Pages

Saturday 30 June 2012

Renungan....


Friday 29 June 2012

6 Tersembunyi...




''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... Allah always with us.

Monday 25 June 2012

3 Hal dalam hidup

3 Hal dalam hidup ƴg tak bisa kembali

1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal ƴg dapat menghancurkan hidup seseorang :

1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ada 3 Hal yg tak boleh hilang :

1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :

1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

 


Ada 3 Hal dalam hidup ƴa tak pernah pasti :

1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal ƴg membentuk watak seseorang :

1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal ƴg membuat kita sukses :

1. Tekad
2. Kemauan
3. Fokus

Ada 3 Hal ƴag tak pernah kita tahu :

1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh .

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup ƴg PASTI :

1. Tua
2. Sakit
3. Kematian .

By: Ustaz Nasir

Miniman Dalam Tin.... AWAS!!!



PENTING DAN HARUS DIBACA jangan padamkan pesan ini sebelum memanjangkan pada yang lain..

Pada Hari Minggu Satu Keluarga bertamasya dengan membawa beberapa minuman tin.Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di Ruang Intensive Care Unit. Dia meninggal pada hari Rabu.

Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terinfeksi urin tikus yang sudah mengering yg mengandungi leptospira.
Sangat dianjurkan agar membilas secara merata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin-tin disimpan dalam gudang dan langsung diantarkan ke kedai-kedai runcit tanpa dibersihkan.

Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih terkontaminasi dibandingkan toilet umum (penuh kuman dan bakteria.)
Jadi, bersihkan dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan total.

Thursday 21 June 2012

Mengapa Kamu Sombong...


Suami Yang Mahal..


Aurat Wanita


Persiapan Ramadhan


Ujian...


Ustaz Don...


HATI














Renung-renungkan.....

Imam Syafie pernah berkata "Aku tidak pernah makan kenyang sejak berumur 16 tahun, kerana banyak makan itu akan memberatkan badan,mengeraskan hati, mengurangi kecerdasan dan menumpulkan otak, suka tidur dan melemahkan kemahuan untuk beribadah.


Kata Imam Syafie lagi, “ Aku tidak pernah bersumpah seumur hidupku, baik untuk kebenaran mahupun tidak".

Katanya lagi, “Jika aku dicaci maki oleh orang, itu petanda bahawa darjatku akan bertambah. Suatu ketika aku pernah dihina oleh seseorang, namun aku takmenghiraukannya. Mereka semakin bodoh, dan aku semakin bijak. Ibarat kayu cendana,semakin hangus dibakar, semakin harum baunya.”

Monday 18 June 2012

IMAM AS-SYAFIE RAHIMAHULLAH

RIWAYAT HIDUP.
A) Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad b. Idris. Nama ibunya ialah Fatimah Al-Azadiah bt Abdullah b. Hasan b. Ali b. Abi Talib.
B) Beliau digelar As-Syafie sempena nama datuknya Syafie b. Saib.
C) Beliau dilahirkan pada tahun 150 hijrah bersamaan 767 masihi di Ghazzah, Palestin.
D) Beliau adalah Imam mazhab yang empat iaitu pengasas "Mazhab Syafie".
E) Beliau berasal dari keturunan Rasullah s.a.w pada sebelah datuknya, Abdul Manaf (datuk ketiga Nabi Muhammad s.a.w adalah datuk ke sembilan Imam Syafie.)
F) Beliau meninggal dunia pada tahun 204 hijrah bersamaan 820 masihi,ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah, Mesir.

SIFAT PERIBADI BELIAU.
A) Ketinggian akhlak
      a) sangat memuliakan guru-gurunya.Pernah digelar "tongkat Malik" .         
      b) sangat pemurah.
      c) beliau telah menolak jawatan kadi di Yaman pada masa            
          pemerintahan Khalifah Harun Al-Rashid
.
B) Ketinggian ilmunya
       a) Imam Syafie berjaya membendung fahaman-fahaman yang
           mempengaruhi umat islam.
       b) membahagikan masa hidupnya satu pertiga untuk beribadat,
           satu pertiga untuk berehat, satu pertiga untuk kerjaya.
 
KELEBIHAN IMAM AS-SYAFIE.
A) Semasa beliau dalam kandungan, ibunya bermimpi keluiar bintang dari perutnya dan memancarkan cahaya.
B)  Beliau dapat menghafaz Al-Quran ketika berusia 9 tahun.
C)  Mempunyai suara yang merdu, pandai bersyair dan bersajak.
D)  Beliau pernah berjumpa dengan Rasullah dan beliau tidak pernah makan sampai kenyang selama 16 tahun.
E)  Beliau seorang kuat ingatan, berakhlak tinggi dan bermain panah.

IMAM AHMAD HANBAL RAHIMAHULLAH.



Riwayat hidup.
A) Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Ahmad b. Muhammad b.
     Hanbal b. Hilal As-Syaibani.
B) Beliau berketurunan Nabi sebelah nenek yang bernama Nazar b.
     Maad b. Adnan.
C)  Beliau dilahirkan pada 164 hijrah bersamaan 780 masihi. 
D)  Seorang ahli sunnah yang terbesar, Saleh dan Zuhud dianggap
      ( Mujaddid ) bagi abad ke 3 hijrah.
E)  Beliau meninggal dunia pada 241 hijrah bersamaan 855 masihi ketika
     berusia 77 tahun.
D)  Merupakan pengasas Mazhab Hambali.

SIFAT PERIBADI.
A) Sangat taat kepada gurunya dan tidak suka bercakap banyak.
B) Mempunyai daya ingatan yang kuat sehingga dapat menghafal hadis
     lebih banyak daripada orang lain.
C)  Suka memaafkan kesalahan orang lain.
D) Telah dipenjara dan didera kerana enggan mengakui pendapat
      Muktazilah bahawa Al-Quran adalah makhluk Allah.
E)  Beliau berjiwa besar, Zuhud dan tidak terpengaruh dengan
     kemewahan hidup.

