Pages

Thursday 5 May 2011

TV Malaysia


Sepanjang minggu nie sementara menunggu techniction astro datang betulkan antenna diorang tu aku pasang la areal biasa, bagi boleh tengok tv la kan. Maklumlah baru pindah kan, buka sendiri antenna tu, dan bila pasang pulak, x dapat siaran… kena la panggil techniction astro nak betulkan. 

Kisahnyer bila aku tengok channel percuma nie, aku rasa cam bukan berada di Malaysia jer… Mana tak nyer, hampir semua siaran mempertontonkan rancangan dari luar. Indonesia, korea, jepun, barat, bollywood… berapa kerat sangat la rancangan Malaysia. Yang ader pun jalan cerita yang sama jer. Cerita orang kaya-kaya, datuk-datuk, datin-datin, business juta-juta, tak pun cerita anak derhaka, iateri atau suami curang, paling aku menyampah, cerita hantu tang tahyul mahyul tu. Patutnya diharamkan la cerita tu. Boleh merosakkan akidah penonton, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang baru nak mengenal dunia nie. Astagafirullah al azim…

Seminggu masa aku menonton siaran percuma nie cukup membuatkan aku mual dengan rancangan yang di siarkan…

RTM1 –Stesen TV kerajaan, semuanya mesti menyokong dasar-dasar kerajaan lah kan. Tapi bagi la yang berkualiti sikit.. tak banyak, sikit jer cukup lah… nie semua yang taraf untuk tontonan warga emas.. setarag dengan usia RTM jugak la kan…
RTM2-stesen kerajaan jugak, 1 malaysia la, ader cerita cina dan india. Ok lah… to tak kan memanjang jer cina dan india nyer… ader pun cerita dari barat, dah lapok la sayang… stesen lain dah lebih awal tayang dah… sabor jer la…

TV3 – Stesen swasta pertama Negara. Terlalu banyak kontroversi ditayangkan. Dari segi berita memang aku respek la, tepat dan padat. Bab-bab hiburan nie, merapu sangat la.. cerita pun, cari la yang lain sikit… sama jer jalan cerita nyer… orang dah tau dah camana ceritanya kalo dalam slot samarinda tu, x yah tgk pun tak pe dah…

NTV7 – Stesen bawah naungan Media Prima. Awal kemunculan sebelum diambil alih oleh Media Prima, Stesen ini banyak menayangkan program berbentuk keislaman. Akan tetapi setelah diambil alih oleh Media Prima, ia lebih kepada rancangan dari China, jepun, dan korea. 

8TV -  Juga merupakan stesen Media Prima. Hampir semua rancangan stesen ini untuk orang berbangsa Cina. Seolah-oleh aku berasa di Singapore jer kalau bukak channel ini.

TV9 – juga stesen TV Media Prima. Kayaknya aku seperti berada di Jakarta kalau nonton rancangan di channel ini. Waduh…. Gawat nie..

TV Al Hijrah – Baru menapak dalam industry penyiaran. Siaran nya pun hanya boleh ditonton di kawasan lembah kelang sahaja. Banyak rancangan dari timur tengah dan program yang berkonsepkan keislaman. Inilah stesen TV untuk Orang kita…Islam Malaysia… aku bangga kerana ada stesen TV ini. Semoga ia kekal sampai bila-bila dan mengekalkan konsep keislaman dalam rancangannya. 

Malaysia Negara Islam, tetapi stesen TV Malaysia tidak mengambarkan hal ini.. Kenapa? Dimana salahnya? Fikir-fikirkan… adakan rancangan-rancan seperti ini yang akan menjadi ikutan anak-anak kita nanti..

ASTRO – Soal astro aku memang tak nak komen sangat kerana Astro nie stesen berbayar. Rancangan memang menarik, macam-macam ada… semua ada dalam astro ini.. bukan setakat 1 malaysia, 1 dunia ada. Kenapa aku tak nak komen tentang rancangan Astro ini. Kerana, ia boleh dikawal oleh orang dewasa. Channel yang tak perlu, x payah la ambik, kalau untuk tontonan dewasa je pun ia boleh di kawal pada decoder dia kan.. so, apa ada hal..  

Semoga kita lebih matang dalam menilai rancangan untuk tontonan seisi keluarga terutama anak-anak kita yang baru nak mengenal dunia…

Wallahualam…

Coretan popular