Pages

Wednesday 15 June 2011

Dugaanku...

Satu demi satu dugaan datang menimpa.. semua ini harus ku harungi dengan tabah, redha dengan segala ketentuannya.. Semalam, notebook aku pulak yang buat masalah. Tak boleh nak on. boleh pun sekejap jer..camana nak buat kerja kan.. so sekarang aku terpaksa la ke CC nak online.

Isnin lepas aku interview kat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Putrajaya. untuk satu jawatan kontrak F41, Pegawai Teknologi Maklumat. Yang nie memang aku dah serender awal-awal. mana tidaknyer, diorang nak cari pekerja secaa kontrak intuk membangunkan satu sistem. Kontrak selama setahun, dan jika projek delay, sehingga projek siap la. Dari apa yang diorang cakap, projek tu memang besar, kalau bukak tender pun dalam 1M nyer projek la. aku pulak dalam programming nie bukan lah nak cerdik sangat. Tambah lagi nak suruh develop sistem.. awal-awal lagi aku surrender..

Jumaat lepas, Honda call aku kata kereta aku siap untuk diambil.. repair menelan belanja sebanyak 32k. Nauzubillah... harga repair sama dengan harga sebuah kereta proton. terduduk aku dengar jumlah tu.. Akan tetapi sebahagian telah dibayar oleh pihak insurans. 28k. So sekarang ada lagi RM4620 untuk aku jelaskan.. Nak pitam gak la untuk bayar jumlah tu dalam keadaan sekarang nie.

Apa-apa pun aku tetap sabar dan terus berusaha untuk atasi semua masalah ini. Cuba untuk keluar daripada masalah ini. sekarang tiba masanya untuk aku keluar cari projek pulak. Pendekatan online aku rasakan kurang memberi kesan. Walaupun cara ini akan memakan sedikit modal, namun aku pasti akan hasilnya nanti.

InsyaAllah...
Barakallah..

Coretan popular