Pages

Tuesday 18 September 2012

Tanda-tanda kecil kiamat semuanya sudah lengkap



Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda saw menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian,

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”- Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu baginda saw bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian Baginda saw menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)

Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.

Sepuluh tanda itu ialah:

Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Baginda as akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan Baginda as akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan Baginda as juga yang akan membunuh Dajjal.

Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
Gempa bumi di Timur.
Gempa bumi di Barat.
Gempa bumi di Semenanjung Arab. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Inilah 12 Jenis Barisan Manusia Menuju Ke Akhirat




Barisan pertama:

Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :

“Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat”.

Firman Allah ‘aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka”.

Barisan ke-2:

Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah.

“mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.”

Rasulullah saw bersabda “sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:

Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking.

“mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.

Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:

Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut.

“Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar.

“Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan .

Mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:

Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:

Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.

Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah “tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka”.

Barisan ke-9:

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh .
Mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:

Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:

Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.

Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:

Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.

Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan “mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.

Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.

Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T”

Kisah seorang hamba Allah S.W.T yang beribadat selama 500 tahun





Dari Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah s.a.w katanya:"Wahai muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun diatas sebuah bukit yang lebar,panjangnya bukit itu 30 puluh hasta kali 30 hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru.

Dan di situ Allah s.w.t mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit dan Allah s.w.t juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah s.w.t. supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari berbangkit.Maka Allah s.w.t. pun menerima permintaanya.

Berkatalah malaikat lagi:"Oleh itu setiap kali kami naik turun dari langit kami melihatnya sedang sujud, kami mendapat dalam ilmu bahawa ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah s.w.t. lalu Allah s.w.t. menyuruh Malaikat:"masukkanlah hambaku itu ke dalam syurga dengan limpah rahmatku:" maka berkata orang itu:"Dengan disebabkan amalku?" Maka Allah s.w.t. menyuruh malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan.Apabila penghitungan dibuat maka amal yang dibuat oleh orang itu selama 500 tahun itu telah habis apabila dikira dengan sebelah mata, yakni nikmat pengelihatan yang Allah s.w.t. berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum dikira.
Maka Allah s.w.t. berfirman:"Masukkan ia kedalam neraka".Apabila ia ditarik ke neraka maka ia pun berkata:"Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmarmu."Lalu Allah s.w.t. berfirman kepada malaikat:"Bawakan ia ke mari".

Kemudian Allah s.w.t. bertanya orang itu:"Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak ada"Lalu orang itu menjawab:"Engkau ya Allah".Kemudian Allah s.w.t. bertanya lagi:"Apakah itu kerana amalmu atau rahmatku?".jawab orang itu:"Ya Allah, dengan rahmatmu."
Allah s.w.t. bertanya lagi:"Siaapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu beribadat?".Jawab orang itu:"Engkau ya Allah".

Allah s.w.t. bertanya lagi:"Siapakah yang menempatkan kamu diatas bukit yang di tengah-tengah lautan, dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin dan siapakah yang menumbuhkan sebuah pohon delima yang mengeluarkan sebiji delima setiap hari, padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali lalu kamu meminta supaya aku matikan kamu dalam sujud, jadi siapakah yang membuat semua itu?"
lalu orang itu berkata:"Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah yang melakukanya."
Allah s.w.t. berfirman:"Maka semua itu adalah dengan rahmatku dan kini aku masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmatku."Malaikat Jibrail berkata:"Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah s.w.t.

Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik debu sekalipun dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan pada hambanya, oleh itu janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat memasukkan kita ke dalam syurga Allah s.w.t. sebaliknya memohonlah dengan rahmatnya.

Sebab hanya dengan rahmat Allah s.w.t. sajalah seseorang itu dapat memasuki syurganya .Apabila kita memohon kepada Allah s.w.t. supaya dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatnya maka mintalah supaya Allah s.w.t. memasukkan kita dengan rahmatnya ke dalam syurga FIRDAUS.
Insya Allah..

Kelebihan berselawat keatas Rasulullah S.A.W





Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan
Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat
ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing
tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku
beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud
kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah
S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu,
akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku
mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat
memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke
atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan
melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi
Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan
Allah, Rasul dan para malaikat.

