Pages

Friday 24 June 2011

Maharajalawak vs Tilawah Al-Quran

RM 800,000.00 jumlah wang tunai hadiah kepada para pemenang Maharajalawak 2011 yang berakhir semalam.

Satu angka yang sangat besar jika nak dibandingkan dengan mana-mana acara pertandingan lain di negara ini. Sudah pasti hadiah tercorot adalah untuk pemenang prograam tilawah Al-Quran yang baru saja berakhir minggu lepas.

Jika dibandingkan hadiah wang tunai untuk finalist Maharajalawak ini dengan tilawah Al-Quran, jauh sangat bezanya. Kenapa boleh jadi begini? Kerana sponsor la.. tak ramai yang nak sponsor untuk program keagamaan nie, kalau program hiburan, beratur sponsor nak bagi. Kenapa? kerana pulangan nya pun lumayan. lebih lagi daripada apa yang diorang bagi.

Lumrah la tu kan, nak buat camana lagi. Manusia semakin mengejar keuntungan berbanding barakah dari Allah. Tak salah pun program hiburan, asalkan ia tidak menyalahi hukum-hukum agama dan norma-norma kita sebaagai Muslim di bumi Allah ini.

Yang menang, Tahniah diucaapkan.. yang kurang bernasib baik, InsyaAllah semoga kalian lebih success nanti. Kalah-lakah pun Maharajalawak nie, hadiahnya dah melebihi hadiah juara Qari dan Qariah tilawah Al-Quran. Bersyukur lah dengan apa yang Allah kurniakan.

Hiburan memang tak salah, cuma jangan abaikan tanggungjawab kita sebagai Muslim dan Khalifah Allah di muka bumi ini. Tahniah kepada semua yang menjayakan Maharajalawak semalam. Rasanya program yang terbaik la dari segi masa. Jam 10.00 malam, lepas solat isya, boleh lah solat dulu kan sebelum nak bergelak ketawa menonton. Mana tau, masa gelak-gelak tu tercekik makanan ker, meninggal pulak malam tu.. kan tah tertunai tanggungjawab mendirikan solat..

Semoga lepas nie dapatlah kita lihat program-program keagamaan yang semeriah program hiburan ini dan hadiah nya juga setanding dengan program seperti ini. Barulah ramai yang berminat nak ikut serta dalam program keagamaan.

InsyaAllah...

Barakallah..

Coretan popular