Pages

Sunday 3 July 2011

Himpunan Hadis Hadis Rasullulah ( Sifat Terpuji )

Himpunan Hadis Hadis Rasullulah ( Sifat Terpuji )

Bab Sifat Terpuji




عَنْ جَابِرٍ قَالَ أَتَى النَّبِى
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولُ اللهِ مَا الْمُوجِبَتَانِ
فَقَالَ مَنْ مَاتَ لا يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
وَمَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئَا دَخَلَ النَّارَ
Dari Jabir r.a. katanya :
"Seseorang datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata :
"Ya Rasulullah , apakah dua perkara yang positif
Jawab baginda (s.a.w.) :
"Barang siapa yang mati tidak menyekutukan Allah pasti masuk syurga
dan barang siapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah pasti masuk neraka."
Hadis sahih riwayat Muslim

Himpunan Hadis Hadis Rasullulah ( Sifat Keji )
Share

Bab Sifat Keji

Bab Syurga
عَنْ أَبِى سَعِيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَمَّا أَهْلُ النَّارِ الَّذِيْنَ هُمْ أَهْلُهَا فَأِنَّهُمْ لا يَمُوتُونَ فِيْهَا وَلا يَحْيُوْنَ
وَلَكِنْ نَاسٌ أَصَا بَتْهُمُ النَّارُ بِذُنُوبِهِمْ أَوْ قَالَ بِخَطَايَاهُمْ
فَأَمَا تَهُمْ اِمَاتَةً حَتَّ اِذَاكَانُوا فَحَمَا أُذِنَ بِالشَّفَاعَةِ
فَجِئَ بِهِمْ صَبَائِر فَبُشُّوا عَلَى أَنْهَارِ الْجَنَّةِ
ثُمَّ قِيْلَ يَاأَهْلَ الْجَنَّةِ أَفِيْضُوا عَلَيْهِمْ
فَيَنْبُتُونَ نَبَاتَ الْحَبَّةِ تَكُونُ فِي حَمِيلِ السَّيْلِ
Dari Abu Said, katanya " :Bersabda Rasulullah s.a.w. : " Bahawa penghuni neraka yang abadi,
selamanya tidak akan mati dan sentiasa hidup menderita. Tetapi ada pula
kaum yang dibakar sekadar dosanya, kemudian di matikan, setelah menjadi arang, datanglah pembelaan.
Golongan itu di bawa sekelompok-sekelompok lalu diseahkan kepada
sungai syurga, kemudian penghuni syurga diperintahkan supaya menyelamkan
dan meratakan air atas tubuh kaum itu. Akhirnya tumbuhlah arang-arang itu
seperti tumbuhnya jenis-jenis biji yang terdampar dibawa oleh air bah."
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab penghasut terhalang ke syurga
عَنْ حُذَيْفَةَ أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ رَجُلا يُنِمُّ الْحَدِيْثَ
فَقَالَ حُذَيْفَةُ سَمِعْت رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
Dari Hizaifah r.a. katanya :
"Ia mendengar khabar, bahawa ada seorang membuat fitnah (provokasi) dengan perkataan
maka berkatalah ia : "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tukang (provokasi-hasut) tidak akan masuk syurga."
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab menjauhi sifat sombong
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِىِّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
قَالَ لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ
قَالَ رَجُلٌ اِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً
قَالَ اِنَّ اللهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْلِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
Dari Abdulla bin Mas'ud katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Tidak akan masuk syurga barang siapa yang ada di dalam hatinya sebesar zarah dari sifat takbur."
Berkata seorang lelaki : "Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus."
Bersabda lagi Rasulullah s.a.w. :
"Sesungguhnya Allah itu indah (cantik) dan menyukai keindahan (yang cantik)"
"Takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain."
Hadis sahih riwayat Muslim


عَنْ جَابِرٍ قَالَ أَتَى النَّبِى
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولُ اللهِ مَا الْمُوجِبَتَانِ
فَقَالَ مَنْ مَاتَ لا يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
وَمَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئَا دَخَلَ النَّارَ
Dari Jabir r.a. katanya :
"Seseorang datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata :
"Ya Rasulullah , apakah dua perkara yang positif
Jawab baginda (s.a.w.) :
"Barang siapa yang mati tidak menyekutukan Allah pasti masuk syurga
dan barang siapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah pasti masuk neraka."
Hadis sahih riwayat Muslim




عَنِ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ
أَنَّ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
قَالَ مَنْ حَمَلَ عَلَيْنَا السِّلاحَ فَلَيْسَ مِنَّا وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barang siapa yang menyatakan perang permusuhan terhadap bukan ia dari golongan kita
dan barang siapa mengicuh kita , maka bukanlah ia dari golongan kita."
Hadis sahih riwayat Muslim

Coretan popular