KEISTIMEWAAN BELIAU.
A) Berminat dengan pelbagai ilmu pengetahuan seperti hadis, fikah dan
     ilmu Al-Kalam.
B) Digelar Al-Hakam kerana dapat menghafaz lebih daripada 700 000
     hadis.
C)  Kuat beribadat dan pernah bersembahyang 300 rakaat semalaman
     dan seminggu sekali khatam Al-Quran.

SUMBANGAN BELIAU.
A) Karangan beliau yang termasyhur ialah kitabnya Al-Musnad.
B) Menghasilkan tafsir Al-Quran, kitab An-NasihWal Mansuh, Taatur
    Rasul, Al-manasik, Al-kabir, Wal manasik Al-saghir.
C) Mazhab Imam Ahmad iaitu mazhab Hanbali berkembang di Baghdad,
    Mesir dan Syria.    
D) Menyebarkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
E) Fatwa sahabat dianggap penting selepas Al-Quran dan As-Sunnah
    selepas itu barulah Kias.

IMAM ABU HANIFAH RAHIMAHULLAH

RIWAYAT HIDUP

A) NAMA SEBENAR IMAM ABU HANIFAH IALAH NOKMAN BIN THABIT. BELIAU BERKETURUNAN PARSI.
B)BELIAU DIGELAR HANIFAH KERANA;
    1)beliau mempunyai anak lelaki bernama hanifah ,lalu beliau digelar abu hanifah (bapa hanifah)
    2)beliau seorang yang kuat beribadat kepada allah.oleh itu digelar hanifah yang bermaksud cenderung dalam agama.
    3)beliau sangat rajin menulis ilmu-ilmunya.beliau rajin membawa tempat dakwat (dalam bahasa arab bermaksud hanifah), ke mana sahaja.
c) beliau dilahirkan pada tahun 80 hijrah bersamaan 699 masihi di kufah,iraq, semasa pemerintahan khalifah bani umaiyah, abdul malik bin marwan.
d)bapanya bernama thabit bin zuta ialah seorang saudagar .oleh itu, abu hanifah menurut jejak langkah bapanya menjadi saudagar menjual batu ubin yang dihasilkan sendiri.

KELEBIHAN IMAM ABU HANIFAH.

a) abu hanifah sangat berminat kepada ilmu pengetahuan. beliau sangat rajin mempelajari ilmu-ilmu yang belum diketahuinya dan mengajarkannya kepada orang lain.
b) beliau terkenal sebagai seorang yang kaya dan berilmu tetapi dermawan,amanah serta kuat beribadat.
c) beliau sangat bijak berebahas untuk mencari kebenaran.beliau terkenal dengan kepintaran mengeluarkan hukum apabila dikemukakan permasalahan kepadanya.imam syafie sewaktu ditanya mengenai abu hanifah : "tidak ada wanita yang dapat melahirkan seorang anak yang bijak seperti abu hanifah".

pendidikan.
a) Aabu hanifah lahir kira-kira 70 tahun setelah kewafatan nabi.oleh itu, beliau sempat bertemu dan belajar daripada beberapa orang sahabat nabi yang masih hidup. antaranya ialah anas bin malik, abdullah bin abi ufa,sahal bin abi saad,dan lain-lain lagi.
b) beliau mempelajari ilmu daripada kira-kira 200 orang guru,termasuk para sahabat dan tabiin.
c) beliau mempelajari ilmu al-quran dan menghafaz al-quran serta hadis-hadis. beliau juga mahir dalam ilmu sastera,serta ilmu usuludin (tauhid).

ketinggian akhlak
a) abu hanifah sangat menghormati guru. beliau sering memberi hadiah kepada guru-gurunya.
b) BELIAU JUGA SEORANG YANG SANGAT PEMURAH.JIKA MEMBELI BARANG, IA AKAN MEMBAYAR DENGAN HARGA YANG MAHAL SUPAYA PENJUAL MENDAPAT   HARGA YANG TERBAIK. TETAPI APABILA IA MENJUAL, IA AKAN MEMBERIKAN HARGA YANG MURAH UNTUK MERINGANKAN BEBAN SI PEMBELI.
C) BELIAU SANGAT MENJAGA MARTABAT DAN MARUAH DIRINYA SEBAGAI ULAMA.PERNAH BELIAU DIPUJUK UNTUK MEMEGANG BEBERAPA JAWATAN PENTING DALAM PEMERINTAHAN TETAPI SEMUANYA DITOLAK KERANA TAKUT DIRINYA DIPERGUNAKAN OLEH KHALIFAH-KHALIFAH UNTUK KEPENTINGAN MEREKA. APABILA BELIAU MELIHAT RAMAI ULAMA MENDEKATI KHALIFAH UNTUK TUJUAN-TUJUAN TERTENTU, BELIAU MENJAUHKAN DIRI DARIPADA ULAMA-ULAMA TERSEBUT.
D)BELIAU BUKAN SEORANG YANG PENDENDAM DAN SERING MENDOAKAN ORANG-ORANG YANG BENCI KEPADANYA.

