Aku amat terkilan dengan apa yang berlaku minggu lepas.
Lebih setahun lepas, atas dasar kasihan, aku ajak dia untuk tinggal di rumah aku. Aku bukan apa, Cuma nak bagi sedikit keselesaan jerk at budak nie. Yer la, kat rumah lama dia tu dah la ramai pengghuni, kalau dia nak masak ker, beli apa2 barang dapur ker asyik kena pau jer ngan housemate dia masa tu. So kebetulan rumah aku pun xder la ramau sangat pengghuni nya , besar plak tu kan. So aku ajak la dia tinggal sekali.
Rumah aku memang fully furnish, masuk cuci kaki jer. Semua dah aku sediakan. Astro, internet, kelengkapan bilik tidur semua complete. Pakej yang aku beri takder orang lain boleh bagi kot kerana aku beri kebebasan untuk menggunakan sebuah kereta yang ada di rumah aku nie. Mana nak dapat pakej sewa rumah cam tu.
Pada mulanya dia memang la menurut jer kan, baik budaknyer. Lama kelamaan, dia mula la berani nak bawak kawan. Aku x kisah la sangat, Cuma apa yang aku kisahkan dia nak bawak tu tak pernah nak bagitau aku dulu. Main redah jer. Tak pe la kan, kawan-kawan aku xder la nak berkira sangat. Lama-lama kawan dia tu selalu la dia bawak dan aku pun kenal la gak. Tak pe la.
Lama sikit dia bawak pulak kakak dia datang rumah aku. Tinggal sekali. Agak lama la gak hinggakan membuatkan aku rimas. Mana tak rimas nyer, kakak dia tu dah tentu la perempuan, pakaian nyer pulak tak cukup kain, buat cam rumah sendiri pulak tu. Tak respect lansung ngan aku nie. Masa tu aku dah kawen dah. Adakah patut dia nak tinggalkan kakak dia ngan aku jerk at rumah dengan alas an dia nak kerja. Kalau dah kerja, apa kejadahnyer bawak kakak dia datang kan. Yang nie memang aku pantang. Memang tak sanggup aku nak tanggung apa-apa kemungkinan. Aku suruh gak dia bawak kakak dia g kerja skali ngan dia hari tu dan hantar kakak dia balik.
Selesai isu kakak dia tu, dia buat hal lagi. Kali nie dia angkut adik dia pulak datang rumah aku. Sama gak cam kakak dia, adik dia nie lelaki la. Kat rumah memang tak respek lansung ngan orang dalam rumah. Yang paling aku tak puak hati, adik dia nie ngan dia sekali main game tak kira masa. Sampaikan aku nak tengok tv pun tak boleh. 24 jam game jer. Sebulan lamanya adik dia lepak kat rumah aku menmbazirkan bil elektrik aku. Sia-sia aku bayar untuk game jer. Lama kelamaan aku pun tak tahan gak, aku suruh dia hantar adik dia balik gak, Kerana aku memang tak selesa ngan adik dia tu.
Perkara yang paling membuatkan aku tak boleh tahan, yang menyebabkan dia aku suruh keluar dari rumah nie minggu lepas. Kisahnyer malam tu aku keluar tengok ader selipar perempuan kat pintu, aku Tanya kawan aku yang melepak tengok TV, dia kata tak tau. Aku tak ambik peduli la, kot dia saja nak kenakan aku. Pagi esok nyer baik nyer aku tengah breakfast, aku dengar ader suara perempuan dalam bilik dia. Aku Tanya siapa yang dia bawak tu. Dan dengan kurang sopan nyer dia kata dia bawak gadis. Terbakar la aku masa tu, tapi aku cool lagi. Aku biarkan dulu kerana dia pun nak keluar. Dalam hati aku, memang itu lah kali terakhir dia akan keluar. Dan tak akan masuk dah. Aku lepak dalam bilik memikirkan apa yang telah dia lakukan. Nekad aku hantar sms dan terangkan pendirian aku serta bertegas dengan keputusan aku supaya dia keluar.
Mungkin ada yang menganggap apa yang aku lakukan ini kejam, tapi pada aku, Hukum Allah jangan dipermainkan. Daripada aku dapat saham neraka free jer kerana bersubahat, baik aku dengan hormat mempersilakan dia keluar. Memang aku kecewa dan terkilan sangat dengan apa yang telah dia lakukan. Tapi aku tetap tabah hadapi semua ini. Aku tak nak bersekongkol dalam perbuatan maksiat ini.
Subhanallah…