Pages

Wednesday 18 May 2011

Isteriku…


Aku baru bernikah 7 bulan.  Selama kami bergelar suami isteri aku rasa kali ini aku habiskan masa paling lama bersama isteri aku. Selalunya 2 minggu sekali baru aku akan jumpa dia, tak pun dia datang ke sini. Yer la, kamiberjauhan kerana factor kerja. Dia bekerja di Pahang dan aku di KL. Hujung minggu jer la masa untuk kami jumpa. 

Isteri aku kini mengandung anak sulung kami, 7 bulan dah usia kandungan nya.  Sebelum nie memang tak ada masalah pun ngan kandungan ataupun kesihatan dia. Awal bulan nie, dia mengadu ada sedikit pendarahan. Sebab itu, aku suruh la dia pergi cek kat klinik. Bila cek tu, doctor suruh masuk wad. Kerana tak pernah berlaku, aku pun sedikit rasa panic la. Walaupun zahirku Nampak cool jer. 

Petang khamis dia dimasukkan ke wad, petang tu jugak la aku bergegas ke Pahang. Walaupun aku sampai agak lewat, namun sedaya upaya aku nak jugak masuk jumpa dia malam tu. Alhamdulillah pengawal membenarkan aku masuk. 

Jangkaan aku dia Cuma masuk wad sehari jer, akan tetapi hari sabtu baru doctor membenarkan dia keluar wad.  Tak pe la, untuk kesihatan dia, aku sedia menunggu dia di wad tu. Bila dah boleh keluar, kami terus berangkat ke KL. Berehat jerk at rumah. Dia pun ambik cuti untuk berehat. Selama itu lah aku menemani dia di rumah.  Yer la, Selama nie mana la pernah kami dok lama kan. Selama dia berada di rumah, aku memang amat berat hati nak keluar rumah tanpa ada dia bersama, walaupun untuk seketika. Sedaya upaya aku elakkan melakukan kerja di luar. Walaupun ada gak aku tinggalkan dia sendirian di rumah, namun hati aku tetap ingat kat dia. Kalau boleh nak jer aku balik secepat mungkin.  

Lama gak la dia bercuti. Dalam 2 minggu gak la. Ada meeting yang terpaksa dihadiri pun aku temankan, walaupun jauh. Kalau boleh setiap masa aku tak nak dia hilang dari pandangan mata aku. Ini lah masa paling lama kami bersama. Masak bersama, makan bersama, keluar bersama, semuanya kami buat bersama-sama. Seronok sangat aku rasa. Hinggakan aku lupakan semua masalah yang sedang aku hadapi. Lansung aku tak fikirkan masalah aku, kerana aku ada dia disisi. 

Semalam aku terpaksa menghantar dia balik ke Pahang, berat hati nak hantar dia dan berpisah lagi buat seketika, namun aku terpaksa kerana dia harus bekerja. Sampai bila nak cuti jer kan. Walaupun kami berjauhan, namun aku tak pernah walau sedetik melupakan dia. Sentiasa aku ingat kat dia. 

Kini aku sendiri lagi kat rumah nie. Makan sendiri, masak sendiri, keluar sendiri. Sms dan panggilan telefon jer pengubat rindu aku pada dia. 

Sayang… Miss U, Love U so much…

Saya akan sentiasa bersama awak dalam susah dan senang.

Coretan popular