ujian ke atas imam abu hanifah.
a) beliau pernah dipenjarakan oleh khalifah pada zamannya kerana menolak jawatan sebagai jurutulis surat-surat rasul dan menandatanganinya.
   ia berkata: "tidak mungkin nanti aku akan MENULIS SURAT UNTUK MEMANCUNG LEHER SEORANG ISLAM DAN MENANDATANGANINYA. DEMI ALLAH AKU TIDAK TURUT CAMPUR URUSANITU."
B) BELIAU PERNAH DIPENJARA DAN DISEBAT 100 ROTAN KERANA MENOLAK JAWATAN HAKIM DI KUFAH. IA BERKATA, "ROTAN INI LEBIH BAIK DARIPADA AKU KENA CEMETI ALLAH DI AKHIRAT."
C) SETERUSNYA, BELIAU PERNAH DIPENJARA LAGI OLEH KHALIFAH ABU JAAFAR AL-MANSUR KERANA ABU HANIFAH ENGGAN MENERIMA JAWATAN HAKIM DI BAGHDAD. DI DALAM PENJARA, BELIAU DISEKSA DENGAN PELBAGAI SEKSAAN.
    BELIAU KEMUDIANNYA DIBAWA MENGHADAP KHALIFAH ABU JAAFAR KERANA MASIH ENGGAN MENERIMA JAWATAN ITU WALAUPUN SETELAH DIPENJARAKAN. BELIAU DIBERI MINUM RACUN DAN DIBAWA BALIK KE PENJARA.
    APABILA MENEMUI AJAL, BELIAU SUJUD KEPADA ALLAH DAN TERUS WAFAT IAITU KETIKA BERUSIA 70 TAHUN DALAM BULAN REJAB 150 HIJRAH BERSAMAAN 767 MASIHI DAN DIKEBUMIKAN DI PERKUBURAN HIZRAN.

SUMBANGAN ABU HANIFAH.

A) BELIAU TIDAK SUKA MURID-MURIDNYA BERTAKLID, TETAPI DIGALAKKAN MENGGUNAKAN FIKIRAN ATAU DALIL-DALIL TENTANG SESUATU HUKUM.
B) BELIAU MERUPAKAN SEORANG ULAMA YANG   banyak berpegang kepada fikiran dalam menetapkan hukum  kecuali ada dalil-dalil yang kuat. inilah yang menyebabkan beliau tidak termasuk dalam golongan periwayat hadis.

IMAM MALIK RAHIMAHULLAH

RIWAYAT HIDUP
A) Nama sebenarnya ialah Malik bin Anas bin Abu Amar Al-Asbahi.
B) Beliau dilahirkan di Madinah pada 93 hijrah. Beliau berasal daripada keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat.
C) Datuk beliau ialah sahabat Rasullah. Ibu beliau Al-Aliah bte Syuraik.Ada riwayat yang menyebut bahawa beliau berada dalam kandungan ibunya lebih kurang 2 tahun.
D) Beliau wafat pada tahun 179 hijrah ketika berumur 86 tahun dan meninggalkan 3 orang putera dan seorang puteri.
E) Beliau adalah pengasas mazhab Maliki.

SIFAT PERIBADI.
A) Beliau mempunyai kecerdasan akal fikiran yang tinggi .Beliau menghafaz Al-Quran ketika masih kecil.
B) Imam Malik juga memiliki akhlak yang mulia, bersopan-santun, suka pakai pakaian yang mahal dan bersih serta bau-bauan yang harum.
C) Imam Malik suka bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan sangat benci pada perbuatan mencela sesama manusia dan sangat hormat kepada hadis-hadis Rasullah s.a.w.
D) Beliau merupakan seorang hartawan yang dermawan, menggunakan hartanya untuk menolong golongan yang susah.
E) Merupakan seorang ulama yang warak,taat,dan patuh kepada Allah serta kuat beribadat pada waktu malam. Beliau tabah menghadapi segala ujian yang menimpanya.

UJIAN KE ATAS IMAM MALIK
Beliau pernah disebat dengan cemeti hingga patah tulang belakangnya kerana mengeluarkan fatwa yang tidak dipersetujui oleh khalifah,iaitu isteri yang diceraikan secara paksa tidak jatuh talaknya.Beliau berkata,"Aku dipukul kerana mempertahankan kebenaran agama.Tidak ada baiknya bagi orang yang tidak dihukum kerana perkara benar."

PENDIDIKAN
A) Beliau banyak menimba ilmu pengetahuan di Madinah kerana pada masa itu Kota Madinah menjadi pusat pengajian ilmu, khususnya ilmu agama.
B) Beliau dapat mengingati 29 hadis daripada 30 buah hadis setelah mendengar gurunya menyampaikan hadis tersebut secara lisan.
C) Beliau telah belajar daripada 900 orang guru, sebahagiannya terdiri daripada ulama. Beliau pernah menuntut dengan ulama yang terkenal.Antaranya:
      *Ahli fikah-Rabilah b. Abd. Rahman.
      *Ahli hadis-Imam Nafi'Maula Ibn Umar.
      *Imam Ibnu Syaibah Azzuhri.
D) Berkat kerajinan dan usaha beliau dalam menuntut ilmu,akhirnya Imam Malik muncul sebagai salah seorang ulama fikah yang terbesar dan unggul di seluruh Madinah.

KEISTIMEWAAN.
A) Seorang yang kuat beribadat di waktu malam serta membaca Al-Quran kitab yang mengandungi hadis
B) Menghafaz Al-Quran dan hadis sejak dari kecil.
C) Beliau sangat berani mempertahankan fatwanya walaupun dihadapan seorang gabenor dan musuh islam.         

SUMBANGAN.
A) Kitab yang termasyhur ialah   "Al-Muwatta" iaitu kitab yang mengandungi hadis-hadis dan hukum.
B) Kitab-kitab karangan ulama-ulama Mazhab Imam Malik seperti:
      *Al-muhtasar Al-Kabir
      *Al-Muhktasr Al-Ausat
      *Kitab Al-usul
      *Ahkamul Quran
C) Mazhab Maliki berkembang di Moroco,Algeria,Tunisia,Iraq dan Palestin.

IMAM SYAFIE



Namanya Muhammad bin Idris lahir di Gazza, Palestin pada tahun150 hijrah. Ketika masih kecil ayahnya meninggal dunia lalu dibawa oleh ibunya berpindah ke Mekah. Kehidupan mereka sangat miskin namun beliau bersungguh menuntut ilmu. Ketika umurnya 7 tahun sudah hafal Al-Quran dan ketika berumur 10 tahun hafal kitab Hadis "Al-Muwathta" karangan Imam Malik. Dan ketika berumur 15 tahun sudah diizinkan memberi fatwa.

