Pages

Tuesday 15 March 2011

2010

10 tahun lepas (2000) aku pernah buat satu planning untuk 10 tahun. Planning tu pun dah tamat. Apa yang boleh aku katakan, dari planning yang aku buat dulu tu, aku adalah aku sekarang nie, apa yang aku ada sekarang nie adalah hasil Planning 10 tahun aku dahulu. Aku rasa, kalo tak kerana planning yang aku buat tu, aku bukan aku pada hari ini. mungkin kalian semua tak kenal pun dengan Insan bernama Razlan nie kan. Aku tak buat ap-apa pun, cuma aku buat satu landasan untuk aku sendiri laluinya. Memang tidak dinafikan, kadang-kadang aku tersasar dari landasan itu, tapi, bila tersedar, aku segera kembali kepada landasan aku sendiri.

Bukan susah sangat pun nak buat planning tu, cuma kena la pastikan yang planning yang kita buat tu realistic lah kan, sesuai dengan kemampuan diri kita sendiri. Tak salah untuk menjangkakan sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri, tapi, kena lah usaha untuk mencapai apa yang kita planning tu. Jangan biarkan ia sekadar planning dan tiada sebarang tindakan yang kita lakukan untuk merealisasikan planning kita sendiri tu.

Aku merasakan aku berjaya dalam planning aku sendiri. Kerana aku pada hari ini adalah apa yang aku harapkan 10 tahun yang lepas. Alhamdulillah, syukur ku kehadrat Illahi atas kurniaan nikmat dan rahmat-Nya.

Jodoh, ajal, maut, rezeki ditentukan Allah, mungkin kalimah ini seringkali kita dengar, tetapi jika difikirkan kembali, segala-galanya akan kembali kepada D.U.I.T. iaitu doa, usaha, ikhtiar, dan tawakkal. Kita tidak boleh hanya hidup bersahaja, walau apapun, ia pasti sekurang-kurangnya memerlukan sedikit usaha.

Jika kita lihat, tentang rezeki, adalah rezeki itu akan jatuh dari langit? pastinya tidak, kita perlu berusaha untuk mendapatkannya, disertai dengan doa, ikhtiar dan tawakkal untuk mendapatkannya. Begitu juga ajal dan maut, Kita tidak mengetahui bilakah, ajal kita, tetapi kita boleh sentiasa bersedia dengan bekalan amal ibadah dan apapun, yang paling penting di sini, ia masih memerlukan doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal.

Begitu juga dengan jodoh, kita tak mengetahui siapakah yang terbaik buat kita, tetapi adakah kita hanya membiarkan masa yang menentukan. Pastinya juga tidak. Dalam soal jodoh juga, pasti ia memerlukan doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal.

Mungkin, dengan umur yang semakin meningkat, naluri manusia sememangnya pasti akan merasa sunyi, pastinya menginginkan seorang teman bagi menempuhi kehidupan yang mendatang. Apapun, kita hanya mampu berusaha, dan berdoa agar mendapat yang terbaik buat kita, yang selebihnya, hanyalah bertawakkal kepada Allah, Ya Allah, seandainya dia adalah yang terbaik buatku, maka, satukanlah hatinya dengan hatiku, jika dia, bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu..

Untuk apa aku buat planning? dah dinyatakan di atas, planning itu sebagai landasan untuk aku mengapai apa yang aku mahukan. Tidak mengharap apa yang di planningkan itu 100% akan tepat, namun sekurang-kurangnya, ia menjadi pengukur kepada apa yang aku lakukan. Segalanya berbalik kepada D.U.I.T (Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal)

Kenapa aku buat artikel nie? saja nak ingatkan diri bahawa planning aku yang lepas dah expired. Jadi nak kena renew la.. 10 tahun lepas mana la ader FB kan, kalo ader, aku dah uploadkan aku nyer planning kat FB untuk kalian sama2 nilaikan dimana logikanya...

InsyaAllah aku akan Uploadkan Planning 10 tahun aku dalam masa tedekat nie.. Semoga aku akan jadii seperti mana yang aku planningkan sekarang untuk 10 tahun akan datang (2020)

Kalau ada yang nak buat jugak, boleh la kita share... sekadar untuk memotivasikan diri..

InsyaAllah..


Kereta yang aku nak 10 thn lalu, aku dapat dah.. Yang penting ada -H- The Power oh Dreams.
Bapak dan Mak aku.. holiday sempena Anniversary ke 30..
Bebas aku nak kemana pun...
Aku tak sangka adik aku pergi pada 26/2/2010
doa ku sentiasa untuknya...
Dapat dah... BIT (Hons) - UUM
Sahabat yang baik hati... huhuhu
Kawan2 ku sejak 2002, Sh Salmah jer sejak 2000.. huhuhu
Kawan baik ku sejak sekolah rendah lagik... dah kawen pun... antara kawan paling lama lah... Tahniah Azida...

Coretan popular