Pages

Saturday 17 December 2011

hijrahku...

Kini aku berhijrah ke timur pula. Setelah hampir satu abad aku di perantauan, destinasi terbaru aku bermastutin kali ini adalah di Pahang. Lebih tepat lagi adalah di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka Pahang. Alhamdulillah semuanya berjalan agak lancar disini. Rumah dan pengasuh anak dah pun beres, cuma sekarang pasaran kerjaya aku jer yang harus aku tekan kan. Aku dah mula mengedar iklan dan broucher sebulan lalu. Walaupun masih agak perlahan sambutannya namun aku berharap ia akan berjaya nanti. Selain itu aku juga ada merancang agenda lain untuk menapak di sini.

Pelan-pelan kayuh... Peluang ader, kena tingkatkan usaha la.. kekadang pening gak kalo tetiba ada hal kat KL, kena tingaklan anak dan isteri.. Inilah dugaan namanya kan.. Pengorbanan untuk keluarga..

Apa yang pentIng sekarang kat sini, nak cari network dulu.. dah ader network baru la senang nak bergerak. Setakat nie ader la aku jumpa beberapa orang kat sini, antaranya pengurus, lecturer, student jer aku x jumpa lagi, walaupun ramai kat sini.. mb masih belum ada peluang kot...

Tinggal kat sini best, sunyi, teneng, rilex jer.. Udara pun segar, sejuk jer, x perlu air cond pun. walaupun Tak banyak kemudahan yang ada seperti panggung wayang, bowling, shopping mall, dll, memadailah dengan apa yang ada nie. kalo nak semua tu, drive jer balik KL, 2 jam jer pun kan.. Kat sini ader satu perkara jer yang tak best nyer, ader orang yang suka bercakap tentang orang lain. Nak bercakap boleh, tapi kena la dengan fakta yang betul, kenal la dulu orang yang nak di cakapkan tu, jangan main hentam jer. Jumpa pun baru 2 3 kali, tetiba nak sakap pasal aku dan keluarga aku. Apa nie, tak kenal pun dengan aku, tak tau pun apa aku buat, tak selidik pun siapa aku kan. Apa-apa pun, terima jer la, tak ada manusia sempurna, tapi yang cakap pasal aku tu memang sangat tak sempurna orangnya.. hehehe...

Sekian, Barakaallah...

Coretan popular