Masuk Syurga Kerana Rahmat Allah



Pohonlah rahmat Allah setelah beramal soleh 


Muhammad bin Almunkadir dari Jabir r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. 
keluar kepada kami dan bersabda: "Malaikat Jibril tadi datang kepadaku dan 
berkata: "Ya Muhammad, demi Allah yang mengutuskan mu sebagai nabi yang 
besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama lima ratus 
tahun diatas sebuah bukit yang lebar, panjangnya tiga puluh hasta kali tiga puluh 
hasta dan dikelilingi oleh laut seluas empat ribu farsakh dari tiap penjuru, disitu 
Allah s.w.t. mengeluarkan sumber air yang segar selebar satu jari dari bawah bukit, 
juga pohon delima pada tiap hari berbuah sebuah delima, maka bila siang hari turunlah 
orang itu untuk wuduk dan memetik delima, lalu dimakannya, kemudian berdiri 
sembahyang dan ia minta kepada Tuhan supaya dimatikan dalam sujud, dan 
supaya badannya tidak disentuh bumi atau lain-lainnya hingga bangkit dihari kiamat 
sambil sujud, maka Allah s.w.t. telah menerima permintaannya, kerana itu tiap kami 
naik turun dari langit selalu melaluinya ia sedang sujud. Jibril berkata: "Kami dapat dalam
 ilmu, bahawa ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah s.w.t. ,
 lalu Allah s.w.t. menyuruh: "Masukkanlah hambaKu itu kedalam syurga dangan 
rahmatKu." Maka berkata orang itu: "Dengan amalku." Maka Allah s.w.t. menyuruh 
Malaikat supaya menghitung semua amalnya dan nikmatKu iaitu nikmat melihat 
(penglihatan), tiba-tiba nikmat penglihatan itu telah mengelilingi ibadatnya selama 
lima ratus tahun, sedang nikmat-nikmat Allah s.w.t. yang lain-lainnya belum. 
Maka Allah s.w.t. berfirman: "Masukkan ia kedalam neraka." dan ketika ditarik 
menuju keneraka, ia berkata: "Masukkanlah aku kedalam syurga dengan rahmatMu." 



Maka Allah s.w.t. berfirman kepada Malaikat: "Kembalikanlah ia." Lalu ditanya oleh 
Allah s.w.t.: "Hambaku, siapa yang menjadikan kau daripada tidak ada?" 
Jawabnya: "Engkau Tuhan." Lalu dutanya: "Apakah itu kerana amalmu atau rahmatKu?"
 Jawabnya: "Dengan RahmatMu." Lalu ditanya: "Siapakah yang memberi kekuatan 
kepadamu untuk beribadat lima ratus tahun?" jawabnya: "Engkau Tuhanku." 
Lalu ditanya lagi: "Dan siapakah yang menempatkan kau diatas bukit dan ditengah 
laut dan mengeluarkan air segar yang tawar dari tengah-tengah laut yang masin getir 
dan menumbuhkan buah delima tiap pagi, padahal buah itu hanya berbuah satu tahun 
satu kali, lalu kau minta kepadaKu untuk mati sujud, siapakah yang berbuat itu semua?"
 Jawabnya: "Engkau Tuhanku." Firman Allah s.w.t. : "Maka semua itu dengan rahmatKu."
 Malaikat Jibril berkata: "Segala sesuatu terjadi dengan rahmat Allah s.w.t.." 



Kesimpulannnya, pasti ada dua perkara: Yang pertama, memperbaik amalan. 
Yang kedua, bergantung kepada Allah dan menyingkirkan selainNya.



