Pages

Sunday 3 July 2011

ADAB DALAM MASJID

Tahiyatul Masjid (Menghormati Masjid) :-
Mengerjakan solat sunnah Tahiyatul Masjid sebagai menghormati rumah Allah sebelum duduk.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud :-
"Apabila ada diantara kamu memasuki masjid, maka hendaklah dia rukuk (solat dua rakaat sebelum duduk)." (diriwiyatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Shalat tahiyatul masjid adalah shalat yang sangat dianjurkan sekali, yang dilakukan bila kita masuk masjid dan belum duduk. Bila khatib sudah naik mimbar tidak ada shalat sunah yang boleh kita lakukan kecuali shalat tahiyatul masjid. Karena ketentuannya pada shalat bukan pada faktor luarnya, apakah ada adzan atau imam sedang khutbah, tetap kita melakukan shalat tahiyatul masjid. Apalagi ada riwayat yang menyebutkan bahwa ada orang datang terlambat dan langsung duduk sementara Nabi saw sedang berkhutbah, lalu beliau menegur orang tersebut agar melaksanakan shalat tahiyatul masjid.

Nasiruddin berkata :-
"Rasulullah SAW telah menyuruh Salik al-Qaftani supaya mendirikan solat al-Tahiyyah ketika beliau memasuki masjid sedangkan ketika itu Rasulullah SAW sedang berkhutbah. Ini bermakna Rasulullah SAW telah menyuruh orang lain secara amnya untuk melakukan perkara yang sama."

Sempurnakan sembahyang sunat "tahiyatul-Masjid" dua rakaat dengan lafaz niatnya :-

Yang bermaksud :-
"Sahaja aku sembahyang sunat tahiyatul-Masjid dua rakaat kerana Allah Taala".
Beriktikaf dalam Masjid :-
Setelah selesai sembahyang hendaklah diniat duduk iktikaf dalam masjid iaitu :-

Yang bermaksud :-
"Sahaja aku beriktikaf dalam masjid ini sunat kerana Allah Taala".

Iktikaf ertinya berhenti seketika atau lebih di dalam masjid dengan niat beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah.
Di waktu iktikaf itu adalah sebaik-baiknya diisi dengan bacaan Quran, zikir, selawat ke atas nabi, doa, sembahyang sunat dan lain-lain. Kesemuanya hendak lah dilakukan dengan sopan dengan suara perlahan agar tidak mengganggu jemaah yang lain yang sedang beribadat juga.

Coretan popular