Pages

Monday 19 September 2011

Ramadhan Satu Perjuangan

Alhamdulillah, seperti tahun-tahun sebelum ini, Ramadhan tahun ini aku berjaya menunaikan ibadah puasa sebulan penuh. Ramadhan tahun ini juga lah pertama kali aku berpuasa bersama isteri dan anak aku. Walaupun isteri aku dalam pantang dan tak boleh berpuasa lagi, namun aku boleh rasakan kelainan dalam ibadah puasa kali ini. Puasa pertamaku sebagai suami dan ayah. Berbuka dan sahur dengan keluarga kakak ipar aku aka kakak isteri aku memang meriah kerana semua anak-anaknya berkumpul untuk berbuka dan bersahur sekali. Satu suasana yang lama dah aku tak rasakan. Yer la, berapa lama dah aku berpuasa dengan kawan-kawan jer masa bujang dulu kan. Ngan family aku pun dah banyak tahun gak la x berkesempatan untuk berbuka dan bersahur sekali cam tu. Sejak 2002 la aku meraikan ramadhan jauh dari keluarga. Sekarang aku boleh rasakan betapa nikmatnya berbuka dan bersahur bersama keluarga.

Sepanjang puasa ak banyak aktiviti yang aku lakukan, aku banyak menghabiskan masa bersama anak dan isteri aku di rumah jer. Yer la baru dapat baby kan, banyak lagi yang perlu diuruskan. Walaupun ada sekali aku berbuka di luar dengan rakan, ada gak kerana ada urusan laun, aku berbuka sendiri di rumah aku.

Solat sunat tarawih aku xder la sempurna sangat. Banyak lompang nyer.. Kekadang aku solat sendiri di rumah jer. Ke kadang atas sebab-sebab tertentu aku tak sempat nak tarwih.

Rancangan TV paling aku minati masa Ramadhan ini ialah Ihya Ramadhan, jam 4.30 petang tiap hari di V Al Hijrah. Penyampai yang paling aku suka Ustaz Don Daniyal. Memang sempoi Ustaz tu, hari-hari aku tunggu program dia. Penyampaian yang sangat berkesan. Mengupas isu-isu berkaitan puasa dan ramadhan.

20 Ramadhan/ 20 ogos, aku isteri dan rif Marissa berangkat balik kampung. Naik Flight dengan membawababy memang amat mengerunkan.. risau aku dibuatu=yer. Mana tak nyer, kita yang dewasa ioni pun terasa dengan perubahan tekanan udara di dalam pesawat, inikan pula baby yang baru berusia 1 bulan. Namun dengan petua yang aku dapat dati nurse kat klinik, Alhamdulillah, Rif Marissa tak ader masalah sepanjang penerbangan.. kami selamat sampai di Kuching pada jam 11 pagi, 20 Ogos 2011.
Ketibaankami disambut ceria olah kedua ibu bapa aku di sana. Maklum lah nak jemput cucu baru nyer kan.. Anak aku bukan lah cucu pertama mereka, dah yang ke empat dah. 3 orang anak abang aku. Seprang sebaya dengan Rif Marissa, Lahir bulan 3 tahun ini gak.. nama dia Riana Harissa. Dekat-dekat jer nama diorang kan..

Tahun ini aku rasakan kembali nikmat berbuka puasa dengan keluarga. Agak lama gak la aku tak berbuka sekali dengan diorang. Terasa nikmatnya Ramadhan ini.

Ramadhan berlalu dengan 1001 pengertian dalam hidupku. Pelbagai suka, duka, cabaran, dugaan, dan ujian aku hadapi dengan penuh sabar dan berserah pada-Nya. Aku harap akan berjumpa lagi dengan ramadhan akan datang. InsyaAllah...

Wassalam...

Barakallah...

Coretan popular