Pages

Wednesday 22 June 2011

Separuh tahun kedua

Separuh tahun pertama hidupku memang penuh dengan dugaan dan cabaran.. Dugaan dalam perniagaan, dan cabaran dalam menempuh alam berumahtangga.

Dalam perniagaan, selama 6 bulan tahun ini memang agak menjunam. Projek yang dah siap prototype nya tetiba disambut hambar oleh client. Projek yang dah siap pun mengalami beberapa masalah dokumentasi dan menyebabkan proses pembayaran terganggu. quotation, jangan kata la, banyak dah hantar tapi senyap cam tu jer la.. Ada juga projek yang dah siap, tapi client enggan membayar kerana kami enggan menuruti kehendak mereka. Camana nak buat lagi, 4 bulan untuk buat web biasa jer, mintak macam-macam. payment tak jugak bagi. bila dah siap, mintak lagi.. Akhirnya aku putuskan untuk stop jer la. Ada gak profile aku yang tiada jawapan dari client. Yang tu takpe la, memang takde deal ape-ape pun...

Cabaran utama dalam berumahtangga nie memang agak mencabar la. Aku dan iseri kena duduk berjauhan kerana dia kerjaa di luar kawasan. Hujung minggu jer la kami jumpa. tu pun 2 minggu sekali jer.. kekadang tu sebulan baru jumpa.. bayangkan terpisah selama sebulan, bagaimana peritnya menahan rindu.. Tambahan pula isteri aku berbadan dua. Cabaran lagi untuk aku sebagai bapa nanti. Tanggungjawab semakin bertambah.

Dengan keadaan perniagaan yang kurang memberansangkan dan komitment yang bertambah, aku harus bangkit melawan semua ini. Bangkit dengan semangat baru untuk menempuh separuh tahun kedua ini dengan lebih selesa.

Pelbagai kertas kerja aku susun untuk mendapatkan peluang bekerjasama dengan kerajaan. Peluang bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain pun aku usahakan. Setakat ini ia membarikan impak positif daripada pihak berkenaan. Walaupun belum ada berita berkenaan penerimaan bekerjasama ini, namun aku pasti akan ada hasilnya nanti.

Bidang lain juga aku terokai. Mula mencari peluang perniagaan lain sebagai alternatif kepada perniagaan yang ada ini. Dengan usaha dan doa semua, InsyAllah aku berharap agar separuh tahun kedua ini akan dapat merubah keadaan ini.

Dalam rumahtangga aku jugak, separuh tahun kedua ini lah cahaya mata kami akan lahir ke dunia ini. InsyaAllah, aku akan bersedia menghadapi semua ini dengan tabah. Akan ku bekalkan anakku dengan ilmu yang cukup untuk menerokai dunia ini agar dia nanti tidak terpesong dari landasan agama. Al-Quran dan As-Sunnah akan jadi guru tetap kepadanya.. InsyaAllah..

Semoga apa yang aku usahakan ini akan membuahkan hasilnya.. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)


InsyaAllah,

Barakallah...

Coretan popular