Pages

Sunday 3 July 2011

Himpunan Hadis Hadis Rasullulah ( Sahabat Rasullullah )

Himpunan Hadis Hadis Rasullulah ( Sahabat Rasullullah )

1- Larangan Mencela Sahabat Rasullullah
Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi s.a.w bersabda: "Janganlah kamu mencela sahabatku. Demi yang diriku di tangan-Nya, jika salah seorang daripada kamu membelanjakan emas sebanyak bukit Uhud, nescaya tidak menyamai secupak daripada apa yang mereka belanjakan, malahan setengah cupak juga tidak menyamainya."
( Riwayat Muslim )


2- Dua Orang Penghulu Syurga
Daripada Anas bin Malikr.a., beliau berkata bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda kepada Abu Bakr dan Umar: "Inilah dua orang penghulu ahli syurga yang ‘dewasa’ dikalangan golongan yang terdahulu dan terkemudian melainkan para nabi dan rasul."
( Riwayat al-Tarmizi )
Keterangan:- terdapat beberapa pandangan ulama pada maksud‘dewasa’ dalam hadis ini
-orang yang yang berumur diantara tiga puluh hingga empat puluh tahun
-orang yang berumur diantara tiga puluh hingga lima puluh
-orang yang penyayang dan berakal. Allah memasukkan ahli syurga ke dalam syurga dalam keadaan mereka bersifat penyayang dan berakal.
( Tuhfah al-Ahwazi)


3- Keistimewaan tertentu Beberapa Sahabat Nabi
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Daripada kalangan umatku; Abu Bakr adalah yang paling mengasihani umatku; Umar adalah yang paling kuat didalam agama Allah; Uthman adalah yang paling benar bersikap malu; Ubai bin Ka’ab adalah adalah yang paling mengetahui cara membaca Al-Quran; Zaid bin Thabit adalah yang paling mengetahui ilmu faraidh (mawarith); Mu’az bin Jabal adalah yang paling mengetahui perkara halal dan haram. Sesungguhnya bagi setiap umat terdapat orang jujur; manakala daripada kalangan umat ini Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah yang paling jujur."
( Riwayat al-Tarmizi )


4- Keistimewaan Golongan Ansar
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Tanda orang munafikialah membenci orang Ansar; tanda orang mukmin ialah mengasihi orang Ansar."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )
Keterangan:- Dikhususkan keapada golongan Ansar untuk mendapat kedudukan yang besar sebegini kerana mereka telah berjaya memberi perlindungan, pertolongan dan pengorbanan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan mereka yang bersama baginda.
( Fath al-Bari)

Coretan popular