Pages

Thursday 2 June 2011

Update Bisnes Mudah

Ini adalah email aku kepada kerajaan negeri perak dalam laman rasmi kerajaan Perak berkenaan isu tadi tu. Kalau Pihak Kerajaan Perak ada reply nanti akan aku update lagi...

Assalamualaikum.

Saya Razlan dari Selangor, Saya dapat satu tawaran bekerjasama dengan satu syarikat swasta berkenaan dengan projek "pertandingan melukis sempena hari merdeka 2011"

Syarikat penganjur meminta wang cagaran sebanyak RM5k daripada setiap wakil dia. Saya meminta sebarang surat sokongan daripada pengurus syarikat nie tapi dia kata surat tu ada kat Penasihat Kerajaan Negeri Perak dan Raja Muda Perak akan menjadi penaung projek tu.

syarikat tu nama dia Permata Gemilang Resources dan alamat dia kat Kajang Selangor.

Saya cuma inginkan kepastian daripada pihak Kerajaan Negeri Perak berhubung hal ini.

Saya cuma mahukan kepastian daripada pihak kerajaan Perak kerana individu ini telah menggunakan nama Raja Muda Perak dalam Projek dia ini.

Semoga pihak Kerajaan Negeri Perak dapat membantu. Sekiranya tidak benar, saya boleh ketengahkan kes ini bagi memastikan tidak ramai yang akan terpedaya dengan individu ini.

Untuk penerangan lanjut berkenaan kes ini, bolehlah ke blog saya, karana saya ada letakkan di sana.

http://razlanrafiq.blogspot.com/2011/06/bisnes-mudah.html

Sekian, diharap dapat kerjasama daripada pihak Kerajaan Negeri Perak.

Razlan Rebi
razlan@smart-active.net

Coretan popular