Pages

Monday 19 September 2011

Syawal Satu Kemenangan

Kemenangan setelah sebulan menahan bukan sekadar lapar dan dahaga, tetapi menahan hawa nafsu, pandangan, pendengaran, tutur kata, serta pingkah laku kita dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama kita, Islam. Seharusnya bukan pada bulan Ramadhan sahaja, tetapi sepanjang tahun. Ramadhan untuk memdidik kita kearah kebaikan.

Mengapa, bila ramadhan jer semua baik, lepas ramadhan semuanya kembali seperti biasa.. semuanya berbalik kepada diri kita masing-masing. Tepuk dada. Tanya IMAN.. kalau Aiman, memang dia tak kisah jer...

Syawal tahun ini aku dapat meraikannya dengan keluarga aku di kuching, juga bersama keluarga baru ku. Seperti biasa Syawal dimulakan dengan takbir di malamnya hingga lah ke pagi sebelum solat sunat aidilfitri. Kali ini aku bersama yang lain menunaikan solat sunat aidilfitri di masjid taman Heng Guan, Kuching. Pertama kali aku solat aidilfitri di sana. Tahun lepas di masjid Taman Putra Perdana, sebelum tu di Masjid Jamek.. kat mana-mana pun xper, asalkan bisa menunaikannya kan.. di rumah sendiri pun boleh..

Lepas solat Aidilfitri kali berkumpul di rumah keluarga aku di Jalan Matang, Kuching. Seperti biasa di pagi Syawal ini, memohon ampun dan maaf daripada kedua ibu bapa dan adik beradik yang lain. Tahun ini tahun kedua kami beraya tanpa saudara kami yang tercinta, Almarhum Rozaimi Rebi. Hanya titipan doa dan kenangan bersamanya yang kekal abadi bersama kali semua.

Lepas bermaafan bersama keluarga, kami berangkat pula ke rumah nenek yang berada di Samariang, kuching. Tak jauh mana pun, dalam 20 minit poerjalanan naik kereta jer.. Cam biasa gak la, beraya di ana sambil memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dengan keluarga di sana. Hari pertama Aidilfitri berakhir disini.

Hari-hari seterusnya pulak kami beraya di rumah jer menunggu tetamu serta sanak saudara datang beraya. Ramai gak la saudara yang datang. Dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga ku ini, lagi meriah lah yang databg bertandang. Alhamdulillah, setiap tetamu yang datang itu membawa bersama rezeki, rezeki anak aku la dapat duit raya yer.. hehehe

Hari ke lima syawal kami sekeluarha ke kampung belah mak aku pulak, di kampung Telaga Air, tak jauh pun, dalam 30 minit perjalanan naik kereta jer.. di sana pun sama gak la, bersalaman sambil bernaafan sesama sanak saudara.

Lebaran kali ini walaupun aku tak banyak keluar beraya, namun kehadiran sanak keluarga yang bertandang beraya di rumah amat ku hargai. Yer la, aku nak kuar pun nak kena bawak baby, wife pun masih dalam pantang, sop x leh la nak banyak sangat bergerak, ke rumah saudara terdekat jer la..

Kemeriahan Syawal tak berakhir di kuching, kami sambung pulak di sini. Beraya di puchong. Ader gak la yang datang rumah, nasib baik ader bawak sikit bekalan biskut dan kek lapis dari sana untuk tetamu di sini..

Kini aku mulakan dengan rutin harian aku seperti biasa, tak kan nak beraya sampai sebulan gak kan.. kalo ader undangan Open house tu boleh la nak pergi kan... kerja kena teruskan, kalo tak nak makan aper.. hehehe InsyaAllah lepas raya nie aku harapkan akan ada sinar baru dalam kerjaya aku nanti..

Wassalam....

Barakallah...

Coretan popular