Ketika berumur 20 beliau, Imam Syafie pergi ke Madinah belajar dengan Imam Malik. Kemudian berangkat ke Iraq,menemui sahabat-sahabat Imam Abu Hanifah dan mengambil ilmu dari mereka.
Kemudian Imam Syafie meneruskan perjalanan ke Parsi dan Iraq selama dua tahun sebelum pulang semula ke Madinah. Tidak lama Kemudian beliau berpindah ke Baghdad. Pendapatnya selama di Baghdad dinamakan "Qaul Qadim" (pendapat lama).
Kemudian beliau berpindah ke Mesir dan fatwanya selama di Mesir dinamakan "Qaul Jadid" (pendapat baru).
Imam Syafie adalah lelaki yang dimaksudkan Rasulullah saw yang bersabda, "Seorang lelaki alim dari suku Quraisy yang ilmunyamemenuhi seluruh muka bumi".
Beliau membahagi malam kepada tiga bahagian, satu pertiga untuk beribadah, satu pertiga untuk menulis atau membaca dan satu pertiga lagi untuk tidur.
Imam Syafie khatam membaca Al-Quran setiap hari sekali khatam dan pada bulan Ramadan dua kali khatam.
Imam Syafie pernah berkata "Aku tidak pernah makan kenyang sejak berumur 16 tahun, kerana banyak makan itu akan memberatkan badan,mengeraskan hati, mengurangi kecerdasan dan menumpulkan otak, suka tidur dan melemahkan kemahuan untuk beribadah.
Kata Imam Syafie lagi, “ Aku tidak pernah bersumpah seumur hidupku, baik untuk kebenaran mahupun tidak".
Katanya lagi, “Jika aku dicaci maki oleh orang, itu petanda bahawa darjatku akan bertambah. Suatu ketika aku pernah dihina oleh seseorang, namun aku takmenghiraukannya. Mereka semakin bodoh, dan aku semakin bijak. Ibarat kayu cendana,semakin hangus dibakar, semakin harum baunya.”
Imam Syafie meninggal dunia pada hari Jumaat bulan Rejab 204 H, dan dikebukikan di Qarafah, Mesir. Beberapa tahun kemudian ada usaha hendak memindahkan kuburnya ke Baghdad. Ketika kuburannya digali mereka tercium bau yang sangat harum, mereka membatalkan pemindahannya.

KELAHIRAN RASULULLAH



Kelahiran Nabi Muhammad SAW menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa. Siti Aminah tidak berasa sakit semasa melahirkan anaknya. Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu menangis, tetapi Nabi Muhammad SAW tidak menangis, dia diam sahaja. Keadaannya seperti orang berfikir. Matanya bersinar-sinar seperti sedang melihat sesuatu. Kemudian dia bersin. Aminah pula berasa sangat gembira selepas melahirkan Muhammad bagaikan mendapat harta yang banyak.

“Pada malam Aminah melahirkan bayinya, saya berada di halaman rumahnya. Saya lihat rumah itu bermandikan cahaya. Bintang-bintang seperti sangat dekat, hingga saya bimbang sekiranya bintang itu jatuh di atas kepala saya,” kata Fatimah al-Thaqfiyah, jiran yang juga sahabat baik Aminah.

Menurut Fatimah al-Thaqfiyah lagi, apabila dia masuk ke dalam rumah Aminah, dilihatnya keadaan dalam rumah itu juga terang benderang. Dia hairan melihat Muhammad. Biasanya, bayi lahir terlentang, tetapi Muhammad lahir dalam keadaan tertiarap, kepalanya mendongak ke langit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-olah sedang mengucapkan sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-olah ada benda yang dipandangnya.

Kisah keganjilan Muhammad itu menarik perhatian jiran tetangga. Mereka datang ke rumah Aminah bagi melihat bayi yang dikatakan luar biasa itu. Akhirnya orang ramai tidak putus-putus mengunjungi rumah Aminah. Keadaan rumah itu juga tiba-tiba sahaja berubah. Rumah yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri dipandang serta menjadi tumpuan orang ramai.

Pada waktu malam pula, rumah itu terang benderang seperti sedang diterangi bulan purnama sedangkan ketika itu bulan tidak terbit. Kaum wanita pula amat suka melihat wajah bayi yang baru dilahirkan Aminah. Mereka terpesona kerana seolah-olah ada satu tarikan pada tubuh Muhammad.

(Petikan dari Novel HIJRAH)

KEWAFATAN RASULULLAH SAW





Setelah Nabi Muhamad SAW wafat maka para sahabat berbincang di mana mahu dikebumikan. Ada mencadangkan di kebumikan di Mekah, ada pula cadangan di kebumikan di Baitul Maqdis dan ada pula cadangan di perkuburan Baqik. Abu Bakar menemui isteri-isteri dan anak baginda bertanyakan apakah mereka ada mendengar wasiat daripada Rasulullah SAW di mana dikebumikan. Ternyata mereka tidak pernah mendengarnya. Lalu Abu Bakar as Siddiq berkata. “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa nabi-nabi itu dimakamkan di tempat mereka wafat.”

Dengan itu keputusannya jenazah baginda disemadikan di dalamn rumah Aisyah Kerana di situ baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jenazah baginda dimandikan oleh Saidina Ali, Al Abbas bin Abdul Mutalib, Usamah bin Zaid, Al Fadhal, Qustam dan Suqran.

Ketika sedang memandikan jasad yang mulia itu mereka tercium bau yang sangat wangi sehingga Saidina Ali berkata. “Tuan sangat harum baik ketika hidup mahupun setelah wafat."