Keterangan dari Al-Quran dan Hadith 



Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; 
dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu 
sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan 
yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan RAHMATNYA kepada 
kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya 
selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya 
(menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) 
lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:21) 



Dan tiadalah aku (Nabi Yusuf a.s) berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu 
manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah 
diberi RAHMAT oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). 
Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Yusuf: 53) 



Dan demi sesungguhnya! Jika Kami beri dia merasai sesuatu RAHMAT dari Kami sesudah 
ia ditimpa sesuatu kesusahan, berkatalah ia (dengan sikap tidak bersyukur): "Ini ialah 
hakku (hasil usahaku semata-mata), dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan 
berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun), sudah tentu aku 
akan beroleh kebaikan di sisiNya (seperti kesenanganku sekarang ini)!" Maka demi 
sesungguhnya! Kami akan memberi tahu kepada orang-orang yang kufur ingkar itu akan 
keburukan apa yang mereka telah kerjakan, dan Kami akan beri mereka merasai azab 
seksa yang seberatberatnya. (Fussilat: 50) 



Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang 
yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, 
tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim) 



Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Alfadhel daro Ibn Abi 
Ruwad dari ayahnya berkata: "Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada nabi Daud a.s.: 
"Hai Daud, gembirakan orang-orang yang berdosa, dan peringatkan kepada orang-orang
 siddiq." Maka Nabi Daud a.s bertanya: "Bagaimana menggembirakan orang-orang 
yang berdosa dan mengancam orang-orang yang siddiq?" Allah s.w.t. berfirman: 
"Gembirakan orang-orang yang berdosa bahawa tidak ada dosa yang tidak dapat 
Aku ampunkan dan peringatkan pada orang siddiq supaya mereka tidak berbangga 
(sombong) dengan amal perbuatan mereka kerana bila Aku tegakkan keadilanKu 
dan perhitunganKu pada seseorang pasti binasa."



Syeikh Muhyiddin Abdul Kadir al-Jailani berkata: DenganMu, kita tidak dapat sampai, 
sedang kami amat berhajat kepadaMu. Yakni, kita tidak dapat sampai ke mana-mana 
dengan amalan kita tanpa rahmat Allah Ta'ala, sedang kita wajib beramal kerana 
menurut perintahNya. 



Berkata Syeikh Abu Said al-Kharraz: Siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai 
kepada Allah Ta'ala dengan amalannya, maka ia adalah seorang yang membuang 
masa. Dan siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai kepada Allah Ta'ala tanpa 
amalan pula, maka ia adalah seorang yang berangan-angan kosong. Yang demikian itu 
adalah sikap yang bodoh dan terpedaya. Menyerah kpd Allah serta mengharapkan 
rahmatNya tidak boleh berlaku, melainkan sesudah berbakti dan beramal saleh. 



Berkata Al-Hasan al-Bashri: Sesungguhnya mencita-citakan pengampunan itu telah 
memperdayakan banyak orang, sehingga mereka meninggalakan dunia ini dalam muflis, 
tiada mempunyai bekalan amal saleh sekali. Beliau menambah lagi; Sesungguhnya orang 
Mukmin itu berbakti seraya gementar terhadap Allah Ta'ala. Manakala seorang Munafik 
pula membuat kejahatan seraya merasa aman dan sentosa senpanjang masa.



Bila turunnya Rahmat Allah



Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi 
rahmat bagi sekalian alam. (Al-Anbiyaa': 107) 



Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala 
yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang
(kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan 
(supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang 
memperbaiki amalannya. (Al-A'raaf: 56) 



Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong 
bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada 
berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat 
kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya 
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 71) 



Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada 
Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat. (An-Nuur: 56) 



Dan sesungguhnya Al-Quran itu menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang 
yang beriman. (An-Nuur: 77) 



Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di 
antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya 
kamu beroleh rahmat. (Al-Hujuraat: 10)



Allah mengajar untuk bermohon rahmat dariNya 



Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas 
terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu 
berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; 
sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
(Az-Zumar: 53) 



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat 
pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang 
diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah 
Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! 
Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat 
sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada 
kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak 
terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, 
dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; 
oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". 
(Al-Baqarah: 286) 



(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan 
hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami 
limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah 
pemberianNya.(A-li 'Imraan: 8) 



Mereka berdua (Nabi Adam a.s dan Hawa) merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah 
menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi 
rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". 
(Al-A'raaf: 23) 



"Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu 
dengan berkata: ` Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa 
kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik 
Pemberi rahmat '. (Al-Mu'minun: 109) 



Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun 
dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!
 (Al-Mu'minun: 118)

TIGA SYARAT UNTUK MENDAPAT RAHMAT ALLAH





Terjemahan:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah (orang-orang yang) mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Al-Baqarah 2:218)
  
Tafsir Ayat:

Di dalam ayat di atas Allah SWT menyatakan tiga syarat yang perlu dipenuhi terlebih dahulu oleh seorang manusia barulah dia layak digolongkan sebagai orang yang benar-benar telah mengharapkan Rahmat Allah iaitu: IMAN, HIJRAH dan JIHAD FII SABILILLAH.

