Pages

Thursday 26 January 2012

3series



Tahun ini, sedar tak sedar usiaku dah meningkat ke angka 3. Dah 30 tahun aku tahun ini rupanya yer. Tak terasa pun masa berlalu. Rasa baru semalam aku baru 20 tahun. Pertma kali jejak kaki kat U. Dok kolej, ke kuliah, hari sabtu ada Ko-K, petang-petang lepak ngan kawan-kawan kolej. Malam makan sama-sama kat cafe. Swekarang semuanya dah berubah 360 darjah. Tiada lagi alam remaja, tiada lagi kuliah, kawan-kawan U dulu pun setakat SMS dan bertanya khabar kat FB jer. Nasib baik gak ader FB, tau gak la perkembangan diorang. Sekarang masing-masing dah ada keluarga sendiri, masing-masing ada urusan kerja sendiri yang perlu diselesaikan.
Selama hidup ini aku rasakan dah banyak asam garam kehidupan aku lalui. Dari zaman sekolah rendah, menengah, Universiti, pekerjaan, perkahwinan, dan kini mendapat cahata mata.

Zaman sekolah rendah dan menengah aku biasa jer, tk ada yang menarik pun pada diri aku nie. Ada tiada aku tak memberi kesan apa-apa pun. Bukan lah best student, best atlet atau pelajar kesayangan cikgu ker. Keputusan peperiksaan aku pun tiada yang boleh dibanggakan.

Beralih ke zaman Universiti memang suatu yang baru dalam sejarah hidupku. Tidak terjanggka aku akan masuk U. Pada mula aku mendapat tawaran belajar di U dulu aku menolaknya. Sehingga aku dapat tau hampir semua classmate aku masa di tingkatan 6 masuk U yang sama. So aku pun tak la rasa keseorangan sangat. Bukan dekat tu nak berhijrah ke Utara.. UUM.. Sama seperti zaman sekolah aku gak la, kat U pun aku bukan lah aktif sangat, tak adda la bijak sangat pun.. keputusan peperiksaan pun sekadar cukup makan jer. Aku habiskan masa 4 thun lebih kat U, bukan apa, aku ambik cuti semester untuk bekerja di KL.
Beralih ke alam pekerjaan aku memang teruja bila dapat pendapatan sendiri. Bekerja dengan sebuah syarikat IT di Subang Jaya yang menendalikan rangkaian komputer dan server. Lepas grade pun aku sambung bekerja balik di syarikat ni. Best sangat aku rasa bekerja di sana. Aku enjoy dengan kerja aku. Banyak tanggungjawab yang diberikan pun aku rasa enjoy jer, coz aku happy dengan apa yang aku lakukan. 3 tahun aku bekerja di syarikat ini akhirnya aku beralih ke syarikat lain pula, dimana kali ini aku adalah shareholder dalam syarikat. Kongsi ngan bekas pengarah syarikat dulu gak. Di sini aku sedikit tertekan lah, coz ada beberapa perkara yang aku tak berapa nak bekenan. ada sedikit salah laku dalam perniagaan pada salah seorang shareholder. Memandangkan aku tak nak perkara ini berlarutan dan mula menjadi semakin rumit, aku tarik diri.

Setelah itu aku dilamar pula oleh syarikat telekomunikasi terkemuka negara untuk menjadi Customer Support Representative atau CSR. Kerja syift uruskan masalah internet pelangan. 6 bulan jer aku bertahan. Bukan apa, masa tu aku dah kawen, wife aku mengandung. Jadi aku tak boleh la nak kerja syift yang terikat dengan masa kerja. Aku tinggal berjauhan dengan isteri aku, so kalau ada apa-apa kecemasan, atau kalau ada baby nanti, aku kena la menemati isteri aku di rumah terutamanya pada waktu malam.

Berhenti jer jadi CSR aku buat bisness sendiri. Aku bebas menentukan masa aku kerja dan cuti. Macam-macam la aku buat.. semua yang berkaitan IT, buat web, sistem, blog, server, cctv, alarm, network, elektrik, computer, notebook, printer, banyak lagi la.. dan yang terbaru, barangan baby dan kanak-kanak..
Aku akhiri zaman bujang aku pada usia aku 28 tahun. Perjalananku ke alam rumahtangga amat mudah dan dipermudahkan. Berkenalan dengan isteri aku pada bulan ramadhan 2009, berkawan dan saling mengenali. Awal tahun baru 2010 aku lamar dia, dia setuju, aku maklumkan pada kedua ibu bapa aku, mereka restu. Alhamdulillah. Bulan Jun kami bertunang. 4 bulan lepas tu kami nikah, pada tarikh keramat 10.10.10. dan pada hari ulang tahun aku ke 29, 14.11.10, kami raikan pernikahan kami di kampung aku, Kuching Sarawak. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Rumahtangga yang dibina tidak akan lengkap tanpa kehadiran cahaya mata. Tanggal 21 Julai 2011, lahirlah puteri sulung kami yang diberi nama Rif Marissa. Semoga dengan kelahiran cahaya mata ini akan menambah dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kami sekeluarga.


Walau apa pun, setiap tahun yang mendatang, maka kita sebenarnya semakin menghampiri hari akhir kita iaitu kematian. Kita semua tak tahu bila masa kita mengadap Illahi. Jangka hayat rakyat malaysia menurut Kementerian Kesihatan Malaysia adalan sekitar 70-80 tahun. Adakah kita akan mencapai angka itu nanti. Aku yang dah masuk angka 30 tahun nie kalau ikut ramalan jangka hayat KKM tu ada lagi 40-50 tahun lagi berada di dunia ini. Mungkin juga kurang. Siapa tahu?

Apa persiapan kita untuk bekalan menemui Illahi nanti. Mungkin sekarang kita sibuk merencanakan masa depan kita setelah bersara nanti. Adakah cukup duit pencen dan KWSP untuk menampung keperluan kita di hari tua nanti. Kita sibuk merencanakan masa tua kita. Memang tak salah, kerana ia merupakan perancangan untuk kita hidup dengan lebih selesa pada hari tua nanti. Tanpa mengharapkan ehsan dan bantuan daripada badan kebajikan mahupun saudara mara.


Pernahkan kita merancang bekalan untuk menemui Illahi nanti. Hari yang kita tak tahu bila akan tiba, mungkin juga hanya tinggal setahun lagi, sebulan, seminggu, ataupun masa kita cuma bersisa sehari sahaja lagi. Adakah cukup bekalan untuk kita menemui Illahi nanti? Amal apa yang akan kita persembahkan pada Allah nanti untuk memungkinkan kita mendapat rahmat dan syurga-Nya.


Mungkin kini kita boleh menilai kembali apakah bekalan yang selayaknya kita bawa untuk menemui Illahi nanti. Kehidupan di dunia ini hanya sementara, tetapi persiapan kita untuk hal dunia ini seolah-olah kita akan selamanya di dunia. Akhirat yang abadi, persiapan kita pula yang ala kadar untuk ke sana. Sehari ada 24 jam atau 1440 minit, berapa minitkah yang kita gunakan untuk sujud menyembah Yang Maha Pencipta.

Berusahalah seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi, Beribadah lah seolah-olah kita akan mati esok. Dengan itu kita akan dapat mengimbangi keperluan di dunia dan akhrirat.

Saya berpesan untuk diri saya, keluarga, sahabat, dan semua umat Nabi Muhammad di bumi ini.

InsyaAllah...

Barakallah..

Wassalam...

Coretan popular