Pages

Wednesday 22 June 2011

IKLAN

"Dahulu saya tak berani dedahkannya, sekarang tiada masalah lagi"

Apa yang dia tak berani dedahkan... bawaah lengan a.k.a ketiak.. yang ni pun nak iklankan ker.. nak dedahkan ketiak yang putih tu. Untuk aper? tak sedarkan dia bahawa ketiak dia tu aurat, dahulu, kini dan selamanya jangan dedahkan kepada orang yang bukan muhrim dia tu.. kat rumah x per la.. nie dengan banganya mempromosi ketiak dia yang putih tu. jalan angkat jer la lengan tu yer...

Subhanallah.. iklan sekarang nie memang dah keterlaluan.. malu aku nak tengok.. patutkah ketiak putih pun nak dijadika bahan iklan.. Kan aurat tu.. berapa juta orang yang tengok iklan tu, dapatlah dia saham neraka free jer...

Tak perlu lah sampai cam tu sekali.. berpada-pada la nak iklan pun.. nie sampai menyalahi hukum agama dah nie.. Malaysia negara Islam kan, ikut la norma-norma keislaman kita.. Islam itu cukup indah.. Jangan cemari keindahan Islam dengan perkara yang macam nie..

Satu lagi iklan sekarang nie.. Iklan tuala wanita. dengan banganya jadi model iklan tuala wanita.. ada yang warna-warni pulak tu.. saper nak tengok?

Kalau dahulu, beli tuala wanita kat kedai, camana orang kedai tu buat? bungkus dengan surat khabar, pas tu masukkan dalam plastik hitam pulak tu.. Sekarang? bawak cam tu pun xper lah... xder perasaan ape pun kan.. cam bawak roti jer..

inilah fenomena iklan sekarang.. cemakin hari semakin berani.. Kerana apa? Semuanya berlandaskan KEUNTUNGAN semata-mata..

Tak hairan kalau suatu hari nanti iklan kondom pulak mengambil tempat di kaca TV kita. Lepas tu iklan pengguguran janin, iklan rumah urut, iklan pakej perzinaan... Nauzubillah...

Perkara ini tak mustahil kalau semua stesen TV kita kini hanya mementingkan KEUNTUNGAN semata-mata tanpa memperdulikan kesannya kepada akidah dan agama kita.

Subhanallah...

Barakallah..

Coretan popular