Apakah makna Rahmat Allah? Dan mengapa setiap manusia perlu mengharapkan Rahmat Allah? Bagaimanakacara supaya kita mendapat Rahmat Allah?

Rahmat Allah maknanya kasih sayang Allah. Tanpa Rahmat Allah manusia tidak akan mungkin hidup bahagia di dunia atau di akhirat. Semua keperluan manusia di dunia ini sejak dari tempat tinggal, makanan, minuman, oksigen dan lain-lain adalah di antara kesan-kesan rahmat Allah bagi mereka. Lebih-lebih lagi di akhirat nanti; amalan kita diterimaNya dan dosa-dosa kita diampuniNya adalah antara kesan-kesan Rahmat (kasih sayang) Allah. Malahan seseorang tidak akan mungkin masuk syorga tanpa rahmat Allah.

Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) bersabda:
“Tidaklah amalannya yang memasukkan salah seorang daripada kamu ke dalam syorga dan tidak pula ia menjauhinya daripada neraka; demikian juga dengan aku, kecuali Rahmat daripada Allah”.[Hadis Sahih Riwayat Muslim]
Jadi kesimpulan hadis di atas; bukanlah amalan kita yang memasukkan kita ke dalam syorga. Tetapi manusia masuk syorga adalah berkat Rahmat Allah.

Siapakah orang-orang yang benar-benar mengharapkan Rahmat Allah? Di dalam ayat di atas Allah telah menetapkan bahwa IMAN, HIJRAH dan JIHAD adalah tiga syarat utama yang mesti kita miliki agar layak dikategorikan ke dalam golongan tersebut. Dan ini menunjukkan bahwa harapan mendapatkan Rahmat Allah tidak akan tercapai tanpa usaha melakukan sebab-sebab yang boleh mendatangkan Rahmat Allah. Adapun harapan yang diikuti dengan kemalasan adalah dakwaan yang kosong dan tidak akan menghasilkan apa-apa kecuali kerugian belaka.

Mengharapkan Rahmat Allah tanpa mengikutinya dengan sebab-sebab di atas iaitu iman, hijrah dan jihad adalah sama seperti orang yang mengharapkan mendapatkan zuriyat tetapi dia sendiri tidak mahu kawin atau seperti orang yang mengharapkan memiliki kebun yang subur rendang dan buah yang lebat tetapi kebunnya tidak diolah, disirami air dan dibaja. Oleh itu masrilah kita isi sisa-sisa hidup ini dengan usaha semaksima mungkin ke arah memantapkan ketiga-tiga syarat di atas.
  
1.       IMAN.

Hubungan erat antara Keimanan dengan Rahmat Allah memang tidak dapat dinafikan lagi. Tanpa keimanan seseorang tidak akan mungkin mendapat kasih sayang (Rahmat) Allah. Malahan Allah sangat murka kepada orang yang syirik kepadaNya.

IMAN yang bagaimanakah yang boleh membawa kepada Rahmat Allah? Atau dengan kata lain: IMAN yang bagaimanakah yang boleh menghindarkan manusia daripada murka dan azab Allah? Barangkali ayat di bawah ini dapat menjawab pertanyaan ini: Firman Allah:
“Orang-orang yang beriman dan mereka tidak mencampurkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan (daripada siksaan Allah) dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk”.(Al-An’aam 6:82)
Berdasarkan ayat ini jelaslah bahwa hanya IMAN YANG MURNI dan tidak bercampur syirik saja yang boleh menjamin seseorang mendapat Rahmat Allah.

