Pages

Wednesday 4 May 2011

Pindah Rumah


Barakallah…

Assalamualaikum… 

Coretan aku mingggu nie agak banyak la… kerana banyak perkara yang berlaku dalam seminggu dua nie.  Aku mulakan dengan aku pindah rumah dulu yer..

Al kisahnyer, aku pindah rumah minggu lepas, memang serabut la kepala kan nak pindah rumah, walaupun dekat jer… tapi barang rumah aku tu banyak, nak pindah rumah apartment pulak. Bayangkanlah rumah clouster 2 tinggkat nyer barang nak sumbat dalam rumah apartment kos sederhana. Pening gak aku canama nak sumbat kan..

Jarak rumah lama ngan baru nie x sampai pun 3 km.. nak sewa lori cam x berbaloi jer.. Call lori dia caj RM80 tanpa pekerja… nak bukak aircond pun sama gak, RM80, semua nak RM.. last sekali aku dapat idea… dengan bersumberkan kereta 2 buah (sedan n mini) aku nekad mengangkut barang-barang rumah aku naik kereta tu jer… Bayangkanlah camana sofa, katil Queen size, almari makeup, meja makan, cabinet TV, almari baju yang kecik, meja tulis, katil single, rak dapur, peti sejuk… boleh masuk dalam kereta tu.. fuhhh… Dekat 20 trip aku bawak barang-barang tu. 2 hari gak baru selesai..  Cuma 2 benda jer aku tak boleh nak angkut… 2 almari pakaian yang besar la.. yang tu aku mintak tolong kawan isteri aku. Dia ader 4wd pickup. Thanks En Adin..  Aircond pulak aku mintak tolong kawan aku bukakan.. Thanks Syakirin Mansor.

Dua hari yang sungguh memenatkan aku… blm habis lagi tu, rumah baru nie pulak nak kena kemas, ambik lagi masa satu hari mengemas semuanya… so masa aku nak setelkan semua nie 3 hari la.. siap rumah nie aku kemaskan, tebuk menebuk utk pasang rak, susun barang, wiring elektrik, cabling astro… memang sungguh meletihkan. Ada gak la benda yang aku tak buat lagi.. CCTV aku rasa cam tak perlu jer, so aku simpan jer la, aircond pun aku x pasang lagi, internet belum masuk lagi sehingga hari ini (5/5/11) Aku online pun sekarang nie guna HP jer.. subscribe 24jam broadband dan connect ke notebook aku via Bluetooth.. itu la pentingnya IT education… (versi usop)

Hari ke empat tu aku dah terasa lenguh-lenguh badan.. nasib baik ader kenal mamat tukang urut badan nie.. leh gak dia urutkan aku. Dia tinggal dekat jer ngan rumah lama aku kat C7 Putra Perdana tu.. Pakar dalam urutan traditional.. Lepas urut tu baru lega sikit…
Alhamdulillah lah semuanya berjalan lancar… so far rumah baru nie environment nya sangat menarik.. view mengadap highway PLUS, angin memang tak payah nak on kipas pun petang-petang… lepak kat koridor sangat best. 

Last sekali bernanyak terima kasih kepada semua yang turut membantu, Zaidi3d, Mie Jisung, Sham SP, Pogee Muar, Syakirin Mansor dan lain-lainnya… Untuk penduduk C7 Putra Perdana, Aku gembira bersama kalian selama 3 tahun di sana. Untuk yang baru nie, aku harap dapat tetangga yang baik hati dan saling memahami … InsyaAllah.

Coretan popular