Maha
Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada satu
malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati
sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat.
(Surah Bani Israil: 1)
|
Sempena
bulan Rejab yang mulia ini, saya ingin merakamkan kisah yang sangat
bermakna lagi simbolik dalam sejarah kemanusiaan iaitu Israk dan Mikraj.
Kisah ini merupakan rentetan peristiwa yang berlaku ke atas Nabi
Muhammad saw. secara real sebagai satu anugerah dan penghormatan Allah
kepada baginda untuk memberikan satu pengiktirafan yang teragung kepada
Penghulu segala nabi dan rasul. Ia juga merupakan satu mukjizat yang
tidak diberi kepada mana-mana rasul sebelum ini. Selain itu, ia juga
adalah merupakan satu perutusan diraja untuk penyampaian anugerah yang
paling agung iaitu solat. Kesemua ibadat seperti zakat, puasa atau haji
disampaikan melalui malaikat Jibril, tetapi solat oleh sebab ketinggian
darjatnya, ia disampaikan secara langsung melalui satu peristiwa
gemilang lagi kudus di antara Rabbul Jalil dengan Nabi Muhammad saw.
Inilah detik teragung dan pengalaman yang paling manis buat Nabi
Muhammad setelah mengalami tekanan perasaan apabila dua orang
penyokong kuatnya iaitu Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib
meninggal dunia.
Perlu
dinyatakan di sini bahwa oleh kerana kejadian ini berlaku secara
'luarbiasa', kita jangan sekali-kali mempertikaikan kesahehannya. Ia
mesti dipandang sebagai satu kebenaran sebab ia adalah mukjizat Allah
dan juga termaktub di dalam Al-Quran, sebagaimana yang tercatat di atas.
Sebenarnya Israk Mikraj menguji keimanan kita. Mereka yang percaya
adalah manusia pilihan Allah manakala yang meragui kebenaran ini
termasuk dalam kumpulan Abu Jahal yang mendustakannya. Manusia pertama
yang percaya bulat-bulat 100% ialah Saidinia Abu Bakar. Lantas dia
digelar As-Siddiq. Perjalanan misteri ini adalah melibatkan jasad dan
ruh Nabi Muhammad bukannya ruh saja (seperti dalam mimpi) sepertimana
yang didakwa oleh orientalis. Dalam kesempatan ini saya perturunkan
kisah tersebut secara agak detail supaya dapat dikongsi bersama dan
dijadikan bahan renungan untuk dijadikan iktibar. Yang baik kita jadikan
teladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan.
Kejadian
Isra' (perjalanan dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis) dan
Mikraj (perjalanan dari alam bumi ke alam langit hingga ke Sidratul
Muntaha) ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum hijrah.
Ketika itu Nabi sedang berbaring-baring bersama Saidina Hamzah dan
Saidina Ja'afar di Hijr Ismail (Masjidil Haram), tiba-tiba datang
malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Nabi ke telaga Zamzam. Di sana
Nabi ditelentangkan dan berlakulah pembedahan di mana dada Nabi dibedah
untuk dikeluarkan hatinya. Hati nabi dicuci dengan air zamzam. Kemudian
dimasukkan semula bersama unsur ruhani iman dan hikmat. Setelah itu
dadanya dijahit dan dimatrikan dengan khatimin nubuwwah. (Kejadian
ini menjelaskan kepada kita bahawa peringkat pertama untuk berjalan
menuju Allah ialah pembersihan diri dari segi jasmani dan rohani).