Adapun muslim yang mendakwa beriman kepada Allah tetapi dalam kehidupan sehari-hari masih lagi melakukan perkara-perkara syirik dan khurafat, maka mereka tidak akan mendapat keamanan dari siksaan Allah. Keimanan seumpama itu tidak boleh menolong mereka karena amalan syirik yang masih mereka lakukan itu telah memusnahkan segala amal saleh mereka. Ini sebagaimana ketegasan daripada Allah sendiri melalui firmanNya dalam Surah Az-Zumar ayat 65:
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu:
“Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi”.
2.       HIJRAH.

Hijrah menurut bahasa: Meninggalkan yang pertama untuk pergi kepada yang kedua. Hijrah ada dua jenis:

i.    Hijrah yang bersifat fisikal iaitu berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain

ii. Hijrah sikap iaitu berpindah dari satu sikap kepada sikap yang lebih baik.

Hijrah yang paling utama ialah hijrah sikap. Berpindah dari sikap yang negatif kepada sikap yang positif. Daripada syirik kepada tauhid, daripada malas kepada rajin, daripada bid’ah kepada sunnah, daripada khianat kepada amanah, daripada durhaka kepada taat dan patuh dan lain-lain lagi.

Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) bersabda:
“Sebaik-baik orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah”.[Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim]
Meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah bukan hanya terbatas kepada menjauhkan diri daripada apa yang secara nyata dilarang oleh Allah tetapi larangan Allah juga terdapat secara tersirat di dalam setiap suruhan Allah. Di dalam perintah mendirikan solat terdapat larangan meninggalkan solat, di dalam suruhan berbuat ihsan kepada kedua ibubapa tersirat larangan berbuat durhaka kepada mereka berdua.

Jadi belumlah sempurna seseorang yang tidak berjudi, tidak minum arak dan tidak berzina, seandainya dia juga tidak solat, tidak puasa dan ibadah-ibadah lain yang diperintahkan. Malahan menurut sesetengah ulama; Tidak melaksanakan suruhan Allah adalah dosanya lebih berat jika dibandingkan dengan terlanggar larangan Allah. Mengapa demikian? Karena biasanya keengganan melaksanakan suruhan adalah didorong oleh sifat takabbur (sombong), berbeda dengan terlanggar larangan Allah.

Renungkanlah dan ambillah pengajaran daripada kisah Adam dan Iblis. Larangan Allah yang dilanggar oleh Adam tidaklah lebih besar jika dibandingkan dengan dosa Iblis yang enggan melaksanakan suruhan Allah. Adam melanggar larangan Allah karena ditipu oleh Iblis sedangkan Iblis tidak sujud kepada Adam adalah karena kesombongannya dan keangkuhannya.

Oleh sebab itu lakukanlah hijrah secara total. Robahlah cara hidup anda agar lebih Islmy sebagaimana yang pernah dilakukan oleh para sahabat Nabi (sallallahu alaihi wasalam). Setelah memeluk Islam semua adat istiadat Arab yang bercanggah dengan ajaran Islam mereka tinggalkan. Mereka menyedari bahwa kemuliaan mereka bukan karena Arabnya tetapi adalah karena Islamnya.

3.       JIHAD FII SABILILLAH.

Jihad maknanya: kesungguhan, berjuang, melawan atau bersusah-payah. Fi sabilillah maknanya: Jalan yang boleh menyampaikan kita kepada keredhaan Allah. Jadi setiap usaha yang kita lakukan untuk mencapai keredhaan Allah dapat digolongkan ke dalam Jihad Fii Sabilillah.

Agar usaha yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah maka ada dua perkara yang perlu kita penuhi, iaitu:

i.    Hati mestilah ikhlas dalam beramal

ii. Amalan mestilah bersesuaian dengan syare’at Rasul (sallallahu alaihi wasalam).

Dan barangkali inilah yang dimaksudkan oleh Nabi (sallallahu alaihi wasalam):
 “Tidak ada hijrah sesudah penaklukan Kota Makkah tetapi Niat dan Jihat”.[Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim]
Jadi setiap muslim dan muslimat mestilag bersungguh-sungguh dalam beragama. Jangan hanya sekedar Islam Warisan Nenek Moyang. Mengaku beragama Islam tetapi banyak amalannya yang tidak Islamic. Kita mesti berusaha menggali khazanah ilmu yang ada di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) dan selanjutnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Kesimpulan:

Sungguh banyak ayat yang menyatakan bahwa amalan sebagai penyebab seseorang masuk syorga. Hakikat ini tidak bercanggah dengan hadis bab di atas karena Rahmat Allah sangat menentukan untuk melayakkan suatu amalan itu diterima oleh Allah.

