti.

Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah. ..

Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya.


Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya.

Si isteri : Sekarang giliran abang pula..

Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya,

Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini..Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang.

Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang.

Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG…….

Si isteri tidak terkata apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada.Si isteri menangis di dada suaminya..Memohon keampunan… ….

Seorang suami apabila memandang dgn kasih sayang dan isteri pun memandang dgn kasih sayang maka ALLAH memandang kedua2nya dgn pandangan kasih sayang…bila suami memegang telapak tangan isterinya maka dosa2 kedua2nya berguguran dr celah jari tangan keduanya… (HR. Rafii)

Lawati blog terbaru saya....



http://mydearshops.blogspot.com/

Monday 9 January 2012

Permata Hatiku...


Assalamualaikum....

Mingggu lepas aku pertama kali meninggalkan anak aku, Marissa... selama ini aku memang tak pernah berpisah dengan Marissa, paling lama pun masa dia kat rumah pengasuh or masa aku keluar kerja.. Kali ini aku terpaksa ke KL atas urusan kerja selama sehari.. walaupun cuma sehari, aku rasakan lama sangat tu untuk berpisah dengan Marissa.. Rindu rasanya.. tak pernah aku tidur malam tanpa Marissa disebelah aku.. Malam tu aku cuma bertemankan gambar Marissa yang ada dalam handphone aku jer..

Keesokan harinya setelah selesai urusan kerja, aku terus bergegas balik ke Pahang. Seronok rasanya dapat berjumpa Marissa..


Selang sehari jer aku terpaksa ke KL lagi kerana ada tempahan dari luar negara.. sekali lagi aku kena berpisah dengan Marissa.. keadaaan sama ku alami.. cuma bertemankan gambar Marissa dalam handphone jer malam tu.. esoknya aku cepat-cepat uruskan kerja aku. Amat tak ku duga, aku terpaksa berasa di KL untuk sehari lagi kerana ada masalah menghantaran dengan pihak courier..

Dua hari aku di KL sendirian, selesai jer urusan aku di KL, aku terus bergegas balik.. Indahnya hidup ini aku rasakan bila jumpa Marissa.. Senyuman dan elak tawa nya membuatkan aku rasa akulah insan yang paling bahagia di dunia ini...



Tadi aku terima panggilan dari kawan lama bos aku, aku lepas nie mungkin akan kerep ke KL.. Demi untuk mencari rezeki untuk menyara keluarga, aku akan cuba dedaya-upaya selesaikan apa jua kerja aku dengan dedikasi agar aku tak lama sangat berpisah dengan Marissa nanti...

Sayang Marissa...




Barakallah...

Wassalam...

2012



Tahun ini aku harapkan akan memberikan sesuatu yang bermaknabisa merubah segalanya. Azam ku mudah jer, kembalikan kegemilangan 2008. Ada apa dengan 2008? Hanya aku yang tahu..

Permulaan tahun ini yang aku rasakan cukup indah dengan perkabaran gembira dari banyak sudut dalam perniagaan, kewangan, peribadi dan keluarga. Keadaan ini cukup meyakin kan aku bahawa tahun ini boleh menjadi tahun terbaik dalam hidupku.. Inijuga memberikan aku semangat untuk terus berusaha mencapai azam can cita-cita aku...

Planning 10 tahun aku yang bermula tahun 2010 insyaAllah akan aku cuba sedaya upaya untuk laksanakan. Perancangan sebagai garis panduan untuk aku meniti perjalanan masa depan. Aku juga akui kerana erancangan aku tahun 2000 dulu aku adalah aku sekarang, dan tak mustahil jugak perancangan aku tahun 2010 akan menentukan siapa aku 2020 nanti...

Baru jer bermula tahun ini, aku pun tak boleh nak berceloteh banyak sangat, apa yang penting... USAHA SENDIRI la.. KERJASAMA dari rakan, SOKONGAN dari keluarga, dan SEMANGAT yang tak pernah padam.. Jangan lupa jugak, DUIT. Sentiasa DOA pada Illahi, USAHA tanpa jemu, IKHTIAR semampunya, dan TAWAKAL atas segala ketentuan ILLAHI...

Apa pun yangterjadi, ingat cuma 1.. Perancancangan ALLAH adalah sebaik-baik perancangan dan ALLAH hanya menjanjikan yang terbaik buat hambanya..

Barakallah...

InsyaAllah...

Wassalam...

Kiriman Antarabangsa...


Baru-baru ini aku menerima panggilan dari seorang warga Brunei, Puan Nana. Pn Nana nie nak beli kereta mainan untuk anak dia berumur 10 bulan dan mintak aku poskan ke brunei. Tanpa ragu-ragu aku pun cari la courier yang paling murah untuk hantarkan barang puan Nana nie. Dapat la aku qoutation dari Citylink, hantar barang seberat 21 kg ke Kuala Belait, Brunei hanya RM 380. Aku pun setuju la.. aku pun apa lagi dengan konfiden nya memberikan quotation kat Pn Nana.

Bila Pn Nana dah buat pembayaran terus ke akaun aku, aku pun dengan bersemangatnya ke Warehouse ambik barang, test kereta tu dan terus ke Courier Office la.. alangkah terkejutnya aku bila dapat tau kos dia tu mencecah RM1400!!! Dengan alasan saiz kotak aku tu terlalu besar dan makan ruang dalan flight nanti.. aku tak puas hati, aku cuba dap[atkan Courier lain..

