Pages

Sunday 3 July 2011

Himpunan Hadis Hadis Rasullulah ( Umat Nabi Muhammad )

Himpunan Hadis Hadis Rasullulah ( Umat Nabi Muhammad )

1- Pejuang Kebenaran
Daripada Thauban r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "sekumpulan daripada umatku akan berterusan menzahirkan kebenaran. Walaupun terdapat orang yang mengecewakan (tidak membela dan menolong), sehinggalah tiba hari kiamat, mereka tetap dalam keadaan demikian
( Riwayat Muslim)


2- Semaian Allah
Daripada Abu ‘Inabah al-Khaulani r.a., Nabi s.a.w. bersabda: " Allah Akan terus ‘menyemai’ didalam agama ini suatu ’semaian’ yang Allah menggunakannya untuk ketaatan kepada-Nya."
( Riwayat Ibn Majah )
Keterangan:- dikalangan agama ini terdapat mujaddid yang diutuskan pada setiap seratus tahun dan pendakwah. Mereka menyeru manusia untuk mendirikan agama Allah dan sunnah Nabi s.a.w.


3- Mendapat Kekuasaan Dimuka Bumi
Daripada Ubai bin Ka’ab r.a, Nabi s.a.w. bersabda: " Berilah khabar gembira kepada umat ini dengan keagungan, ketinggian, kemenangan, dan kekuasaan dibumi. Sesiapa yang mengamalkan amaln akhirat kerana dunia ia tidak mendapat bahagian (ganjaran baik) di akhirat."
( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )
Keterangan:- ’sesiapa yang mengamalkan amalan akhirat kerana dunia’, orang yang berniat dan menjadikan amalan akhirat sebagai wasilah untuk mendapatkan dunia semata-mata.
( Al-Munawi)


4- Tiada Perbezaan Darjat antara Umat Rasullulah
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Perumpamaan umatku adalah seperti hujan; tidak diketahui sama ada awalnya atau akhirnya yang baik."
( Riwayat al-Tarmizi )
Keterangan:- Tidak diketahui kedudukan yang lebih baik antara golongan terdahulu atau golongan terkemudian di kalangan umat ini. Ini kerana kedua-duanya mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri
( Tuhfah al-Ahwazi)


5- Hikmah Berkasih Sayang
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang itu adalah bersama dengan orang yang ia kasihi"
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- Sesiapa yang mengasihi suatu golongan dengan ikhlas ia akan dihimpunkan bersama mereka. Sekalipun amalannya tidak menyamai mereka, tetapi hatinya telah mendekati. Kemungkinan kasih sayang itu mendorongnya untuk melakukan amalan yang sama.
( ‘Aun al-Ma’bud)

Coretan popular