Wasallam.

sumber : Ustaz Abdullah Yasin.

Luasnya Rahmat Allah – Rahmat Syariah Allah Pada Manusia


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dihidupkan kita untuk sewaktu lagi. 
“Apabila kita hidup setiap pagi, ingat bahawa Allah menghidupkan kita pagi ini kerana banyak dosa dan Allah beri kesempatan untuk bertaubat kepada Allah kerana esok belum tentu lagi Allah hidupkan kita.” Imam Ghazali.
Rahmat adalah kasih sayang Allah. Apabila Allah mencipta dunia, dicipta bersamanya 100 rahmat. Allah hanya menurunkan satu rahmat ke dunia dan 99 rahmat lagi ditahan Allah di akhirat. Satu rahmat inilah yang membolehkan kita bergerak, bernafas, melihat kebesaran Allah dan segalanya.
Syariat Allah adalah rahmat dari Allah disampaikan melalui Rasulullah s.a.w. Perutusan Rasulullah s.a.w adalah rahmat kepada manusia dari Allah.
Allah berfirman, “Aku tidak mengutuskan kamu (Muhammad) melainkan memberi rahmat kepada seluruh alam.”
Hikmah Allah menurunkan peraturan hidup kepada manusia agar setiap detik dalam hidup manusia mendapat pahala dan dijadikan ibadah. Tidak mungkin kita akan mendapat pahala sekiranya hidup kita tidak berjalan mengikut hukum Allah. Sedangkan usia kita semakin lanjut, namun sayang sekali ia dilalui tanpa dikira sebagai ibadah.
“Apakah yang paling jauh?” “Masa yang telah berlalu yang mana tidak mungkin akan kembali.” Imam Ghazali.
Manusia degil, tidak mahu mengikut syariat Allah dan mengikut syariat manusia. Lantas, umur yang berlalu tidak berguna. Syariat Allah tidak dilihat sebagai suatu rahmat, tetapi suatu bebanan.
Manusia degil, tidak mahu ikut syariat Allah dan hanya mahu mengikut hukum manusia. Syariat Allah itu dilihat sebagai suatu bebanan.
Setiap manusia ada minat. Ia dikurnia Allah supaya manusia dapat menggembirakan hatinya. Apabila manusia lakukan apa yang dia minat, dia akan jadi gembira. Bagaimana hendak jadikan minat itu satu ibadah?
Allah berfirman, “Kamu nak buat apa pun buatlah, cuma pastikan ia menjadi ibadat di sisi Allah.”
Maka lakukanlah minat tanpa melanggar syariat Allah. Memancinglah namun jangan hingga tinggal solat, tanamlah pokok buah namun jangan hingga dahannya menjengah rumah jiran sedangkan buahnya tidaklah dikongsi, belalah haiwan namun jangan sampai melepas merata-rata di rumah jiran, tengoklah bola namun jangan sampai solat itu ditinggalkan.
Namun zaman sekarang, syariat pula yang perlu turut kita sedangkan kita yang patut turut syariat. Ustaz beri contoh ada seorang lelaki bertanya ustaz, “Bolehkah saya tengok tv sambil solat?” Ustaz jawab, “Boleh, tengoklah.” Dia membalas, “Maksud saya tv dibuka, nak tonton bola. Jika nak tunggu bola habis, alamatnya tak solat maghriblah.” Ustaz jawab, “Tak boleh.” Dia membalas, “Tapi saya khusyuk dalam solat.” Ustaz jawab, “Kamu khusyuk tengok tv dalam solat, bukan khusyuk di dalam solat.”
Sekiranya syariat yang menuruti kita, maka tidak bergunalah syariat itu. Kita akan menjadi seperti kristian. Lihat apa yang berlaku di negara Eropah. Contohnya kahwin sama jantina dibenarkan di Great Britain dan boleh kahwin di gereja setelah parlimen meluluskan perkahwinan sama jantina. Kata ustaz, “Berlaga misailah nanti.” Bila orang nak, syariat ikut. Bila orang taknak, syariat tak ikut. Itu bukan caranya.