Setelah salesai dimandi jenazah baginda dikafankan dengan tiga helai kain putih. Dua helai kain jenis Suhari buatan negerti Yaman dan sehelai lagi kain jenis biasa. Maqam baginda digali oleh Abu Ubaidah al Jarrah dan Abu Talhah al Ansari.

Jenazah baginda disemadikan pada malam hari khamis 15 Rabiul Awwal tahun ke 11 hijrah. Sejak itu makam Rasulullah SAW sentiasa dikunjungi orang ramai sehingga ke hari ini.

BULAN TERBELAH DUA

















Mukjizat adalah kejadian luar biasa kurniaan Allah kepada nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran mereka. Ilmu pengetahuan manusia tidak mampu menghuraikan bagaimana mukjizat itu berlaku kerana ia kuasa Allah SWT.

Bulan terbelah dua kemudian turun lalu masuk ke dalam jubah Rasulullah saw kemudian keluar dari lengan baju kiri dan kanan baginda sebelum bercantum semula benar-benar berlaku dan disaksikan oleh orang ramai termasuk Raja Habib dari Syam. Setelah melihat kejadian yang luar biasa itu ramai yang mendapat hidayah termasuk Raja Habib. Tetapi lebih ramai yang tidak percaya lalu mengatakan itu sihir Muhamad. Kisah ini ada diceritakan dalam novel Abu Bakar Sahabat Sejati bab 3 muka surat 32.

Peristiwa bulan terbelah itu disebutkan dalam al Quran.

“Telah hampir datangnya masa itu dan bulan terbelah. Dan setelah mereka melihat suatu tanda (mukjizat) mereka berpaling lalu berkata “Ini adalah sihir yang luar biasa” dan mereka mendustakannya dengan mengikut hawa nafsu sedang setiap yang berlaku ada ketetapannya.” (Surah al Qamar ayat 1-3)
Mengenai kisah bulan terbelah ada diceritakan dalam buku Mukjizat-Mukjizat Rasulullah, Kisah Menakjubkan Dalam Kehidupan Rasulullah, 33 Kisah Menarik Para Nabi-Nabi, kitab Nur Yaqin (jawi), Hikayat Nabi Bercukur dan Bulan Terbelah (jawi). Malah dalam Qisasul Anbiyak (jawi) ada diceritakan kisah Raja Syam yang telah beriman. Apakah itu Raja Habib?.

Siapakah Raja Habib bin Malik?. Apakah itu nama sebenar atau gelarannya?. Ini kerana orang-orang Arab juga menggelarnya Raihanah Quraisyin. Dalam kisah para nabi-nabi (Qisasul Anbiyak) ada disebutkan seorang raja Syam yang telah beriman menulis surat wasiat supaya anaknya mempercayai Muhamad itu seorang Rasul.

Ketika berlakunya peristiwa bulan terbelah, Raja Habib berada ke Mekah. Selepas menyaksikan peristiwa itu Raja Habib mendapat hidayah. Setelah kembali ke Syam beliau mengirimkan hadiah berupa emas, perak dan permata yang dibawa oleh lima ekor unta sebagai hadiah kepada Rasulullah saw. Baginda menerima pemberian itu tetapi kemudiannya baginda berdoa supaya semua harta itu dilenyapkan menjadi pasir.

Peristiwa itu berlaku ketika Rasulullah saw baru diangkat menjadi Rasul. Belum wujud Negara Islam dan al Quran belum selesai diturunkan. Seruan baginda ketika itu Cuma mengajak manusia menyembah Allah dan jangan menyembah selainNya.

Negeri Syam atau Syria terletak di semenenjung Tanah Arab. Orang-orang Quraisy Mekah selalu berulang alik antara Syam dengan Mekah untuk berniaga. Ketika Nabi Muhamad berusia sembilan tahun pernah pergi ke Syam bersama bapa saudaranya untuk berniaga. Kemudian ketika berumur 25 tahun sekali lagi Nabi Muhamad pergi ke Syam membawa barang-barang dagangan Khadijah.

Setelah Muhamad menjadi Rasul dan setelah Islam tersebar di Madinah barulah Rom dan Parsi memusuhi Islam. Rom telah menguasai Syam. Setelah Raja Habib menjadi pengikut Muhamad, dia juga senasib dengan Raja Habsyah yang memberi perlindungan kepada orang-orang Islam yang berhijrah ke negaranya. Setelah Raja Habsyah itu memeluk Islam dia dibunuh oleh pembesarnya. Apabila mendengar berita itu Nabi Muhamad saw menyembahyangkan jenazah Raja Habsyah itu secara sembahyang ghaib.

Peristiwa yang sama hampir berlaku kepada Maharaja Rom. Pada mulanya dia hendak menerima tawaran memeluk Islam tetapi dibantah oleh para pembesarnya menyebabkan dia membatalkan niatnya itu. Raja Habib, walaupun telah memeluk Islam tetapi tidak dapat mempengaruhi rakyat dan para pembesarnya supaya memeluk Islam.

Negeri Syam atau Syria kekal berada dalam jajahan Rom sehingga pemerintahan Saidina Umar al Khattab baru dapat ditakluki.






















Peristiwa bulan terbelah ini memang benar berlaku dan wajib dipercayai. Walaupun ada yang mempertikaikannya kerana bertentangan dengan ilmu sains namun muzjizat Rasulullah tidak dapat dibuktikan dengan kaedah saintifik. Seperti juga mukjizat Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang mati juga bertentangan dengan ilmu pengetahuan manusia.

Peristiwa bulan terbelah bukan saja disaksikan oleh penduduk Mekah tetapi juga dilihat oleh penduduk di seluruh semenanjung Tanah Arab. Apabila mereka datang ke Mekah menceritakan pernah melihat bulan terbelah kemudian bercantum semula.