Aku Call Poslaju, dalam telefon operator tu kata cuma RM480 boleh sampai ke brunei dah, aku pun apa lagi, terus jer la cari pejabat pos laju terdekat untuk hantar barang aku tu. Memandangkan aku baru berurusan dengan Poslaju, makanya aku tak tahu la kat mana pejabat dia kat Puchong nie. Aku dapatkan no telefon dari hotline poslaju untuk tanya tempat dia la..

Memang agak bengang gak la bila aku call tak di jawab, ada dua no aku cuba, namun kedua-duanya sama. Dekat 2 jam aku call hanya nada panggil dan sibuk jer yang aku dengar. Tak puas hati dengan keadaan itu, aku call la Poslaju Shah Alam, nasib baik la orang shah alam nie tau mana tempat pos laju diorang kat Puchong nie. Akhirnya jam 3.30 petang aku sampai ke poslaju puchong.


Kisah penghantaran aku tak habis disini.. mula-mula aku nak pastikan kos, masa penghantaran dan saiz kotak aku boelh lepas tak kan.. diorang kata OK.. aku pun bawa la masuk kotak tu, dah masuk tu masing-masing kata terlalu besar, tak boleh bawa, kena caj tambahan.. bila dikira-kira kena bayar dalam RM1200 untuk hantar ke Brunei.. Memang pada aku kos tu ahak mahal dan tak masuk akal. Aku keluar dan cari courier lain.




Berdekatan dengan Poslaju tu ader Nationwide express. Aku pun tanya la, diorang kata untuk courier ke Brunei kos dia dalam RM550. Aku tak bawa kotak aku tu lagi, aku mintak pekerja dia keluar tengok sais kotak aku sebelum betul-betul aku nak decide guna Nationwide nie.. Dia pastikan boleh hantar dengan kos RM 550.
Aku Call puan Nana maklumkan bahawa kos dia lain dah sebab sais kotak tu agak besar.. Nasib baik la Puan Nana nie baik hati dan faham dengan keadaan aku kan, dia pun bayar la balance untuk aku poskan barang dia tu..

Keesokan harinya aku dengan riang hati la ke Nationwide ofice bawak kotak tu, bayar dan balik dengan riang... Hari tu gak aku maklumkan kat Puan Nana ref no kotak tu dan alamat pejabat cawangan Brunei.

Aku ingat settle dah la, esok nya pulak ader la orang Nationwide call aku cakap barang tu sangkut kat KLIA sebab saiz dia besar sangat dan kena caj tambahan pulak.. dengan rasa bersalah aku call Puan Nana maklumkan hal ini. Kos tambahan tu dalam RM780 gak la.. Memang aku rasa serba salah nak bagitau Puan Nana, takut nantu dia kata aku sengaja nak untung lebih kan.. tapi aku terpaksa bagitau gak keadaan ini.. tak kan aku nak tanggung kos tu kan, dah la untung pun tak seberapa..
Aku Call Puan Nana bagitau situasi barang tu kat sini.. nasib baik la Puan Nana faham keadaan ini, dia pun setuju nak bayar kos tambahan tu..

Sekarang Alhamdulillah tak ade pun nationwide call or Puan Nana call pasal barang tu dan aku anggap dah selesai, namun aku kena follow up gak la pasal barang tu nak pastikan ia sampai pada masanya..

Akhir sekali aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kat Puan Nana sebab faham keadaan yang berlaku. Aku pun pertama kali hantar barang ke luar negara yang sepatutnya mudah tapi memandangkan saiz barang aku terlalu besar, ia jadi rumit pulak..



Semoga Puan Nana dapat barang tu dengan selamat dan anak dia dapat bermain dengan kereta tu nanti yer... Semoga Puan akan sentiasa dirahmati, dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah.. InsyaAllah..

Barakallah..

Wassalam..

Selamat Tahun Baru 2012


Assalamualaikum...

Mungkin agak terlambat untiuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru ini kan. Nak buat camana, kekangan masa dan keadaan yang membuatkan aku agak sibuk kebelakangan ini.
Apa-apa pun, semoga 2012 ini akan memberikan sinar baru buat kita semua, menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna, dan bermanfaat untuk kita tempuhi..

Tidak seperti orang lain, aku tak ader pun sambut tahun baru kat mana-mana tempat, aku lebih selesa untuk menyambut nya di rumah bersama keluarga. Agak rimas la aku bersesak-sesak dengan orang ramai di Dataran Merdeka ke, KLCC ke, Pavilion ke, pantai-pantai peranginan ker kan.. baik duduk rumah, tengok TV dengan keselesaan di rumah sendiri... Apa pun cara kita menyambutnya, itu terpulang lah kepada keselesaan masing-masing.

Banyak yang aku rancanakan pada tahun ini,antaranya nak mengembalikan kegemilangan perniagaan aku pada tahun 2008. Bukan dejadar di atas kertas, aku dah mulakan sejak bulan desember tahun lepas lagi, dan hasilnya, Alhamdulillah... aku dah nampak la walaupun baru bermula...

Aku doakan kalian pun begitu jugak la.. semoga kita sama-sama berjaya dan bahagia di tahun baru ini

Barakallah...

Wassalam..

Coretan popular