Pages

Friday 10 June 2011

MANIFESTASI KETAKWAAN KEPADA ALLAH DALAM PERIBADI MUSLIM

Temubual Secara Langsung En. Adnan Oktar

Di Kral Karadeniz TV (30 Mac 2009)

ADNAN OKTAR: Ya. Ketakwaan kepada Allah merupakan tenaga yang paling penting dalam mengurus aktiviti dan semua karakter kita agar berhubungan dengan nilai moral yang baik. Tanpa ketaatan kepada Allah, misalannya, seseorang tidak merasa perlunya bersabar atau bertahan dengan cabaran. Dia mungkin tidak mahu memaafkan. Dia tidak mahu berazam bersungguh-sungguh dalam banyak perkara. Dia mungkin berbisik, “Walau apapun Allah tetap akan memaafkan aku.” Sebagaimana yang anda telah sedia maklum, logik sebegini juga dinyatakan di dalam Al-Quran; dia mungkin berkata, “Aku tetap akan ke Syurga”. Namun dengan ketakwaan kepada Allah, semuanya berada di dalam keadaan terkawal. Contohnya, dia bangun untuk solat-solat, atau berpuasa, atau membuat pengorbanan untuk yang dicintai... Inilah asas perasaan cinta dan gembira; tanpanya semua ini (konsep) tidak akan bererti. Orang tersebut langsung tidak bermakna apa-apa. Dengan rasa patuh kepada Allah, seseorang dapat membina keperibadian yang menyenangkan. Maksudnya, dia mempunyai sikap tekun dan jujur. Dengan ketaatan terhadap Allah, seseorang akan bercakap benar. Tanpa perasaan takwa sedemikian, seseorang dengan mudah akan menipu demi kepentingan diri sendiri.

PENEMUDUGA: Itulah yang sedang berlaku pada masa kini.

ADNAN OKTAR: Sudah pasti, ketakwaan kepada Allah adalah akar kejujuran. Seseorang berkata benar kerana beliau takutkan Allah.  Contohnya, orang sebegitu merupakan seorang saksi yang benar. Perasaan patuh kepada Allah mengekangnya daripada pelbagai pertikaian, kekejian, keributan dan anarki dalam jiwa seseorang. Ianya membenarkan kita untuk menikmati lebih banyak rahmat dari Syurga. Tanpanya, seseorang itu dikuasai oleh kedunguan yang nyata.

Barakallah...
(http://us1.harunyahya.com)

Coretan popular