Pages

Wednesday 8 June 2011

Sarawak tuan rumah Tilawah Al-Quran Kebangsaan ke-54

BH 23/5/11

KUCHING: Sarawak akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-54 dari 13 hingga 17 Jun di dewan baru Majlis Islam Sarawak di sini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka melakukan upacara perasmian pada sebelah malam 13 Jun di dewan tersebut yang mampu memuatkan seramai 1,500 orang selain 1,200 orang lagi di luar dewan.
"Dewan baru ini dijangka siap pada penghujung bulan ini dan kita akan memastikan semua siap sedia termasuk sistem bunyi sebelum majlis tilawah tersebut bermula," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke tapak projek dewan tersebut yang bernilai lebih RM20 juta hari ini.

Beliau berkata, upacara penutupan majlis tilawah akan dilakukan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata, dewan baru itu boleh digunakan untuk penganjuran kursus, konvesyen dan majlis perkahwinan selepas majlis tilawah berakhir. - BERNAMA

** tempat pertama Qari dan Qariah akan mendapat RM15,000 
pertandingan tilawah al quran dapat RM15k jer... Juara Mentor dapat RM100k n kereta lagi.. apa cerita nie.. patut la ramai sangat yang tergila-gila nak masuk mentor tu kan..

Malaysia nie negara Islam, tapi, program keagamaan cam nie dipingirkan, Program kemaksiatan dari barat pulak yang diagung-agungkan...

Subhanallah...

Coretan popular