Pages

Thursday 26 May 2011

Cerita Pasal Babi



Sepertimana diketahui umum,Islam telah mengharamkan babi dan telah dikategori sebagai Najis Mughallazah iaitu najis berat.Umat Islam juga diharamkan daripada menyentuh babi apatah lagi memakannya.

Mengenai babi ini juga,para ulama telah bersepakat bahawa daging babi ini haram dan tidak boleh dimakan sekalipun diproses dan dibersihkan dengan penggunaan teknologi terkini yang dianggap boleh menghapuskan kuman dan bakterianya.

Di sini,salah seorang Ulama’ yang terkemuka telah memberikan kita penjelasan mengenai pengharaman babi ini.

Pada suatu ketika, Imam Muhammad Abduh mengunjungi negara Perancis. Imam Muhammad Abduh adalah seorang tokoh besar dalam perjuangan dan dakwah Islamiah. Sewaktu berada di Perancis, masyarakat di sana bertanyakan beliau tentang mengapa dan rahsia pengharaman babi atau khinzir dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam Muhammad Abduh, “Kalian (umat Islam) mengatakan bahawa babi haram kerana ia memakan benda kotor yang mengandungi cacing,kuman dan bakteria-bakteria yang lain.Hal itu sekarang ini sudah tidak ada lagi kerana babi diternak melalui kaedah penternakan moden dengan kebersihan yang terjamin dan proses strelilisasi yang mencukupi.Bagaimana mungkin babi-babi itu terkena jangkitan cacing,kuman dan bakteria?”

Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu. Dengan kebijaksanaannya, beliau meminta mereka membawa dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina, dan dua ekor babi jantan dan seekor babi betina. Mengetahui hal itu,
mereka bertanya,”Untuk apa semua ini?” Beliau menjawab,”Penuhi apa yang saya pinta, maka saya akan memberikan jawapan dan suatu rahsia.”
Lalu mereka pun memenuhi permintaan Imam Muhammad Abduh. Kemudian beliau memerintahkan agar dua ekor ayam jantan dengan seekor ayam betina dilepaskan dalam satu kandang.Kedua ayam jantan itu lantas berkelahi dan saling membunuh untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri sehingga salah seekornya hampir tewas. Imam Muhammad Abduh lalu memerintahkan kedua ekor ayam itu dikurung kembali.

Kemudian, beliau memerintahkan mereka untuk melepaskan dua ekor babi jantan bersama seekor babi betina pula. Kali ini mereka menyaksikan satu keanehan.Salah seekor babi jantan itu membantu seekor lagi babi jantan untuk melaksanakan hajat seksualnya (nafsu syahwat) tanpa rasa cemburu,tanpa harga diri atau keinginan untuk memjaga babi betina dari menjadi mangsa teman sejenisnya.

Melihat hal yang demikian, Imam Muhammad Abduh berkata,”Saudara-saudara, daging babi membunuh ‘ghairah’ orang yang memakannya.Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalangan kamu melihat isterinya bersama lelaki lain membiarkannya tanpa rasa cemburu.”Seorang bapa di antara kamu melihat anak perempuannya bersama lelaki asing (bukan mahram) dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu atau marah.Ini kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya kepada orang yang memakannya.”

Imam Muhammad Abduh dengan cara yang tersendiri telah memperlihatkan kepada masyarakat Barat bagaimana istimewanya hukum yang telah ditetapkan dalam Islam.Ia semata-mata untuk kebaikan dan kesejahteraan bukan sahaja umat Islam,tetapi juga untuk seluruh alam ini.


Coretan popular