Pada bulan Ramadhan, Allah turunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan penerang untuk mendapat hidayah Allah serta membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Fitrah manusia ialah melakukan kebaikan namun banyak tersasar. Itulah perlunya syariat Allah.
Syariat Allah diturunkan untuk menjaga lima perkara.
  1. Menjaga agama - kerana itulah murtad hukumnya dibunuh
  2. Menjaga nyawa – kerana itulah hukum qisas bunuh hukumnya bunuh atau membayar 1000 ekor unta (RM500,000). Namun apabila Allah meminta nyawa kita Fi Sabilillah, maka mesti memberinya Fi Sabilillah.
  3. Menjaga akal – diharamkan arak, judi, dadah iaitu perkara memabukkan dan merosakkan akal.
  4. Menjaga keturunan – hukuman berat ke atas penzina, 100 sebatan bagi yang belum berkahwin dan rejam bagi yang sudah berkahwin.
  5. Menjaga harta – kaitan dengan pengharaman riba, zakat, harta baitul mal, pembahagian faraid, hak wanita di dalam iddah sebagainya.
Dalam hirarki ini, harta terletak di bawah sekali dan agama di atas sekali. Namun sayangnya keadaan sekarang menjadi terbalik. Harta didahulukan, agama ditinggalkan. Sayang harta dan pangkat hingga agama tergadai.
Sekiranya syariat tidak dilaksanakan maka tidaklah manusia mendapat manfaat darinya. Maka ia hendaklah dilaksanakan barulah manfaat itu dapat dirasai.
Selain dari syariat, diterangkan juga bahawa hujan, pertukaran malam dan siang, serta kewujudan pasangan (suami isteri) jua adalah rahmat Allah.
Keredhaan Allah tidak semestinya turun dalam keadaan yang kita suka, kadangkala ia turun dalam keadaan tidak kita senangi. Contohnya, Rasulullah s.a.w yang rajin beribadah apabila berdakwah di Taif dibaling batu sampai berdarah. Kenapa Allah tidak halang? Adakah Allah tidak sayang Rasulullah s.a.w?
Sudah pasti Allah sayang pada Rasulullah s.a.w dan Allah redha pada baginda, ia terjawab di dalam doa baginda.
“Ya Allah, aku mengadu kepada Kamu betapa lemahnya aku, Engkaulah tuhan dan aku orang yang lemah, apakah Kau mahu campak aku di tempat yang jauh dari manusia atau ditengah musuh yang tidak teragak memancungku? Jika ini membuatkan Kau redha kepadaku, maka aku tidak kisah.”
Jika redha Allah itu datang dalam kemiskinan, atau kematian ahli keluarga yang rapat, atau dirampas harta oleh pemerintah zalim, maka apa daya kita. Kita hanyalah hamba dan bukannya pekerja kepada Allah. Apa ketentuan Allah, itulah yang kita terima. Allah tidak menzalimi makhluk, hanya makhluk menzalimi diri sendiri.
Berkenaan bab rahmat Allah melalui pasangan suami isteri, ustaz memberitahu bahawa suami dan isteri adalah pelengkap antara satu dengan lain. Kiraan ibadat orang yang sudah berkahwin dan bujang adalah tidak sama. Oleh sebab itulah sekiranya terdapat dua lelaki yang sama ilmunya namun salah seorang sudah berkahwin manakala seorang lagi masih bujang, maka afdhal yang sudah berkahwin menjadi imam.
Pasangan kita akan menjadi penyambung pahala kepada kita. Ini kerana pasangan kita lah yang akan mengingatkan pada kebaikan kita sekiranya kita tiada lagi di alam ini. Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa sekiranya kebaikan kita dikenang, maka kita akan mendapat pahala.
Ini bermakna orang yang sudah meninggal dunia seharusnya dikenang, bukannya dilupakan. Maka mengarutlah adat melalui bawah jenazah supaya dilupai akan arwah yang dipraktikkan sebahagian masyarakat melayu.

Coretan popular