Pages

Wednesday 18 May 2011

Bertemu Kekasih Allah

Didalam sebuah hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairoh bahwa Rasulullah saw bersabda,
”Barangsiapa yang melihatku disaat tidur maka seakan-akan dia melihatku pada saat terjaga dan setan tidaklah dapat menyerupaiku.” (HR. Bukhori)

Aku pernah coretkan peristiwa ini bulan lepas. pertama kali aku bermimpi bertemu rasulullah.. masa tu aku cuma melihat baginda dari belakang dan cuma melihar tanda kenabian baginda iaitu Khatamul Nabuwwah dan aku dapat lihat dengan jelas tanda itu.

Minggu lepas, sekali lagi aku bermimpi bertemu baginda rasulullah. Dalam mimpi kali ini aku bertemu dengan badinda di Masjid Nabawi. Ketika itu keadaan agak gelap, waktu sebelum subuh. Aku nampak baginda dari jauh dan aku mendekati baginda dan kami bersalaman,

Pada ketika itu aku dapat melihat wajah baginda dan baginda memakai jubah bewarna hitam tanpa serban. aku jelas nampak rambut baginda yang agak kerinting cecah ke bahu.

Peristiwa ini aku ceritakan pada isteri aku pada pagi itu. Dia nasihatkan aku supaya niatkan dalam diri untuk ke tanah suci juka ada rezzeki nanti. InsyaAllah...

Subhanallah... sungguh besar kurniaan Mu ini Ya Allah.. aku dipertemukan dengan kekasih-Mu untuk kedua kalinya. Walaupun amal ku tak seberapa, namun tetap aku berpeluang berjumpa Baginda. Aku tau betapa susahnya orang lain untuk mendapatkan mimpi bertemu Rasullullah dan aku bersyukur sangat kerana aku terpilih untuk bertemu baginda walaupun hanya dalam mimpi.

InsyaAllah jika ada rezeki nanti pasti aku akan menjejakkan kaki ke tanah suci dan Masjid Nabawi serta menziarahi makam baginda di sana...

Ya Rasulullah... sesungguhnya aku amat rindu padamu...

Coretan popular