Aminkan doa ini... Sahabatku, aminkan doa ini agar Allah membukakan sembilan pintu kebaikan unt kita dihari ini. "Allahumaftah lana abwabal khairi wa abwabal barakati wabwabash shihhati wa abwabas salamati wa abwabal afiyati wa abwabal jannati" "Ya Allah, bukakanlah bagi kami pintu kebaikan, pintu keberkahan, pintu nikmat, pintu rizki, pintu kekuatan, pintu kesehatan, pintu keselamatan, pintu kebugaran, pintu surga"(HR. Tirmidzi). Amienn...
Sunday 17 April 2011
Menara Jam Mekah Pelengkap Tanda Kiamat Menurut Hadis?
Jam di Mekah adalah pelengkap kepada 10 jam terbesar didunia sehingga menyempurnakan maksud hadis ” Akan terbina mercu tanda yang lebih tinggi daripada Kaabah sebelum berlakunya Qiamat ” lihatlah bagaimana pentadbiran Allah SWT dalam menyempurnakan maksud hadis Rasulullah SAW seperti dalam Video yang dipaparkan.
Apabila melihat pembangunan yang sangat hebat di sekitar Mekah, saya terfikir: apa agaknya kata Nabi Ibrahim melihat pembangunan sehebat itu. Ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meletakkan Ismail dan Hajar di lembah yang tiada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan binaan, juga ketika Allah memerintahkan Baginda berdua membina Kaabah dan menyeru manusia mengerjakan haji, Nabi Ibrahim taat sahaja walaupun di fikiran mungkin tertanya-tanya siapakah yang mendengar seruannya dan apakah yang bakal berlaku di Mekah ribuan tahun kemudian.
Saya juga teringat dengan jawapan Nabi Muhammad SAW kepada Jibril yang berupa sebagai lelaki segak dalam hadis Islam, Iman, Ihsan ketika Jibril bertanya Nabi tentang Kiamat. Lantas Nabi hanya menyebutkan tanda-tanda Kiamat kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui bila berlakunya Kiamat. Yang menarik dari pelbagai tanda Kiamat itu-kecil dan besarnya, Nabi Muhammad SAW menyebut: ‘..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.’ SubhanAllah! Nabi sebut satu tanda Kiamat dalam keadaan Mekah masih terlalu daif dan naif fizikalnya. Itulah mukjizat. Itulah tanda Kiamat. Dan itulah yang bakal kita lihat
Coretan popular
-
Bismillaahirrahmaanirrahiim. Assalamu’alaikum wr.wb. Bapak, Ibu, Saudara/i yang dirahmati ALLAH, > DOA untuk orang-orang yang di...
-
Wahai wanita, di sini sebagai lelaki ingin berkata sesuatu. Tahukah korang yang lelaki suka perempuan yang seksi? Tapi tahukah isteri, su...
-
Baru-baru ini aku menerima panggilan dari seorang warga Brunei, Puan Nana. Pn Nana nie nak beli kereta mainan untuk anak dia berumur 10 bul...
-
Sekarang nie kan, banyak sungguh la krim pencerah diiklankan kat TV, majalah, radio, surat khabar, internet, dan media-media lainnya. Kenapa...
-
Biodata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Umur : 53 tahun Pendidikan : SPM Mula berniaga : 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau) Keka...
-
Himpunan Hadis Hadis Rasullulah ( Hudud ) BAB BUNUH عَنْ عَبْدِالله قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَو...
-
Sahabatku, aminkan doa ini agar kita diberi kekuatan, kesabaran & kesembuhan luka hati karena orang yg kita cintai. "Ya Allah, beri...
-
‘Nabi’ adalah manusia yang diberikan wahyu oleh Allah SWT kepadanya dengan membawa syariat untuk diamalkan dan tidak diperintahkan untuk men...
-
Shalat hajat ini dilakaukan saat kita punya hajat yang sangat penting. Kemujarraban shalat hajat ini ditegaskan oleh Rasulullah saw dalam...
-
Himpunan Hadis - Hadis Rasullullah 10 Hijrah Satu Perjuangan Hadith : Dari Abdullah bin Mas’ud, katanya:”Bahawa Rasulullah s.a.w bersabd...