Pages

Wednesday 1 June 2011

Bisnes Mudah...

Assalamualaikum semua..

Aku ada satu cerita yangnak dikongsi bersama di sini. satu cerita pasal bisnes la.. tapi bukan nak ajak join bisnes ker aper ke kan.. cuma pengalaman aku 2 hari lepas jer..

Al kisahnyer, dulu aku pernah la masuk satu forum nie, dalam forum tu aku nampak la satu iklan nakkan seorang pengurus untuk setiap kawasan untuk dia bukak kelas untuk pelajar sekolah. Idea cam best la kan, aku pun bagi la email nak details kan. Ader la dia email n mintak phone number kan. so aku bg jer la..  xder aper pun yang dibincangkan, cuma nak tau idea kelas dia tu jer..

Nak dijadika cerita, 2 hari lepas la kan, (31/5/11) dia call aku pasal projek tu. dia nak jumpa aku. Kebetulan aku kat putrajaya dan dia nak jumpa kat kajang.. dekat jer tu, aku pun on jer la.. kita jumpa kat restoran paparich kajang, kol 12 tgh hari.

Tepat pukul 12 tengah hari...
seperti yang dijanjikan, kali jumpa la.. kali nie dia ada terangkan pasal prijek kelas kat dareah tu gak, tapi sebagai permulaan untuk projek tu berjalan, ada satu projek mega nak dijalankan.  Dia kata ada satu projek pertandingan melukis sempena hari merdeka peringkat kebangsaan nak diadakan. syarikat dia sebagai penganjur.

tengah hari tu dia terangkan lah pasal projek tu. dia kata perlukan seorang untuk wakil setiap daerah untuk berurusan dengan sekolah. tugas wakil nie untuk xplain kat sekolah pasal projek nie dan serahkan kertas lukisan serta ambik yuran penyertaan dari sekolah. 

Dia cerita memang bersemangat, cair la dengar cerita dia tu, cam real jer.. dengan kertas kerja, contoh kertas lukisan yang nak bagi kat sekolah, tajaan, support kerajaan.. memang gempak. Tapi satu jer kekurangan dia. Tak ada satu pun surat sokongan dari kerajaan yang dia bawak sebagai bukti projek dia tu betul-betuk wujud dan akan berjalan.

Masa bersembang tu aku tak tanya pun pasal tu, pasal dia tengah syok bercerita kan.. yang best nyer last sekali, dia nak cagaran dari aku. konon nya la kan aku nie akan bawak duit company nanti. Yer la bila projek jalan, aku akan ambik yuran penyertaan dari sekolah sebelum diserahkan pada company. 1 sekolah dalam 2k, so kalo 1 kawasan ada 50 sekolah, means aku kena bawak 100k la kan. Dengan alasan tu dia kata perlu cagaran la..sebagai menunjukkan komitment aku utk bekerjasama. Dia mintak kat aku 5k dan akan bagi aku open cek kalau aku tetiba nak tarik diri. maksudnya, kalau aku x nak join dia, aku boleh tunaikan cek yang sama nilai dengan cagaran aku tadi tu la kalo tak nak buat dah.

Aku tak bagi apa-apa keputusan lagi pun kat dia, cuma aku mintak masa untuk berfikir. Sebenarnya nak menyelidik lagi..

Bila balik rumah aku fikir, kenapa dia tak tunjuk surat sokongan dari kerajaan, camana dia nak dapatkan tajaan tanpa surat sokongan, kalau betul la projek nie, kenapa MOE tak lantik jer PPD untuk uruskan. kenapa dia nak kena cari wakil, kenapa tak cari pekerja untuk bekerja dengan dia terus, bagi gaji jer kan senang..

Untuk kepastian pagi tadi aku sms orang tu. aku kata aku setuju nak join dan bagi cagaran 5k tu. Tapi dengan 2 syarat. aku nak tengok 3 bulan statement bank company dan surat sokongan kerajaan tu.

Dia balas sms  aku. dia kata macam-macam nak elakkan dari bagi surat tu. aku desal gak, dan last sekali dia kata surat tu ada kat Setiausaha Negeri Perek kerana penaung program tu ialah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Dia kata dalam 2 3 hari lagi baru dia dapat. Tak pe la, aku nak tengok gak la kalau dia dapat.

Apa yang aku hairankan sekarang, kenapa sampai ke kerabat perak pulak, masa xplain ari tu tak de cakap pun penaung dia Raja MUda Perak. Kenapa bila aku mintak surat sokongan tu baru nak cakap.

Aku memang tak percaya lansung dengan dia nie, dan aku akan siasat sendiri. Dengan bukti sms dari dia aku akan selidik. Walaupun aku kena mengadap Raja Muda Perak untuk mendapatkan kepastian. Aku tak nak ada lagi ramai yang akan terpedaya oleh helah orang nie.

InsyaAllah aku akan update status sisatan aku nanti kat sini.

Kalau nak berniaga, jangan sampai menganiaya orang..

Barakallah...

Coretan popular