Sekiranya ada yang mempertikaikannya, tidaklah menghairankan kerana Abu Jahal dan Abu Lahab juga mempertikaikannya walau mereka melihat dengan mata sendiri peristiwa bulan terbelah itu.













Bagaimana pula dengan gambar yang diambil oleh NASA ini?. Terdapat satu garisan di tengah permukaan bulan. Itu membuktikan bahawa bulan pernah terbelah suatu ketika dahulu kemudian dicantumkan semula.

ISRAK DAN MIKRAJ


alaqsha

Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada satu  malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah  Maha Mendengar dan Maha Melihat. 
(Surah Bani Israil: 1)
Sempena bulan Rejab yang mulia ini, saya ingin merakamkan kisah yang sangat bermakna lagi simbolik dalam sejarah kemanusiaan iaitu Israk dan Mikraj. Kisah ini merupakan rentetan peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Muhammad saw. secara real sebagai satu anugerah dan penghormatan Allah kepada baginda untuk memberikan satu pengiktirafan yang teragung kepada Penghulu segala nabi dan rasul. Ia juga merupakan satu mukjizat yang tidak diberi kepada mana-mana rasul sebelum ini. Selain itu, ia juga adalah merupakan satu perutusan diraja untuk penyampaian anugerah yang paling agung iaitu solat. Kesemua ibadat seperti zakat, puasa atau haji disampaikan melalui malaikat Jibril, tetapi solat oleh sebab ketinggian darjatnya, ia disampaikan secara langsung melalui satu peristiwa gemilang lagi kudus di antara Rabbul Jalil dengan Nabi Muhammad saw. Inilah detik teragung dan pengalaman yang paling manis buat Nabi Muhammad setelah  mengalami  tekanan perasaan  apabila  dua orang  penyokong kuatnya iaitu Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib meninggal  dunia. 
Perlu dinyatakan di sini bahwa oleh kerana kejadian ini berlaku secara 'luarbiasa', kita jangan sekali-kali mempertikaikan kesahehannya. Ia mesti dipandang sebagai satu  kebenaran sebab ia adalah mukjizat Allah dan juga termaktub di dalam Al-Quran, sebagaimana yang tercatat di atas. Sebenarnya Israk Mikraj menguji keimanan kita. Mereka yang percaya adalah manusia pilihan Allah manakala yang meragui kebenaran ini termasuk dalam kumpulan Abu Jahal yang mendustakannya. Manusia pertama yang percaya bulat-bulat 100% ialah Saidinia Abu Bakar. Lantas dia digelar As-Siddiq. Perjalanan misteri ini adalah melibatkan jasad dan ruh Nabi Muhammad bukannya ruh saja (seperti dalam mimpi) sepertimana yang didakwa oleh orientalis. Dalam kesempatan ini saya perturunkan kisah tersebut secara agak detail supaya dapat dikongsi bersama dan dijadikan bahan renungan untuk dijadikan iktibar. Yang baik kita jadikan teladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan.
Kejadian Isra' (perjalanan dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis) dan Mikraj (perjalanan dari alam bumi ke alam langit hingga ke Sidratul Muntaha)  ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum  hijrah. Ketika itu Nabi sedang berbaring-baring bersama Saidina Hamzah dan Saidina  Ja'afar di Hijr Ismail (Masjidil Haram), tiba-tiba datang malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Nabi ke telaga Zamzam. Di sana Nabi ditelentangkan dan berlakulah pembedahan di mana dada Nabi dibedah untuk dikeluarkan hatinya. Hati nabi dicuci dengan air zamzam. Kemudian dimasukkan semula bersama unsur ruhani iman dan hikmat. Setelah itu dadanya dijahit dan dimatrikan dengan khatimin nubuwwah. (Kejadian ini menjelaskan kepada kita bahawa peringkat pertama untuk berjalan menuju Allah ialah pembersihan diri dari segi jasmani dan rohani).
Selesai Nabi Muhammad menjalani operasi pembersihan jasmani dan rohani, baginda dipersilakan oleh Jibril untuk menunggang sejenis kenderaan yang amat canggih iaitu Buraq (seekor binatang dari alam malakut yang mempunyai pergerakan yang teramat laju). Mengikut satu riwayat Buraq yang dipilih oleh Jibril ini merupakan satu-satunya haiwan yang mempunyai ciri teristimewa kerana sejak mendengar nama Nabi Muhammad, ia tidak tahan menanggung rindu sehingga tidak lalu untuk makan dan minum, bahkan saban masa duduk menangis tersedu-sedu. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita sedangkan seekor haiwan mempunyai rasa hormat yang amat tinggi terhadap Nabi Muhammad, betapa hal dengan diri kita yang mengaku sebagai umat Muhammad)
Buraq yang dibawa oleh Jibril itu agak liar tetapi bila Jibril mengatakan yang Nabi Muhammad akan naik di belakangnya, badannya berpeluh dan dengan rasa malu merendahkan badannya untuk ditunggang oleh Nabi. Buraq terus membawa Nabi dengan diiringi oleh Jibril di sebelah kanan dan Mikail di sebelah kiri. Maka bermulalah perjalanan yang amat bersejarah.
Beberapa minit perjalanan, sampailah di suatu tempat bernama Thaibah (Medina). Di sini Jibril menyuruh Nabi berhenti untuk melakukan solat 2 rakaat dan memberitahu di sinilah kelak Nabi akan melakukan hijrah. Kemudian perjalanan diteruskan lagi hingga sampai di satu tempat iaitu Bukit Tursina, iaitu tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu. Di sini Nabi berhenti untuk melakukan solat dua rakaat. Perhentian seterusnya ialah di Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa, di mana Nabi sekali lagi mengerjakan solat. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita tentang perlunya mengerjakan solat sunat apabila singgah di masjid atau di tempat-tempat yang mulia)
Perjalanan diteruskan lagi. Dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, Nabi diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil-ganjil. Setiap kali melihatnya, Jibril menerangkan hakikat sebenar peristiwa tersebut. Di antaranya adalah:
 
  •  Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Nabi dari belakang


Malaikat Jibril ajarkan doa menagkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersungkur
  • Sekumpulan manusia memecahkan kepala sendiri. Apabila bercantum dipecahkan lagi tanpa henti. 


Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang
  • Sekumpulan manusia memakai cawat dihalau untuk makan buah berduri yang amat pahit atau api neraka.


Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat
  • Sekumpulan manusia dihidangkan dengan 2 mangkuk berisi daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memilih daging mentah


Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.
  • Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan 


Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain.
  • Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung semula digunting lagi tanpa henti.


Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya.
  • Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi. 


Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka.
  • Seekor lembu keluar dari satu  lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh. 


Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya.
  • Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi meminta Nabi berhenti seolah-olah hendak bertanya sesuatu.


Seruan orang Yahudi. Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi Yahudi
  • Seorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti 


Seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam
  • Seorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi berhenti 


Gambaran tipu daya dunia. Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengan keduniaan.
  • Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti 


Seruan Iblis cuba menghalang usaha  dakwah
  • Seorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu 


Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat
  • Nabi tercium bau yang amat harum 


Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun.
  • Kayu merentangi jalan sehingga menyukakan orang lalu-lalang


Gambaran orang yang suka  berpeleseran dan melepak
  • Sekumpulan orang berenang di dalam sungai darah. Mereka dilempar dengan batu. Batu-batu itu diambil dan dimakannya.


Gambaran orang yang makan riba'
  • Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dan dituai.


Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah.
Selepas menyaksikan pelbagai jenis panorama, akhirnya sampailah mereka di Baitul Maqdis. Di sana telah menanti satu jemaah para nabi terdahulu. Nabi Muhammad saw solat tahyatul masjid dan Jibril menyuruh Nabi mengimami solat bersama barisan nabi terdahulu.
Kemudian Nabi dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak dan madu. Nabi memilih gelas berisi susu, minuman fitrah manusia. 
Selesai upacara Israk, sampai ketika Nabi Muhammad diMikrajkan. Sejenis tangga yang canggih seakan escalator membawa Nabi ke angkasa. Maka bermulalah episod mikraj dari langit pertama hingga ke tujuh dan kemudiannya ke Sidaratul Muntaha. Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik Malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad saw diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad.
 
Langit pertama
Nabi berjumpa Nabi Adam, bapa segala manusia. 
Langit kedua
Berjumpa dengan Nabi Isa dan Yahya.
Langit ketiga
Berjumpa dengan Nabi  Yusof
Langit keempat
Berjumpa dengan Nabi Idris
Langit kelima
Berjumpa dengan Nabi Harun
Langit keenam
Berjumpa dengan Nabi Musa
Langit ketujuh
Berjumpa dengan Nabi Ibrahim

Kasih Sayang Tiada Noktah

Setiap anak di kurniakan ibu bapa. Tetapi sejauh mana boleh kita buktikan kasih dan sayang kita kepada ibu bapa sendiri. Adakah cukup sekadar memberi wang setiap bulan .Adakah itu bukti kasih sayang kita kepada mereka.

Ada kisah yang ingin dikongsikan di sini. Kisah seorang anak yang sanngup berkorban untuk menjaga bapanya yang sedang menderita sakit buah pinggang walaupun terpaksa berjauhan dengan suami tercinta. Ibunya telah meninggal dunia sejak dua tahun yang lalu.

Tiga hari seminggu, dia akan membawa bapanya ke pusat dialisis untuk menjalani rawatan. Setiap keperluan bapanya di urus dengan baik. Walaupun mempunyai adik-beradik yang lain, tetapi bapanya amat selesa dengan anak perempuannya yang seorang ini. Setiap kali dia menghantar bapanya untuk menjalani rawatan, segala keperluan untuk bapanya di penuhi, antaranya menyuapkan makan, memakaikan stoking dan lain-lain.
Kalau di lihat kerja itu memang nampak mudah, tetapi melayan kerenah orang tua, bukan semudah yang disangkakan. Kita perlu banyak bersabar, begitu juga, ibu bapa bersabar membesarkan kita sehingga kita dewasa. Tetapi berapa ramai anak yang sanggup untuk menghabiskan masa menjaga orang tua walaupun mempunyai segulung ijazah .

Adakah kita mampu untuk menjaga ibu bapa kita seperti itu? Belum tentu lagi kita mampu untuk melakukannya. Sekarang mungkin kita akan kata kita mampu untuk menjaga ibubapa kita, tetapi bila tiba masanya, kemana kita pada waktu itu. Sibuk mencari wang sehingga mengabaikan kedua ibu bapa kita.
Cuba fikirkan sejenak, berapa kali kita melawat ibu bapa kita, itu pun setahun sekali pada hari raya. Dan yang menetap bersama ibu bapa, sejauh mana kita telah berbakti kepada mereka. Membantu meringankan kerja mereka dirumah, itupun sudah cukup melapangkan hati mereka melihat anak membantu keperluan di rumah selain bantuan kewangan. Tetapi persoalannya, adakah kita melakukannya?.
Banyak bukti menunjukkan bahawa berbakti kepada kedua ibubapa adalah persoalan penting dalam islam. Allah menegaskan hal ini dalam firmannya:

"Allah telah menetapkan agar kalian tidak beribadah selain kepada-Nya; dan hendaklah kalian berbakti kepada kedua ibubapa". (Al-Isra' :23)

Allah talah meletakkan keredhaan-Nya pada keredhaan ibubapa.Rasul bersabda ;

"keredhaan Allah bergantung pada keredhaan kedua ibubapa.Kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan ibubapa" (HR.BUKHARI DAN MUSLIM)

Marilah kita sama-sama renungkan pengorbanan ibu bapa kita yang tiada penamatnya. Jasa mereka tidak mampu kita balas walaupun dengan jutaan wang ringgit. Apa yang penting, kasih sayang kita pada mereka yang tiada hentinya. Doakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat, Jadi lah anak yang tahu mengenang jasa ibubapa. Hargailah pengorbanan mereka.