Selesai
Nabi Muhammad menjalani operasi pembersihan jasmani dan rohani, baginda
dipersilakan oleh Jibril untuk menunggang sejenis kenderaan yang amat
canggih iaitu Buraq (seekor binatang dari alam malakut yang mempunyai
pergerakan yang teramat laju). Mengikut satu riwayat Buraq yang dipilih
oleh Jibril ini merupakan satu-satunya haiwan yang mempunyai ciri
teristimewa kerana sejak mendengar nama Nabi Muhammad, ia tidak tahan
menanggung rindu sehingga tidak lalu untuk makan dan minum, bahkan saban
masa duduk menangis tersedu-sedu. (Peristiwa
ini menggambarkan kepada kita sedangkan seekor haiwan mempunyai rasa
hormat yang amat tinggi terhadap Nabi Muhammad, betapa hal dengan diri
kita yang mengaku sebagai umat Muhammad)
Buraq
yang dibawa oleh Jibril itu agak liar tetapi bila Jibril mengatakan
yang Nabi Muhammad akan naik di belakangnya, badannya berpeluh dan
dengan rasa malu merendahkan badannya untuk ditunggang oleh Nabi. Buraq
terus membawa Nabi dengan diiringi oleh Jibril di sebelah kanan dan
Mikail di sebelah kiri. Maka bermulalah perjalanan yang amat bersejarah.
Beberapa
minit perjalanan, sampailah di suatu tempat bernama Thaibah (Medina).
Di sini Jibril menyuruh Nabi berhenti untuk melakukan solat 2 rakaat dan
memberitahu di sinilah kelak Nabi akan melakukan hijrah. Kemudian
perjalanan diteruskan lagi hingga sampai di satu tempat iaitu Bukit
Tursina, iaitu tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu. Di sini Nabi
berhenti untuk melakukan solat dua rakaat. Perhentian seterusnya ialah
di Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa, di mana Nabi sekali lagi
mengerjakan solat. (Peristiwa
ini menggambarkan kepada kita tentang perlunya mengerjakan solat sunat
apabila singgah di masjid atau di tempat-tempat yang mulia)
Perjalanan
diteruskan lagi. Dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, Nabi diperlihatkan
dengan pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil-ganjil. Setiap kali
melihatnya, Jibril menerangkan hakikat sebenar peristiwa tersebut. Di
antaranya adalah:
|
|
Malaikat Jibril ajarkan doa menagkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersungkur
|
|
|
Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang
|
|
|
Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat
|
|
|
Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.
|
|
|
Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain.
|
|
|
Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya.
|
|
|
Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka.
|
|
|
Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya.
|
|
|
Seruan orang Yahudi. Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi Yahudi
|
|
|
Seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam
|
|
|
Gambaran tipu daya dunia. Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengan keduniaan.
|
|
|
Seruan Iblis cuba menghalang usaha dakwah
|
|
|
Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat
|
|
|
Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun.
|
|
|
Gambaran orang yang suka berpeleseran dan melepak
|
|
|
Gambaran orang yang makan riba'
|
|
|
Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah.
|
Selepas
menyaksikan pelbagai jenis panorama, akhirnya sampailah mereka di
Baitul Maqdis. Di sana telah menanti satu jemaah para nabi terdahulu.
Nabi Muhammad saw solat tahyatul masjid dan Jibril menyuruh Nabi
mengimami solat bersama barisan nabi terdahulu.
Kemudian
Nabi dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak dan madu.
Nabi memilih gelas berisi susu, minuman fitrah manusia.
Selesai
upacara Israk, sampai ketika Nabi Muhammad diMikrajkan. Sejenis tangga
yang canggih seakan escalator membawa Nabi ke angkasa. Maka bermulalah
episod mikraj dari langit pertama hingga ke tujuh dan kemudiannya ke
Sidaratul Muntaha. Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi
salam dan sebaik Malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad
saw diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi
mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad.
Langit pertama
|
Nabi berjumpa Nabi Adam, bapa segala manusia.
|
Langit kedua
|
Berjumpa dengan Nabi Isa dan Yahya.
|
Langit ketiga
|
Berjumpa dengan Nabi Yusof
|
Langit keempat
|
Berjumpa dengan Nabi Idris
|
Langit kelima
|
Berjumpa dengan Nabi Harun
|
Langit keenam
|
Berjumpa dengan Nabi Musa
|
Langit ketujuh
|
Berjumpa dengan Nabi Ibrahim
|