Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, ¿Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!¿
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,
¿Sayang! Jika disebabkan suara, aku mencintai mu¿ sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu¿sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan senyuman, aku mencintai mu¿ sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah, aku mencintaimu¿. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu¿ ia boleh dirasai dalam hati.¿
Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu
Aminkan doa ini... Sahabatku, aminkan doa ini agar Allah membukakan sembilan pintu kebaikan unt kita dihari ini. "Allahumaftah lana abwabal khairi wa abwabal barakati wabwabash shihhati wa abwabas salamati wa abwabal afiyati wa abwabal jannati" "Ya Allah, bukakanlah bagi kami pintu kebaikan, pintu keberkahan, pintu nikmat, pintu rizki, pintu kekuatan, pintu kesehatan, pintu keselamatan, pintu kebugaran, pintu surga"(HR. Tirmidzi). Amienn...
Tuesday 15 March 2011
Coretan popular
-
Bismillaahirrahmaanirrahiim. Assalamu’alaikum wr.wb. Bapak, Ibu, Saudara/i yang dirahmati ALLAH, > DOA untuk orang-orang yang di...
-
Wahai wanita, di sini sebagai lelaki ingin berkata sesuatu. Tahukah korang yang lelaki suka perempuan yang seksi? Tapi tahukah isteri, su...
-
Baru-baru ini aku menerima panggilan dari seorang warga Brunei, Puan Nana. Pn Nana nie nak beli kereta mainan untuk anak dia berumur 10 bul...
-
Sekarang nie kan, banyak sungguh la krim pencerah diiklankan kat TV, majalah, radio, surat khabar, internet, dan media-media lainnya. Kenapa...
-
Biodata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Umur : 53 tahun Pendidikan : SPM Mula berniaga : 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau) Keka...
-
Himpunan Hadis Hadis Rasullulah ( Hudud ) BAB BUNUH عَنْ عَبْدِالله قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَو...
-
Sahabatku, aminkan doa ini agar kita diberi kekuatan, kesabaran & kesembuhan luka hati karena orang yg kita cintai. "Ya Allah, beri...
-
‘Nabi’ adalah manusia yang diberikan wahyu oleh Allah SWT kepadanya dengan membawa syariat untuk diamalkan dan tidak diperintahkan untuk men...
-
Shalat hajat ini dilakaukan saat kita punya hajat yang sangat penting. Kemujarraban shalat hajat ini ditegaskan oleh Rasulullah saw dalam...
-
Himpunan Hadis - Hadis Rasullullah 10 Hijrah Satu Perjuangan Hadith : Dari Abdullah bin Mas’ud, katanya:”Bahawa Rasulullah s.a.w bersabd...