Pages

Monday 12 December 2011

Daulat Tuanku...

SEMBAH TAHNIAH DAN UCAP SELAMAT.
DIATAS PERLANTIKAN TUANKU ABDUL HALIM MUADZAM SHAH, SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN,
DAN SULTANAH HAMINAH HAMIDUN, SULTANAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN....,
SEBAGAI YANG DIPERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG YANG KE-14



DAULAT TUANKU

Selamat Bersemayam Diatas Takhta Kerajaan Malaysia Buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang Dipertuan Agong ke-14, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

Bagi aku, Sultan Sbdul Halim tidaklah asing pada diri aku kerana aku pernah bermastautin di negeri baginda selama lima tahun. Pernah juga bersua muka serta bersalaman dengan tuanku sewaktu aku menuntut di Universiti Urata Malaysia. Semasa aku menjalani Latihan Praktikal di Jabatan Zakat Negeri Kedah juga sering menghadiri majlis yang dihadiri baginda.
Pada aku secara peribadi aku senang dengan baginda, Walaupun baginda seorang sultan, namun sering menghadiri majlis yang melibatkan rakyar jelata. Baginda sering meramah mesra serta kekadang aku melihat baginda seolah-olah separti rakyat jelata.

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah yang Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelima.
Baginda diputerakan di Alor Setar, Kedah dan menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan juga merupakan Sultan Kedah yang ke-27.
Baginda diputerakan sebagai Tunku Abdul Halim, baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah, yang kemudian menjadi Raja Muda Kedah oleh Tunku Safiah binti Tunku Mahmud.
Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, dan mewarisi takhta ayahanda baginda pada 1958. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak.
Setelah memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda kembali memerintah sebagai Sultan Kedah pada 21 September 1975, hingga kini.
Sultan Abdul Halim mempunyai dua sultanah rasmi:
1. Tuanku Hajjah Bahiyah, anakanda Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, dan
2. Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kini Sultanah Kedah.
Pada 13 Disember 2006, baginda telah dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua ketika Tuanku Mizan Zainal Abidindiisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Kali pertama baginda menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong ialah ketika Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-4.
Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut ulang tahun pemerintahan baginda ke 50 atau Jubli Emas.

Coretan popular