- Artikel iluvislam.com

Anak adalah anugerah Allah kepada ibu bapa





Anak yang dilahirkan adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada Allah SWT kepada umatnya. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan malah bukti kekuasaan Allah. Tidak dinafikan bahawa setiap pasangan berumahtangga sentiasa mengimpikan anak untuk menyerikan lagi rumahtangga mereka.
 
Oleh itu, anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi insan yang berguna kelak. Tetapi malangnya, sejak akhir-akhir ini ada segelintir masyarakat masih lagi tidak mensyukuri kurniaan Allah SWT iaitu melakukan dengan tindakan kejam seperti membuang, membunuh, menjual serta mendera bayi tanpa berperikemanusiaan.
Ini bukanlah satu kisah yang dongeng tetapi ia merupakan satu kisah realiti yang mana dikatakan hampir setiap hari kes sebegini berlaku dinegara kita malah ianya seperti kemuncak yang tiada pasang surutnya apabila setiap hari kes-kes seperti ini terpampang didada akhbar mahupun televisyen.

Peristiwa yang berlaku dalam masyarakat Islam mutakhir ini ibarat kembali pada zaman Jahiliah terdahulu yang mana mereka sanggup menanam hidup-hidup anak perempuan mereka kerana tidak sanggup menanggung malu. Jadi, tidak ada bezanya sama sekali antara perbuatan menanam bayi dengan membuang, membunuh dan mendera bayi dengan niat jahat kerana perbuatan sebegini dilarang Allah. Persoalannya, mengapakah masalah seperti ini sering berlaku dikalangan umat islam pada hari ini?

Hal ini berpunca daripada kalangan ibu bapa yang merasa khuatir tidak dapat menyara kehidupan mereka, lantas memilih jalan terkutuk untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagaimana yang kita tahu, urusan rezeki adalah ketetapan dan tidak wajar manusia merasa ragu dengan rezeki yang diperlukan bagi membesarkan zuriat mereka. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31)
Selain itu, tidak terlepas dalam kalangan masyarakat kita ada yang mempercayai musibah atau bencana yang berlaku datangnya daripada sial, badi atau nasib malang contohnya, mengaitkan musibah yang berlaku seperti perniagaan merosot, bankrap atau ditimpa bencana daripada sial yang dibawa oleh anak.
Akibat terlalu taksub dengan kepercayaan seperti itu, mereka sanggup membunuh, mencederakan serta menyisihkan anak yang tidak berdosa itu. Mereka seperti ini ialah manusia yang tidak tahu untuk mensyukuri dan menghargai anugerah Allah yang cukup bernilai itu. Sekiranya masyarakat Islam pada hari ini memahami dan berpegang teguh dengan konsep qada’ dan qadar Allah, pastinya mereka tidak akan merasa kecewa, sebaliknya bersangka baik dengan Allah dan bersedia mengharungi dugaan itu dengan penuh redha.
Setiap anak yang baru dilahirkan umpama sehelai kain putih yang menunggu saat untuk dicorakkan ibu bapanya bukan untuk dihina, dikeji dan diperlakukan tanpa belas kasihan dan berperikemanusiaan. Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).




Hadis tersebut menjelaskan bahawa bayi yang dilahirkan fitrah dan putih bersih serta suci daripada sebarang dosa dan kesalahan. Jadi, salah sekali bagi mereka yang beranggapan dan berpendapat bahawa anak kecil yang baru dilahirkan, membawa sial atau malapetaka kepada keluarga.
Islam tidak pernah mengatakan ada dosa yang dibawa oleh bayi sejak lahir sekalipun anak itu adalah anak luar nikah. Akan tetapi, dalam Islam dosa itu mula mencemari kesucian hati seseorang apabila dia meninggalkan perintah Allah dan melanggar segala larangan-Nya.

Oleh itu, lahirnya seorang anak bukannya sebagai satu keseronokan hidup atau menambahkan satu bebanan yang tidak tertanggung. Sebaliknya, kelahiran anak yang diharap dapat menyambung warisan kekeluargaan dan sebagai satu ujian Allah kepada pasangan suami isteri atau ibu bapa. Sebagaimana firman Allah SWT dalam (Surah Al-Anfal: ayat 28) : “Dan ketahuilah harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya disisi Allah jugalah pahala  yang besar”.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa kehadiran anak adalah adalah penawar kepada ibu bapanya terutamanya pabila usia emas kelak. Doa anak soleh juga penting kepada ibu bapa apabila meninggal dunia, agar dilepaskan daripada azab seksa neraka. Segalanya bergantung pada didikan dan ajaran ibu bapa terhadap anak-anak termasuk didikan agama dan sentiasa menjaga amanah yang diberikan Allah kepada mereka dengan sebaiknya. Jika umat Islam menyedari kedudukan ini sudah pasti ibu bapa tidak akan mengkhianati amanah Allah itu. Mereka akan mendidik anak-anak mereka mengikut acuan dan panduan Islam supaya keislaman anaknya itu tidak dirosakkan.

Sebagai kesimpulan, sesungguhnya anak adalah anugerah Allah yang cukup berharga kepada ibu bapa. Mereka juga amanah untuk dipelihara dengan sempurna termasuk memastikan keselamatannya didunia mahupun akhirat. Oleh itu, jagalah anak selayaknya agar mereka boleh berbakti kepada kedua ibu bapanya kelak dan terus menyayangi, disamping sentiasa bersyukur dengan kehadiran anak didalam keluarga. Berilah perhatian agar mereka menjadi insan bertakwa dan berguna kepada agama, bangsa serta Negara.

Coretan popular